-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

akibat tak kuat iman menahan nafsu !

aku jenis yang suka shopping dan kadang kala suka jugak beli benda-benda yang membazir. sebenarnya aku dah tau aku takkan pakai sangat benda-benda macam tu, walaupun tujuan asal aku beli semata-mata sebab " oh cantiknyaaaa, harus ada satu benda nie walaupun mahal, baru la styleeee " dan mungkin, "hmmmm...dah la murah, unik pulak ! bukan senang nak dapat nie, mesti beli !". manusia memang takkan lari daripada sifat tamak, kan ? hahaha.


kalau tamak dalam bab bershopping nie, tak lain tak bukan selalunya memang orang perempuan je. bila bershopping, cukup jarang balik dengan tangan kosong. mesti ada sesuatu yang akan dibeli, tak kisah lah dalam bentuk apa pun, tak kisah lah seberapa murah harga sekalipun, mesti punya lah ! lebih kurang je la macam aku, pergi bershopping mesti ada bawak sesuatu pulang ke rumah. contohnya, gula-gula getah yang berharga RM1 pun boleh jadi, tahu ?




kegemaran, tapi pernah pakai sekali je.



contoh paling ketara kasut high heel aku jenama NOSE warna putih kat atas nie. masa beli nie memang tak ada apa-apa promotion. masa tu aku memang nak cari kasut high heel bersarung buat pakai masa kuliah. jalan punya jalan, ngintai punya ngintai, tetiba aku terpandang kasut nie dan terus berkenan. aku bisik dalam hati aku, "weh, cantik jugak kasut nie ! aku tak ada koleksi kasut putih lagi. oh syiqin, please jangan beli. kau tak perlukan ini, sangat membazir ! ". sedang hati aku berlawan dengan nafsu, kasut nie sudah pun dibeli, dibungkus dan dibawa ke luar kedai. memangggggggg sadis, huh.


lepas tu baru aku menggelabah pikir pasal kasut kuliah yang tak terbeli lagi. kasut kuliah dah tentunya berbeza dengan kasut NOSE nie, so bergegas la aku menuju ke bahagian kasut-kasut kulit di Jusco tu. ringkasnya, kat situ duit pun berjalan sampai aku terlebih daripada bajet sebenar. bajet sebenar cuma RM100 untuk kasut kuliah semata-mata, tapi terus naik jadi RM170. macam mana boleh naik jadi macam tu ? ya, sebab sifat membazir aku dan tak kuat iman menahan nafsu. at the end, bila aku sampai maktab dan cuba pakai kasut NOSE tu, tetiba datang rasa menyesal dalam diri. mula lah menyalahkan diri sendiri sebab beli benda yang tak perlu. betul la kata si dia, takut jalan dengan aku nie sebab 'maintenance' tinggi. kahkahkahkah !!


jadi, sebagai mempelajari kekesalan ini, aku cuba jugak pikir macam mana nak pakai kasut nie sampai aku rasa betul-betul berbaloi beli.  kekadang, aku buat sesi Mix & Match tapi tetap ada je yang tak kena. nak pakai dengan jeans, salahhhh. nak pakai dengan skirt, pun salahhh. baju pun bukan boleh pakai sebarangan kalau nak match dengan kasut warna putih high heel bersarung pulak tu unless baju-baju kurung. tapi yang lawaknya, ia berwarna PUTIH okay so bila masanya aku nak pakai, kan ? dan oh ya, profesion aku takda kena mengena dengan kasut putih. sekian, terima kasih !







*berada dalam kemurungan sebab tension tengok kasut putih tu*
(+____+)











Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted