-

DROPPY BOX
THE BLOGGERS

- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
aku jenis yang suka shopping dan kadang kala suka jugak beli benda-benda yang membazir. sebenarnya aku dah tau aku takkan pakai sangat benda-benda macam tu, walaupun tujuan asal aku beli semata-mata sebab " oh cantiknyaaaa, harus ada satu benda nie walaupun mahal, baru la styleeee " dan mungkin, "hmmmm...dah la murah, unik pulak ! bukan senang nak dapat nie, mesti beli !". manusia memang takkan lari daripada sifat tamak, kan ? hahaha.
kalau tamak dalam bab bershopping nie, tak lain tak bukan selalunya memang orang perempuan je. bila bershopping, cukup jarang balik dengan tangan kosong. mesti ada sesuatu yang akan dibeli, tak kisah lah dalam bentuk apa pun, tak kisah lah seberapa murah harga sekalipun, mesti punya lah ! lebih kurang je la macam aku, pergi bershopping mesti ada bawak sesuatu pulang ke rumah. contohnya, gula-gula getah yang berharga RM1 pun boleh jadi, tahu ?
![]() |
kegemaran, tapi pernah pakai sekali je. |
contoh paling ketara kasut high heel aku jenama NOSE warna putih kat atas nie. masa beli nie memang tak ada apa-apa promotion. masa tu aku memang nak cari kasut high heel bersarung buat pakai masa kuliah. jalan punya jalan, ngintai punya ngintai, tetiba aku terpandang kasut nie dan terus berkenan. aku bisik dalam hati aku, "weh, cantik jugak kasut nie ! aku tak ada koleksi kasut putih lagi. oh syiqin, please jangan beli. kau tak perlukan ini, sangat membazir ! ". sedang hati aku berlawan dengan nafsu, kasut nie sudah pun dibeli, dibungkus dan dibawa ke luar kedai. memangggggggg sadis, huh.
lepas tu baru aku menggelabah pikir pasal kasut kuliah yang tak terbeli lagi. kasut kuliah dah tentunya berbeza dengan kasut NOSE nie, so bergegas la aku menuju ke bahagian kasut-kasut kulit di Jusco tu. ringkasnya, kat situ duit pun berjalan sampai aku terlebih daripada bajet sebenar. bajet sebenar cuma RM100 untuk kasut kuliah semata-mata, tapi terus naik jadi RM170. macam mana boleh naik jadi macam tu ? ya, sebab sifat membazir aku dan tak kuat iman menahan nafsu. at the end, bila aku sampai maktab dan cuba pakai kasut NOSE tu, tetiba datang rasa menyesal dalam diri. mula lah menyalahkan diri sendiri sebab beli benda yang tak perlu. betul la kata si dia, takut jalan dengan aku nie sebab 'maintenance' tinggi. kahkahkahkah !!
jadi, sebagai mempelajari kekesalan ini, aku cuba jugak pikir macam mana nak pakai kasut nie sampai aku rasa betul-betul berbaloi beli. kekadang, aku buat sesi Mix & Match tapi tetap ada je yang tak kena. nak pakai dengan jeans, salahhhh. nak pakai dengan skirt, pun salahhh. baju pun bukan boleh pakai sebarangan kalau nak match dengan kasut warna putih high heel bersarung pulak tu unless baju-baju kurung. tapi yang lawaknya, ia berwarna PUTIH okay so bila masanya aku nak pakai, kan ? dan oh ya, profesion aku takda kena mengena dengan kasut putih. sekian, terima kasih !

