-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

mekap inspirasi kim kardashian untuk pagi raya !

esok dah nak raya ? eh biar betik ? betik la weh, esok raya dah ! *membebel sesorang*


wah, cepat je masa berlalu. tau-tau je esok dah raya, ape citer ye tak. semangat raya sedang membuak-buak ke tu ? wah, bagus ! raya memang patut kena ada semangat. kalau tak ada semangat, memang tak syoknyer la raya nie okay.


semangat raya punya pasal la kan, aku nak kongsi tips sikit macam mana nak kelihatan bergaya macam Kim Kardashian di pagi raya. aku nak kongsi macam mana nak buat muka anda naik seri dengan sentuhan mekap ala-ala kim kardashian nie weh ! aku memang minat kim kardashian sebab dia oh my god terlalu cantikkkkkk weh ! untuk touch up kali nie, aku akan buat smokey eyes yang nampak sedikit 'ringan' daripada mekap sebenar kim kardashian tu. al maklum la, di pagi raya elok la kita pakai mekap yang ringan sekadar untuk naik seri tapi ada styleeeeeeeee.


amik mekap inspirasi daripada gambar Kim Kardashian yang ini.


sebelum anda nak pakai mekap di pagi raya, pastikan anda bersihkan dulu muka anda betul-betul. cuci dengan facial foam yang sesuai dengan muka anda so that muka tak ada la nampak kusam. nanti kalau muka bersih, kita nak mekap pun jadi senang. sebelum mekap aku akan basuh muka dengan air yang sedikit suam tapi bukan suam tau. tujuannya, untuk kesegaran kulit muka kita. hehe !


okay, untuk memulakan mekap berinspirasikan kim kardashian nie, aku menggunakan barangan mekap yang simple je. aku tak guna yang jenis 'berat' sebab nanti muka kita nampak macam tak sesuai dengan suasana pagi raya. so, apa yang aku gunakan ialah eye shadow black & white Silky Girl, eyeliner black Silky Girl, lipstick warna rose, lipgloss daripada Elianto, Foundation daripada Elianto, compact powder daripada Maybeline, maskara daripada Maybeline, blusher daripada Silky Girl dan sedikit serbuk bedak biasa. see, simple kan ? semuanya senang didapati dimana-mana kedai !



# 1




nie muka masa awal-awal sebelum aku touch up di bahagian mata dan bibir. untuk bahagian awal, aku letakkan foundation daripada Elianto dengan rata ke seluruh muka. pastikan jangan letak terlalu banyak okay, sebab nanti nampak macam FAKE pulak. cukup la sekadar anda letakkan sedikit pada kedua-dua belah mata, pipi, zon T hidung, dahi dan bawah mata. sepatutnya kena pakai concealer kalau nak tutup mata yang sembab, tapi aku tak letak kali nie sebab concealer tertinggal di Melaka. mekap kim kardashian sememangnya kena main banyak tang mata. itu tak tipu !





# 2


lepas dah siap letak foundation dan bedak asas dengan rata di muka, anda kena ratakan pulak kening sebab kening pun ada fungsi penting untuk penampilan wajah kita. kalau anda nak letak pensel warna untuk kening, pastikan anda pilih warna yang sesuai dengan tona kulit muka anda okay, jangan main taram je. ratakan kening dengan menggunakan berus yang sesuai. ratakan dengan baik sebab kalau anda tak ratakan dengan baik, kening anda sure punya nampak macam FAKE ! hahaha annoying gilaaaaa.




# 3


langkah ketiga, anda dah boleh mula touch up di bahagian mata. mula-mula, anda sapukan eye shadow warna putih shiny daripada arah bucu mata hingga kena dengan bahagian bawah kening anda. untuk letak eye shadow warna putih shiny, anda boleh cuba tengok kat mata kiri gua tu. letak la dalam beberapa sapuan dan make sure kena rata okay.


bila dah siap letak, then anda kena buat garisan eyeliner dari awal bucu mata hingga ke penghujung alis mata anda. garisan eyeliner tu kalau boleh buatlah dalam ketebalan yang sederhana. jangan terlalu tebal pulak macam Amy Winehouse. bagi yang baru nak mula belajar pakai mekap, aku sarankan anda bermula dengan garisan eyeliner yang nipis dan simple je. takut kang tak sesuai dengan muka, nanti family members gelakkan pulak tak pasal-pasal. bila dah rasa confident nanti, terpulang pada anda sama ada nak tebalkan eyeliner tu ataupun tak okay.


