-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Friday, December 28, 2012 · Leave a Comment
Assalamualaikum.
Hai semua pembaca blog nie ! akhirnya hari ini aku dapat meluangkan sedikit masa untuk update entri kat sini. okay, entri kali nie aku nak kongsi tips mekap yang baru bagi anda yang berminat dengan mekap ! lama betul rasanya aku tak update entri mekap. well, mekap kali ini prinsipnya mudah saja, aku meletakkan tema 'Lighting Lilac Lover' untuk gaya mekap kali nie. yeah, i love lilac ! aku rasa warna lilac nie sangat lembut dan mempersona. sesuai dengan semua jenis kulit. yang kulit cerah pun sesuai, yang kulit sawo matang pun sesuai. Jadi, warna lilac merupakan inspirasi gaya mekap aku kali ini untuk tujuan anda yang mahu kelihatan cantik tetapi 'garang' ! haha. okay, itu melampau.
ini gambar demi lovato. gaya mekap Lighting Lilac Lover berinspirasikan gaya mekap demi lovato macam kat bawah nie...
okay mari kita mulakan mekap ! dibawah nie gambar sebelum mekap. pastikan muka anda dicuci dan menjadi bersih sebelum anda letap sebarang mekap kat muka anda. nie untuk memastikan muka anda tak serabut bercampur aduk dengan kesan cela benda alah lain kat muka anda tu.
maaf lah, tengah musim jerawat. haha ! selendang pun main lilit je. |
# LANGKAH SATU
Anda boleh sapu krim foundation dan loose powder di muka anda dengan seratanya. apa tujuan krim foundation dan apa tujuan loose powder ? okay, krim foundation tujuannya untuk menutup kesan kulit anda yang tak sekata dan menyeimbangkan warna kulit anda. loose powder pulak tujuannya kasi kesan foundation tahan lama untuk seharian, selain menyempurnakan muka anda. pastikan foundation yang anda pilih tu sesuai dan serasi dengan kulit muka anda. kalau tak sesuai, takut jadi berbelak pulak ataupun muka bertukar kelabu deyyy ! seeloknya, gunakan berus foundation supaya kesan sapuan foundation tu tak menimbulkan line. jangan lupa sapu foundation tu sekali kat atas bibir korang sebab nanti kesan gincu tahan lebih lama.
produk yang digunakan : krim foundation Mac, loose powder Mac.
# LANGKAH DUA
Lepas dah setelkan kulit muka sebagai tapak asas, benda kedua anda patut buat ialah rapi dan kemaskan kening anda. aritu sebelum majlis tunang, aku pegi kedai kasi trim kening aku supaya tak kelihatan bersepah. alhamdulillah kesannya kening aku nampak macam best dan senang dibentukkan. gunakan berus kening sebelum melukis kening dengan menggunakan pensel kening. untuk gaya mekap ini, aku guna pensel kening warna coklat. so takda lah nampak berat sangat. lukis penghujung kening dengan bentuk yang sedikit tirus. jangan bentuk kening tu jadi tirus sangat, nanti nampak macam pelik pulak.
produk yang digunakan : pensel kening dark brown Mac.
# LANGKAH TIGA
Letak eye base di keliling kelopak dan atas mata anda supaya kesan mekap yang dipakai boleh jadi tahan lama dan tak bersepah. gaya mekap ini menggunakan warna lilac sebagai warna utama nak kasi nampak mengelip mengilap kat kelopak mata tu. jadi, sebelum letak warna lilac, aku letak warna putih gading dulu. tujuannya ? tujuannya adalah untuk buat ilusi warna lilac tu agak berkilat. pastikan warna putih tu diletakkan dengan sempurna. then, barulah anda letak warna lilac tu sikit demi sikit. letak dulu warna lilac tu agak banyak di penghujung ekor mata anda. jangan lupa blend sikit kedua-dua warna tu dan letak sikit di bawah garisan mata anda. hey aku suka produk SAVEE sebab bukan je produk-produk dia best, tambahan pulak siap ada bau wangi tak hingat. love it !
produk yang digunakan : eye shadow putih gading Mac 20 pallets, eye shadow lilac SAVEE.
# LANGKAH EMPAT
Seterusnya, boleh lah anda letak konsep warna hitam memekat di keliling mata anda. kalau pakai mekap, aku takkan tak pakai eye liner bentuk gel atau bentuk carbon. gaya mekap bahagian mata demi lovato nie kurang hitam, jadi aku tambahkan lebar garisan eye liner tu kasi nampak 'garang' sikit. sebenarnya, lagi better kalau anda guna eye liner jenis gel sebab ianya nampak lebih pekat. aku syorkan pakai gel eyeliner daripada Mac sebab ianya sangat sangat sangat pekat. sangat berpuas hati ! gaya mekap ini, aku gunakan gel eyeliner di bahagian atas kelopak mata, dan eyeliner carbon di bawah mata. mula-mula anda buat line pertama dulu, pastu double lining untuk tambah kelebaran line eye liner anda tu. untuk langkah ini, anda letakkan concealer di bahagian bawah mata tu kasi tutup sikit eye bag. dan cuba lihat hasilnya !
produk yang digunakan : concealer Mac, gel eye liner Mac, eye liner carbon Revlon.
# LANGKAH LIMA
Pakai blusher mengikut warna yang lembut tetapi menyerlah di tulang pipi anda. mulakan sapuan blusher tu bermula di hujung tulang pipi (yang dekat kat telinga) dan bawak sapuan tu sampai berhampiran hidung. buat seberapa banyak yang boleh supaya kesan blusher tu nampak seakan-akan tulang pipi anda naik. guna berus yang besar bebulunya supaya blusher tu disapu dengan rata. gaya mekap nie, mula-mula aku gunakan blusher jenis shimmer. sapu shimmer tu kat kawasan yang nak disapu. kemudian, baru lah sapu balik dengan blusher jenis powder. seterusnya, anda perlu buat teknik shading di bahagian muka yang boleh 'dibantu' supaya nampak tirus atau bujur sireh. kalau muka jenis aku, aku akan buat teknik shading sedikit di bahagian tepi pipi dan bawah tulang pipi. warna shading powder yang hendak digunakan juga perlu dititikberatkan. akhir sekali untuk langkah nie, guna maskara yang best untuk lentikkan bulu mata anda untuk kelihatan lebih awesome okay !
produk yang digunakan : blusher shimmer Miss Rose, blusher powder In2it, maskara Mac, shading powder Mac.
# LANGKAH ENAM
Okay, hampir sempurna ! sentuhan terakhir ialah sapu gincu yang sesuai dengan gaya mekap nie. aku menggunakan gincu berwarna pink cherry sebagai padanan dengan mata yang dah 'berat'. tak terlalu pekat, dan tak terlalu pucat. sapukan jugak sedikit lip gloss untuk kesan yang segar !
produk yang digunakan : gincu pink cherry Maybeline, lip gloss In2it.
akhirnya gaya mekap Lightning Lilac Lover sudah pun siap ! lihat hasil sentuhan mekap nie dibawah..
sesuai digayakan untuk semua peringkat umur. untuk gaya mekap ini, aku tidak menggunakan contact lens dan bulu mata palsu. jadi kalau anda mahukan kelainan dan kecantikan lebih ekstra, boleh pakai contact lens yang comel-comel dan bulu mata palsu yang gojes ya !
selamat mencuba !
terima kasih kerana sudi membaca.
okay bye !
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...