kalau perempuan yang pregnant, mesti ada masa datang rasa ngidam dia nak makan sesuatu yang pelik. mula la para suami sibuk tekan minyak ke sana sini mencari asam yang dikehendaki para isteri. cewahhhh ! tapi perempuan ngidam makan asam, tak pelik kan ? ahaks ! kekadang, perempuan yang tak pregnant pun sibuk-sibuk jugak nak ngidam makan asam, macam aku. aku suka makan asam. cakap lah asam jenis macam mana pun, aku suka ! lebih-lebih lagi asam yang berwarna merah tu. yumssss !
kalau anda ada keinginan nak makan asam secara terlampau, aku ada satu cadangan yang superb gila untuk anda ! bayangkan anda mengidam sampai meleleh air liur nak makan asam, tetiba ada orang tunjukkan sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis asam yang pelbagai warna, pelbagai rasa, pelbagai bentuk. errr..dan pelbagai harga juga. hehe ? HARGA, okay. (-.-')
taraaaaaaa.. !
![]() |
suasana dalam kedai yang selesa dan luas ! |
![]() |
sodok, jangan tak sodok asam tu ! |
![]() |
setiap asam boleh testing rasa, jangan risau ye. |
![]() |
menyelerakan dan sedap ! |
aku tak pasti la apa nama kedai asam nie, lupa pulak aku nak amik gambar kat bahagian depan kedai. kedai nie senang je nak jumpa weh ! kalau anda datang ke Jusco Aeon Ayer Keroh Melaka mesti anda dapat jumpa kedai nie di tingkat aras paling bawah dan terletak di barisan kedai-kedai kecik, yang aku ingat berdekatan dengan kedai Giordano. huuuuu itu je yang aku dapat ingat, memang sadis ! tapi yang pastinya, kedai nie terletak di sudut penjuru Jusco. ala, tak susah la nak cari ! tanya je abang-abang kakak-kakak guard kat situ. hehe.
sebenarnya ada satu bahagian dalam kedai tu berjaya tarik perhatian aku iaitu, bahagian asam dan gula-gula di bahagian depan kedai. memang terbaik ! anda masuk je kedai tu terus nampak , sampai rambang mata aku jadinya. asam dan gula-gula dihimpunkan dalam bekas yang besar dan menggunung pulak tu ! sumpah bila tengok je boleh jadi orang yang paling tamak nak sodok makan semua asam tu. ya, tamak selalu rugi, kan ?
rate harga kat sini tak ada terlalu mahal dan tak ada lah terlalu murah. kiranya macam berpatutan la jugak. maklum lah, kedai dalam jusco dah tentunya cukai sewa tinggi so pelanggan pun kena bayar tinggi, betul tak ? tapi jangan risau, anda boleh tersenyum bangga dengan begitu lebarnya kalau beli asam kat situ. berbaloi-baloi sedap ! kenapa aku kata sedap ? buktinya, aku dah rasa makan majoriti asam dan gula-gula kat situ. memang sedap okay.
![]() |
ini lah bahagian asam dan gula-gula yang menguji keimanan aku ! hahaha. |
service pun okay, tak ada masalah. kebersihan dan kekemasan kedai sangat terjaga. cara dia bungkus peket-peket pun okay, no problem at all ! hari tu, aku beli jugak sepeket dua buat makan suka-suka kat maktab. dan yang paling best tapi kejam, aku dan kawan aku pusing satu kedai tu dan rasa semua jenis asam yang ada kat situ. gila, kan ? tapi tak ada la kami bedal banyak-banyak. amik cubit sikit-sikit buat rasa sudah laaaa. asam yang tak halal dan berbentuk pelik tu, tak ada la kami nak bedal jugak, gila ke apa. fuuuuu ~
by the way, perlakuan yang agak tak senonoh bila berada di kedai asam macam tu ye. sapa kat sini berani ngaku dia pernah buat perangai macam aku dan kawan aku pernah buat ? haaaa..ngaku cepat ! hahahaha.