seterusnya, boleh la touch up dengan eye shadow warna hitam pekat pulak. bahagia nie memang penting sebab kalau anda salah sikit je memang boleh cacatkan mekap. mula-mula, anda kena sapu sikit eye shadow hitam tu di bahagian hujung mata je. tenyeh kat situ sikit dan lama-lama kembangkan warna tersebut di seluruh kelopak mata ikut bentuk mata masing-masing. mata manusia nie lain-lain, so anda kene bijak sapu eye shadow biar kasi kemas di mata.


bila dah siap letak eye shadow hitam pekat di bahagian hujung mata, anda letak pula eye shadow shiny putih tu di bucu mata dan tarik ia melapisi separuh daripada kelopak mata anda untuk efek mata yang ada styleeee. kiranya nanti anda blend in warna putih dengan warna hitam di kelopak mata tu. anyway, cuba buat macam gambar mata gua kat atas tu okay. tapi ingat, masa nak sapu eye shadow tu jangan letak terlalu banyak ! awas !




# 4


ini lah hasilnya apabila dah siap di kedua-dua belah mata. bila dah siap jangan lupa pulak letak maskara. kalau  nak pakai maskara, anda kena berhati-hati sikit. kang kalau tercalit sikit kat kulit muka, cuihhhh memang seksa nak bersihkan ye tak ? bila kena bersihkan tu, mula lah rasa sia-sia bermekap. so pakai maskara elok-elok walaupun anda terlalu teruja untuk beraya ye ! hahahaha dalam gambar nie gua belum lagi sapu apa-apa di bahagian pipi dan bibir.




# 5


okay, dalam gambar nie aku dah pakai blusher tapi tak berapa nak nampak sangat kan ? jangan terlalu banyak sapu blusher di pipi kang nampak macam FAKE. sapu dalam kadar yang sederhana je untuk tujuan membentuk tulang pipi. tarik blusher ke atas tulang pipi hingga ke bahagian hujung mata. pilih warna blusher yang ala-ala pinky sikit sebab bagi nak nampak muka anda natural dan ada serinya.





# 6


dah settle mata, kening dan pipi ? bagus. seterusnya anda touch up bibir pulak. bahagian nie pun penting sebenarnya sebab ianya aset utama bila kita nak bercakap dengan orang sekeliling. jadi, touch up dengan kadar yang sederhana tapi masih ada serinya. aku tak berapa suka pakai lip liner sebab amik masa sikit nak pakai. so aku suka pakai biasa-biasa je, lagi cepat dan pantas !


untuk bahagian bibir, cuba anda pakai lipstik yang bertema warna pink. sebenarnya tak semua perempuan sesuai pakai lipstik pink di bibir, benda alah tu kena tengok situasi kulit muka jugak. kalau gua, gua memang tak sesuai pakai pink girlish-girlish tu. aku sesuai pakai lipstik yang warna terang macam merah cili atau warna merah raspberry. untuk mekap kim kardashian, bila kita dah touch up 'berat' di bahagian mata, kita jangan touch up 'berat' jugak di bahagian bibir. kalau anda touch up 'berat' di mata dan bibir, mekap akan kelihatan tak berapa sesuai dan kelihatan seriously macam mekap orang dulu-dulu.


untuk mekap kim kardashian nie, aku pilih lipstick warna raspberry daripada Silky Girl untuk seimbangkan tona warna bibir dengan mata. sapukan lipstick di bibir anda. lagi bagus sekiranya anda senyum lebar sampai nampak gigi masa anda sapu lipstik tu. tujuannya adalah untuk meratakan lipstik ke seluruh bibir. bila dah settle letak lipstik, anda lapiskan pulak lipstik tu dengan lipgloss. aku pilih lipgloss yang juga warna raspberry daripada Elianto. simple !




# 7


and yeahhhhhhh..akhirnya dah siap ! macam apa yang aku cakap kat awal entri nie tadi, aku amik inspirasi daripada mekap smokey eyes kim kardashian, tapi ubah sikit gaya mekap tu jadi  kelihatan lebih natural dan lebih 'ringan' daripada mekap kim kardashian yang asal. by the way, kim kardashian pakai mekap sebab dia ada shooting whatever whatever kan. kita nak pakai mekap sebab nak naik seri di pagi raya ye tak ? haha jadi, harusnya lagi nice kalau nampak muka kita soft and natural.





nak cuba tengok dengan lebih teliti ? untuk lebih banyak gambar-gambar mekap yang berinspirasikan Kim Kardashian, ada di bawah nie..rejoice !






















REVIEW







okay, selamat mencuba ye ! 




Comments
One Response to “mekap inspirasi kim kardashian untuk pagi raya !”
  1. Anonymous says:

    cantik :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted