-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Friday, November 11, 2011 · 5 Comments
kadang kala kita tak menjangka sesuatu akan berlaku dalam hidup kita, sama ada baik mahupun buruk. pastinya kita sebagai insan biasa hanya nak memilih perkara baik saja dalam hidup. kita alpa bahawa kemungkinan perkara buruk juga akan berlaku pada bila-bila masa, tanpa kita ketahui bila. jangan jadi manusia yang lupa diri. sementara diberi kenikmatan dalam segala aspek, ingat semua itu datangnya daripada Allah swt. dengan izinNya kita dapat merasa kenikmatan yang mungkin tak semua orang dapat rasa macam apa yang kita rasa.
banyak benda kalau nak cakap pasal perkara baik dan perkara buruk dalam hidup nie. okay, aku amik salah satu contoh yang paling dekat dan mudah untuk semua orang paham, CINTA. kalau anda sebut CINTA, apa yang anda dapat bayangkan. oh dah tentu lah semua benda yang bahagia dan indah saja, kan ? berkahwin dengan jodoh yang ditemukan oleh Allah swt, dapat cahaya mata yang comel lote, bina keluarga yang bahagia, hidup bersama tanpa ada rasa kedukaan hingga ke hari tua, bla bla bla. dengan segala perspektif seperti ini, maka semua orang pastinya menganggap bahawa CINTA ITU INDAH ! senang, kan ? anda tak tahu sebenarnya CINTA itu terlalu luas maknanya. CINTA yang pasti adalah cinta pada Allah swt dan Rasulullah. jadikan CINTA tersebut adalah cinta yang pertama sekali. harapnya semua faham itu.
apabila anda rasa hidup terlalu lengkap setelah bertemu dengan insan yang mencintai anda dan seterusnya bernikah. kalau anda percaya 100% pada pasangan anda, pastinya tak ada sikit pun terlintas di kepala anda bahawa suami/isteri anda setia 100% jugak, kan ? itu normal. bila rasa macam tak perlu kejar apa-apa dalam hidup, kita lupa pada masa itu lah selalunya kita diuji. diuji dengan cara apa, hanya Allah swt yang tahu kerana Dia yang tentukan takdir kita. kalau aku kata bahawa anda diuji daripada segi perasaan dan kesetiaan CINTA tu, anda sentap tak agak-agaknya ? sentap, mungkin !
apa agaknya rasa bila suami anda curang ? apa agaknya rasa bila suami anda bercinta dengan orang lain dan mahu menyuntingnya sebagai isteri kedua ? apa agaknya rasa bila suami anda mahu menduakan anda dengan cara yang halal, atau dengan erti kata lain, poligami ? anda rasa anda mampu terima hakikat itu sekiranya terjadi pada anda ? anda rasa anda mampu hadapi keadaan dimana anda telah ditakdirkan menjadi isteri pertama ? marahkah anda pada suami yang anda cintai selama ini ? hilangkah semua kepercayaan, kasih sayang dan kesetiaan anda pada suami selama ini ? wah, banyak soalan kan ! think about it people.
bagi aku, segala soalan-soalan di atas adalah sangat menyakitkan hati dan jiwa sekiranya aku dah bernikah nanti. walaupun sekarang aku masih anak dara, ada la jugak rasa tacing sikit dengan soalan-soalan di atas. tapi ketahui lah anda, soalan itu semua pastinya menghantui kepala anda bila anda telah ditakdirkan akan berhadapan dengan situasi itu. maksud aku, situasi tersebut di alam realiti anda ! namun jauh di sudut hati aku, aku setuju untuk mengatakan poligami itu indah ! memang sentap lah lepas nieeee.
perempuan mana yang sanggup dimadukan ? perempuan mana yang sanggup diduakan ? perempuan mana yang sanggup kasih dan cintanya dikongsi dengan perempuan lain, walaupun dengan ikatan yang sah ? perempuan mana yang tak benci dengan perempuan yang merampas kebahagiaan rumahtangganya, walaupun perempuan itu baik perwatakannya ? tapi kita kena ingat, siapa kita hendak melawan takdir dan kehendak Allah swt ? siapa kita hendak membenci suami yang dihadirkan rasa cinta pada perempuan lain ? bak kata Ustaz Azhar Idrus, ORANG MELAYU NIE JAHAT.
aku pernah bertanya kepada mak dan ayah aku,
" mak, kalau kite jadi bini kedua, apa mak abah rasa ? ".
" masa depan kamu gelap. mak tak setuju anak mak jadi macam tu, terseksa hidup "
" tapi kalau dengan duda yang ada anak ? "
" carilah yang bujang. kalau yang bujang, kamu dapat hak kamu 100%, kasih sayang 100% ! "
perghhh tu dia, awal-awal lagi mak ayah aku dah halang sekiranya suatu masa nanti aku ada niat jadi isteri kedua ataupun berkahwin dengan duda. sebenarnya ini adalah isu yang cukup panas dan tak sudah-sudah. aku rasa sampai kiamat pun mentaliti masyarakat pada isteri kedua adalah sangat buruk. kalau lelaki tu status duda, mungkin sedap sikit, tapi kalau isteri kedua tu mak aihhhh..kena benci kutuk habis !