entri kali ini adalah sekadar mengutarakan pandangan dan pendapat saja. tak lebih daripada tu, jauh sekali nak mengutuk ! jangan anda nak salah tafsir, ya ampunnnnn.
petang tadi aku saja la meluangkan masa untuk membaca surat khabar yang selalu menghiasi meja kopi ayah aku tu. aku bukan jenis yang rajin baca surat khabar, kalau baca pun sekadar imbas sekali dua je headlines yang menarik. tu dia perangai, how lame ! sewaktu aku buat 'scanning' kat surat khabar petang tadi, tetiba aku terbaca suatu berita kecik yang hujung sudut penjuru surat khabar tersebut. sebenarnya aku tak berminat nak ikut sangat citer-citer bad ass artis nie, tapi tadi macam terminat pulak nak baca kannnnn. haha !
berita kecik tu menceritakan seorang artis wanita yang umurnya dah standard mak-mak orang nie. rasanya kalau aku tulis nama artis tu dalam entri nie, sure semua orang kenal. tapi tak apa lah, biarlah rahsia ! ya, aku akui sebagai seorang wanita jugak macam dia, dia memang cantik. dia hot, dia chick. dia seksi, dia SEKSAAAAAA. tapi selagi dia tak buat kontroversi melampau, rasanya tak ada lah aku amik port pun ye tak ? because im not her fanatic and lunatic die hard fan, it's true indeed. tapi bila aku tilik gambar dia betul-betul, terdetik sesuatu kat fikiran aku untuk kata camni, "ishhhh cantik betul la dia nie".
hmmmm.. popular. cantik. gojes. menawan. anggun. manis. ahhh, semua perkataaan tu milik WANITA. tapi perkataan-perkataan tu sebenarnya boleh mengukur sejauh mana diri anda mengendalikannya. buat apa popular tapi perangai bodoh ? buat apa cantik tapi mulut macam longkang fitnah sana sini ? buat apa gojes tapi tak jaga kebersihan diri ? buat apa menawan luar, tapi busuk di dalam ? buat apa semua tu ? adakah ianya berguna hanya cantik diluar, tapi di dalam macam haremmm ?
bukan lah nak memandai buat fakta, tapi pendapat aku begitulah. bila dalamannya tak cukup betul lagi, maka pasti ada masalah, terutamanya bila dah kahwin ! kita puji kita agung-agungkan kecantikannya bak persis puteri kayangan, tapi kecantikan dalamannya ? LOL ! sebab itu lah tak hairan ada yang bercerai berai sebab masalah ini. kononnya pasangan kita yang cun melecun tu dah perfect la buat jadi bini, sekali bila dah tiga empat bulan menikah, mula lah baling pinggan mangkuk buat senjata perang lidah suami isteri.
justeru kepada kaum wanita di luar sana, jangan lah rasa diri tu terlalu cantik kalau dalaman pun tak terjaga. dalaman tu tak semestinya merujuk kepada badan kita, tapi hati dan iman kita tu sendiri. kalau kita jaga hati, iman, budi bahasa, sifat kewanitaan yang baik..insyaallah akan cantik jugak luarannya ! jaga pemakanan kita dan jauhi diri daripada mendekati alkohol a.k.a ARAK ! sejak kebelakangan nie, aku tengok orang melayu nie macam dah satu trend biasa pulak minum arak. bawak-bawak bertaubat lah woi. dunia dah nak kiamat dahhhhhh.
aku nak tanya sesuatu boleh ? apa perasaan anda kalau anda berkawan dengan seorang wanita Melayu yang cantik gila cun nak mampos tapi dapat tahu dia minum arak dan jadikan minuman tu sebagai minuman biasa dia ?
well, do answer and keep it in your mind !


sebagaimana yang dijanjikan sebelum nie, so aku nak kongsi citer pasal konvoi kelab kereta yang aku join baru-baru nie. kelab kereta aku nie namanya PPEOC. nama penuhnya, Proton Persona Elegance Owner Club tapi sebab namanya panjang sangat, so dijadikan sebagai akronim PPEOC saja lah. sebenarnya, konvoi nie sempena konvoi mengiringi perarakan pengantin salah seorang member kelab kereta nie jugak, Eric Lim. aku nie kiranya member baru join event nie lah. yes, nerdoooooo !
![]() |
hey, i'm a PPEOCian ! |
penganjur event nie dah tentunya Mr. President, brader Fakri dan diikuti marshall-marshallnya. kami berkumpul dulu kat stesen minyak Petronas highway menuju ke Sri Petaling. for the first time, aku berkenalan terlebih dahulu dengan abang-abang senior dalam PPEOC nie. diorang sangat best dan kepala gila-gila. rasa tak tension kepala bila join konvoi sebab perangai riang ria semua ahli kelab PPEOC.
![]() |
konvoi bermula di depan rumah pengantin perempuan. |
![]() |
bergurau senda gembira dapat angpau kaya daripada pengantin Eric ! |
![]() |
barisan PPEOC siap pasang lampu spotlight ! |
![]() |
bersama dua bunga PPEOC yang lain. |
![]() |
barisan tenaga PPEOC bersama pengantin Eric dan isterinya. |
![]() |
candid ! |
![]() |
cuba tengok sapa yang paling beriya nak dapatkan bunga tu. |
![]() |
nak buat gaya lompat sebenarnya nie, tapi tak menjadi. |
![]() |
bersama kakak yang comel. hehe ! |
![]() |
nie antara sebahagian geng yang cuba sedaya upaya nak jadi comel. |
![]() |
macho la tu ? |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
tu dia meja penuh sarat ! |
![]() |
bersalaman untuk berpisah. semoga berjumpa lagi di masa yang lain ! |
![]() |
and guess what people ?! aku dapat tangkap bunga cepat kahwin tu. wah wah wah, petanda apakah ini ? huhu ! |

cuti semester sudah bermula ! sebulan lebih lah aku duduk rumah lepas tu ternak lemak berkepul-kepul je sebab makan tido makan tido. then, hanya akan jadi rajin membuat kerja-kerja rumah selepas disuruh. aduhai, anak dara sorang nie memang pemalas. bila dah kena bising melenting, baru la terkedek-kedek nak cakap penyapu. demmmm ! tapi bila tetiba nak datang mood rajin tu, bukan main dah rasa tak nak berhenti pulak. dem sekali lagi. okay itu saja, bye !
............................ ?

kadang kala kita tak menjangka sesuatu akan berlaku dalam hidup kita, sama ada baik mahupun buruk. pastinya kita sebagai insan biasa hanya nak memilih perkara baik saja dalam hidup. kita alpa bahawa kemungkinan perkara buruk juga akan berlaku pada bila-bila masa, tanpa kita ketahui bila. jangan jadi manusia yang lupa diri. sementara diberi kenikmatan dalam segala aspek, ingat semua itu datangnya daripada Allah swt. dengan izinNya kita dapat merasa kenikmatan yang mungkin tak semua orang dapat rasa macam apa yang kita rasa.
banyak benda kalau nak cakap pasal perkara baik dan perkara buruk dalam hidup nie. okay, aku amik salah satu contoh yang paling dekat dan mudah untuk semua orang paham, CINTA. kalau anda sebut CINTA, apa yang anda dapat bayangkan. oh dah tentu lah semua benda yang bahagia dan indah saja, kan ? berkahwin dengan jodoh yang ditemukan oleh Allah swt, dapat cahaya mata yang comel lote, bina keluarga yang bahagia, hidup bersama tanpa ada rasa kedukaan hingga ke hari tua, bla bla bla. dengan segala perspektif seperti ini, maka semua orang pastinya menganggap bahawa CINTA ITU INDAH ! senang, kan ? anda tak tahu sebenarnya CINTA itu terlalu luas maknanya. CINTA yang pasti adalah cinta pada Allah swt dan Rasulullah. jadikan CINTA tersebut adalah cinta yang pertama sekali. harapnya semua faham itu.
apabila anda rasa hidup terlalu lengkap setelah bertemu dengan insan yang mencintai anda dan seterusnya bernikah. kalau anda percaya 100% pada pasangan anda, pastinya tak ada sikit pun terlintas di kepala anda bahawa suami/isteri anda setia 100% jugak, kan ? itu normal. bila rasa macam tak perlu kejar apa-apa dalam hidup, kita lupa pada masa itu lah selalunya kita diuji. diuji dengan cara apa, hanya Allah swt yang tahu kerana Dia yang tentukan takdir kita. kalau aku kata bahawa anda diuji daripada segi perasaan dan kesetiaan CINTA tu, anda sentap tak agak-agaknya ? sentap, mungkin !
apa agaknya rasa bila suami anda curang ? apa agaknya rasa bila suami anda bercinta dengan orang lain dan mahu menyuntingnya sebagai isteri kedua ? apa agaknya rasa bila suami anda mahu menduakan anda dengan cara yang halal, atau dengan erti kata lain, poligami ? anda rasa anda mampu terima hakikat itu sekiranya terjadi pada anda ? anda rasa anda mampu hadapi keadaan dimana anda telah ditakdirkan menjadi isteri pertama ? marahkah anda pada suami yang anda cintai selama ini ? hilangkah semua kepercayaan, kasih sayang dan kesetiaan anda pada suami selama ini ? wah, banyak soalan kan ! think about it people.
bagi aku, segala soalan-soalan di atas adalah sangat menyakitkan hati dan jiwa sekiranya aku dah bernikah nanti. walaupun sekarang aku masih anak dara, ada la jugak rasa tacing sikit dengan soalan-soalan di atas. tapi ketahui lah anda, soalan itu semua pastinya menghantui kepala anda bila anda telah ditakdirkan akan berhadapan dengan situasi itu. maksud aku, situasi tersebut di alam realiti anda ! namun jauh di sudut hati aku, aku setuju untuk mengatakan poligami itu indah ! memang sentap lah lepas nieeee.
perempuan mana yang sanggup dimadukan ? perempuan mana yang sanggup diduakan ? perempuan mana yang sanggup kasih dan cintanya dikongsi dengan perempuan lain, walaupun dengan ikatan yang sah ? perempuan mana yang tak benci dengan perempuan yang merampas kebahagiaan rumahtangganya, walaupun perempuan itu baik perwatakannya ? tapi kita kena ingat, siapa kita hendak melawan takdir dan kehendak Allah swt ? siapa kita hendak membenci suami yang dihadirkan rasa cinta pada perempuan lain ? bak kata Ustaz Azhar Idrus, ORANG MELAYU NIE JAHAT.
aku pernah bertanya kepada mak dan ayah aku,
" mak, kalau kite jadi bini kedua, apa mak abah rasa ? ".
" masa depan kamu gelap. mak tak setuju anak mak jadi macam tu, terseksa hidup "
" tapi kalau dengan duda yang ada anak ? "
" carilah yang bujang. kalau yang bujang, kamu dapat hak kamu 100%, kasih sayang 100% ! "
perghhh tu dia, awal-awal lagi mak ayah aku dah halang sekiranya suatu masa nanti aku ada niat jadi isteri kedua ataupun berkahwin dengan duda. sebenarnya ini adalah isu yang cukup panas dan tak sudah-sudah. aku rasa sampai kiamat pun mentaliti masyarakat pada isteri kedua adalah sangat buruk. kalau lelaki tu status duda, mungkin sedap sikit, tapi kalau isteri kedua tu mak aihhhh..kena benci kutuk habis !
bukan aku tak setuju dengan apa yang mak ayah aku cakap. bukan aku nak sokong sangat poligami itu indah. tapi sebenarnya kita sebagai masyarakat melayu harus ubah mentaliti kita sendiri. kalau poligami itu buruk, kenapa Allah swt menghalalkannya ? dah pasti terdapat hikmah disebaliknya, bukan ? memang betol, zaman kini ramai isteri kedua yang terpaksa menaham perit getir hidup bermadu gara-gara berkongsi kasih dengan suami orang. tapi isteri kedua tak bermakna perlu diketepikan. isteri kedua ada hak kasih sayang yang sama seperti isteri pertama jugak. dalam Islam sendiri dah kata, tak ada beza pun hak antara isteri pertama dan isteri kedua. see, anda rasa apa yang menyebabkan mentaliti masyarakat kita berpikiran buruk tentang isteri kedua ? fikirkan sendiri.
ya, aku nak cakap lebih-lebih pun apa lah setakat aku nie yang belum bernikah. mungkin isteri-isteri pertama dan kedua diluar sana lebih mengetahui perit atau manisnya hidup bermadu. cuma satunya aku cukup sedih dengan masyarakat melayu sekarang, sudah-sudah la tu hidup berdendam dan caci maki orang lain. kita tak tahu pokok pangkalnya, so jangan kita tuduh sebarangan. sebelum kita nak mencaci mengutuk, kita ingat dulu dari mana kita datang asalnya. Allah swt itu Maha Mengetahui, Dia mengetahui bahawa manusia nie hidup penuh nafsu dan sebab itulah Dia menghalalkan poligami agar nasib-nasib wanita lebih terbela dan maksiat dikurangkan.
bangkit lah wahai kaum melayu sekalian. jangan buruk sangka sesama kita. yang benci membenci tu, sudah-sudah lah. buang la rasa dengki khianat dalam diri tu. kepada isteri-isteri pertama dan kedua, bersabar lah dalam hidup. anggap ini adalah kelebihan anda untuk terpilih dalam poligami sebab dengan cara ini sebenarnya anda dapat menambah pahala dan kebaikan dengan penuh kesabaran. dan kepada para suami yang berpoligami, ingatlah segala tanggungjawab anda akan dikira sama ada kecik mahupun besar. membesarkan dan mendidik dua buah keluarga, bukan tugas yang mudah. berlaku lah adil pada isteri-isteri anda hingga mereka dapat berbaik seadanya..
sebab apa aku berani utarakan isu ini ? ada yang kata aku memandai je cakap lebat padahal pengalaman bernikah pun aku belum lagi. WTH ! aku rasa walaupun aku belum kawin dan umur pun takat celah mana, tapi aku rasa sebagai seorang wanita seharusnya aku bersedia dengan perkara ini. selepas mendalami perasaan wanita-wanita yang hidup berpoligami di forum-forum, sedikit sebanyak aku dapat faham dan memahami perasaan mereka. selain tu, aku dapat belajar macam-macam perkara, tahu ? hahaha !
even though, masa kita bercinta sekarang pun jangan kita percaya pasangan kita tu 100%. dia belum lagi sah menjadi muhrim kita, maka jangan kita letak kepercayaan dan kesetiaan terlebih-lebih. nanti yang merana, kita jugak. maklum lah wanita nie hatinya lembut macam kek span, curah air sikit pun dah lembik. mungkin di hadapan mata kita, pasangan kita begitu setia dan mencintai sesungguh-sungguh hatinya, tapi belakang kita dia pasang dua dan curang, sapa tahu kan ? oleh itu, jangan lah terlalu membanggakan sangat pasangan anda yang tak pasti cintanya ikhlas pada kita atau pun tidak. *eh, apa kena mengena ?* LOL
pendapat jujur aku, poligami itu indah jika betul caranya. poligami itu indah bila kesemua isteri faham konsep poligami dengan betol, terima takdir seadanya, tiada dengki kesumat benci membenci, matang, dan yang penting, tak ada rasa TAMAK. kalau aku lah yang terpilih untuk hidup berpoligami, mungkin aku tak sekuat dan setabah wanita-wanita yang diluar sana. dan aku tahu, Allah swt itu tahu apa yang terbaik buat aku. Allah swt juga telah tentukan jodoh yang terbaik buat aku. tu diaaaaa !