bukan aku tak setuju dengan apa yang mak ayah aku cakap. bukan aku nak sokong sangat poligami itu indah. tapi sebenarnya kita sebagai masyarakat melayu harus ubah mentaliti kita sendiri. kalau poligami itu buruk, kenapa Allah swt menghalalkannya ? dah pasti terdapat hikmah disebaliknya, bukan ? memang betol, zaman kini ramai isteri kedua yang terpaksa menaham perit getir hidup bermadu gara-gara berkongsi kasih dengan suami orang. tapi isteri kedua tak bermakna perlu diketepikan. isteri kedua ada hak kasih sayang yang sama seperti isteri pertama jugak. dalam Islam sendiri dah kata, tak ada beza pun hak antara isteri pertama dan isteri kedua. see, anda rasa apa yang menyebabkan mentaliti masyarakat kita berpikiran buruk tentang isteri kedua ? fikirkan sendiri.
ya, aku nak cakap lebih-lebih pun apa lah setakat aku nie yang belum bernikah. mungkin isteri-isteri pertama dan kedua diluar sana lebih mengetahui perit atau manisnya hidup bermadu. cuma satunya aku cukup sedih dengan masyarakat melayu sekarang, sudah-sudah la tu hidup berdendam dan caci maki orang lain. kita tak tahu pokok pangkalnya, so jangan kita tuduh sebarangan. sebelum kita nak mencaci mengutuk, kita ingat dulu dari mana kita datang asalnya. Allah swt itu Maha Mengetahui, Dia mengetahui bahawa manusia nie hidup penuh nafsu dan sebab itulah Dia menghalalkan poligami agar nasib-nasib wanita lebih terbela dan maksiat dikurangkan.
bangkit lah wahai kaum melayu sekalian. jangan buruk sangka sesama kita. yang benci membenci tu, sudah-sudah lah. buang la rasa dengki khianat dalam diri tu. kepada isteri-isteri pertama dan kedua, bersabar lah dalam hidup. anggap ini adalah kelebihan anda untuk terpilih dalam poligami sebab dengan cara ini sebenarnya anda dapat menambah pahala dan kebaikan dengan penuh kesabaran. dan kepada para suami yang berpoligami, ingatlah segala tanggungjawab anda akan dikira sama ada kecik mahupun besar. membesarkan dan mendidik dua buah keluarga, bukan tugas yang mudah. berlaku lah adil pada isteri-isteri anda hingga mereka dapat berbaik seadanya..
sebab apa aku berani utarakan isu ini ? ada yang kata aku memandai je cakap lebat padahal pengalaman bernikah pun aku belum lagi. WTH ! aku rasa walaupun aku belum kawin dan umur pun takat celah mana, tapi aku rasa sebagai seorang wanita seharusnya aku bersedia dengan perkara ini. selepas mendalami perasaan wanita-wanita yang hidup berpoligami di forum-forum, sedikit sebanyak aku dapat faham dan memahami perasaan mereka. selain tu, aku dapat belajar macam-macam perkara, tahu ? hahaha !
even though, masa kita bercinta sekarang pun jangan kita percaya pasangan kita tu 100%. dia belum lagi sah menjadi muhrim kita, maka jangan kita letak kepercayaan dan kesetiaan terlebih-lebih. nanti yang merana, kita jugak. maklum lah wanita nie hatinya lembut macam kek span, curah air sikit pun dah lembik. mungkin di hadapan mata kita, pasangan kita begitu setia dan mencintai sesungguh-sungguh hatinya, tapi belakang kita dia pasang dua dan curang, sapa tahu kan ? oleh itu, jangan lah terlalu membanggakan sangat pasangan anda yang tak pasti cintanya ikhlas pada kita atau pun tidak. *eh, apa kena mengena ?* LOL
pendapat jujur aku, poligami itu indah jika betul caranya. poligami itu indah bila kesemua isteri faham konsep poligami dengan betol, terima takdir seadanya, tiada dengki kesumat benci membenci, matang, dan yang penting, tak ada rasa TAMAK. kalau aku lah yang terpilih untuk hidup berpoligami, mungkin aku tak sekuat dan setabah wanita-wanita yang diluar sana. dan aku tahu, Allah swt itu tahu apa yang terbaik buat aku. Allah swt juga telah tentukan jodoh yang terbaik buat aku. tu diaaaaa !
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...
BETUL.dlm islam tulis isteri isteri tidak ada istilah isteri pertama kedua or sebagainya..
plus kalo kahwin dengan yg bujang pun belum pasti kebahagiaan tu selamanya
act kahwin dengan siapa pun pasti punya masalah..yg pentng cara kita handle masalah..selalu isteri pertama sanggup xbagi suami dye kahwin walaupun suami dye dah berzina dengan perempuan lain...hee
setuju dengan pandangan anda ;)
redho nye cik syikin ni, klu la ramai wanita mcm ni, aman dunia ni, bole le kta berkenalan...misguy73@gmail.com...eheheh
Menarik entri ni...bkn ape...sy pon tgh mengalami dilema jugak...sy berknalan dengan seorang laki...jatuh cinta dan bercinta tnpa sedar kebenaran dia suami orang..memang sakit hati...tdk pernah trlintas untuk jtuh cinta pada suami orang...tp sudah trlanjur mencintai..yang sy suka, sepnjang perhubungan kami tidak pernah dia mngambil kesempatan dan amat menghormati dri sy..setelah mengetahui statusnya sebnar...dia mmg berniat ingin mengambil sy sbgai isterinya kedua...tp..istrinya xbenarkan...sekarang sy Redha shja...sy pula xsanggup kehilngan dia...bgitu juga dia...
Bujang tk menjamin bahagia jika xbijak hal dunia akhirat.