hobi baru terkini ! haritu jalan-jalan buang masa kat Daiso. sedang syok mencuci mata, tetiba pulak terpegun dengan beratus-ratus alat mekap keluaran Jepun di satu sudut. hulamak, gila ! betul ke apa yang tengok nie ! haha okay, secara jujurnya masa mula-mula aku nampak benda alah tu, mata aku terbuntang sikit lagi nak terkoyak.
nak tahu kenapa aku jadi macam tu ? lihat lah dibawah.
![]() |
ini baru sebahagian saja. |
![]() |
warna pastel, suka gilosss !! |
walaupun masa tu duit cukup-cukup makan je, tapi hati rasa nak angkut dua empat keping je pun jadi lah ! sebab aku geram sangat benda tu cukup banyak dan pelbagai jenis tapi rata-rata harga dalam RM5 je. warna-warna dia pun aku suka, sebab warna natural. orang Jepun kan suka pakai mekap natural, so do i walaupun aku bukan Jepangggg !
lepas tu member aku tak bagi aku beli. aku kecewa lah sebab dia beriya halang niat suci aku nak beli mekap-mekap semua tu. dia cakap Daiso nie totally dari Jepun, so tak tahu semua alat mekap tu halal ke tak. lepas tu mungkin produk-produk yang dihantar ke Malaysia kira barang dah rejected berapa kali entah. kualiti pun tengok macam standard, maklum la murah. dah tentu tak sesuai dengan orang kita. perghhh tu dia member aku bagi nasihat, tak hairan sebab dia pun memang genius mekap.
senang kata, akhirnya aku amik gambar je la buat kenang-kenangan. tak dapat nak beli, janji buat koleksi berangan pun okay dah kot. tunggu duit dah berkepuk balik baru pikir nak beli mekap banyak-banyak. mungkin ? sob sob sob ! :(

hari raya aidiladha memang sepatutnya disambut dengan ala kadar. tapi tahun ini, raya aidiladha aku macam terlebih meriah pulak, haha ! mungkin sebab semua ahli keluarga dan sanak-saudara berkumpul dirumah dan buat keje ternak lemak lemak lemak lemak sampai kalah lemak lembu ! kali nie sambut aidiladha double places, satu kat rumah dan satu lagi kat maktab. perghh, terbaik.
seperti biasa, seumur hidup aku tak pernah dapat pengalaman nak tengok lembu kene sembelih. memang ada keinginan nak tengok lembu kene sembelih, tapi tak ada peluang nak tengok sebab mak aku kata orang perempuan dok rumah masak je, jangan sibuk-sibuk nak tengok lembu kene sembelih dengan orang lelaki. kecewa gitu ! tapi dah tak kecewa sebab akhirnya dapat jugak tengok lembu kene sembelih korban semalam di maktab aku.
![]() |
hari raya aidiladha diserikan dengan jelly kepala yang yummeh ! |
![]() |
raya korban di melaka ! tercapai sudah impian aku nak tengok lembu dan kerbau kena sembelih. |
![]() |
bersama Puan Izi semasa pagi Qurban di maktab. |


ASYIQIN RIDZWAN

" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...
Leave a Comment