-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

tarikh cantik 20/11/2011 bersama PPEOC !

sebagaimana yang dijanjikan sebelum nie, so aku nak kongsi citer pasal konvoi kelab kereta yang aku join baru-baru nie. kelab kereta aku nie namanya PPEOC. nama penuhnya, Proton Persona Elegance Owner Club tapi sebab namanya panjang sangat, so dijadikan sebagai akronim PPEOC saja lah. sebenarnya,  konvoi nie sempena konvoi mengiringi perarakan pengantin salah seorang member kelab kereta nie jugak, Eric Lim. aku nie kiranya member baru join event nie lah. yes, nerdoooooo !



hey, i'm a PPEOCian !



penganjur event nie dah tentunya Mr. President, brader Fakri dan diikuti marshall-marshallnya. kami berkumpul dulu kat stesen minyak Petronas highway menuju ke Sri Petaling. for the first time, aku berkenalan terlebih dahulu dengan abang-abang senior dalam PPEOC nie. diorang sangat best dan kepala gila-gila. rasa tak tension kepala bila join konvoi sebab perangai riang ria semua ahli kelab PPEOC.



konvoi bermula di depan rumah pengantin perempuan.



kami berkumpul seawal pukul 7.30 pagi sebab al maklum lah, ini orang cina kahwin. jadi, berbeza la dengan waktu biasa orang melayu kahwin. walaupun masih terasa penat dan ngantuk, aku gagahkan diri jugak untuk bergerak ke tempat yang dijanjikan. sampai je kat sana, teruja hati sebab ramai yang dah tiba dan pasang bunga antena kat kereta masing-masing. dan yang lawaknya, hanya aku dan seorang kakak tu je ahli kelab perempuan yang join konvoi tersebut. gila, kan ? mereka sangat secure dan boleh terima semua ahli kelab untuk bersama, tak kira lah lelaki atau perempuan. 


pergerakan konvoi sangat teratur. dah nama pun konvoi, harusnya tidak 'syok sendiri' masa bawak kereta masing-masing. pergerakan pun tidak laju macam biasa, tapi masih berjalan dengan lancar. semua kereta kena pasang lampu 'emergency' sebab bagi mengelakkan konvoi terputus. marshall comel, Ashraf bertindak dengan baik. terima kasih la ye ? hahaha. dalam masa yang sama, pengantin Eric Lim pun diarak sama tapi dia naik kereta serba mewah, maklum lah di hari bahagianya. cewah, tu dia !



bergurau senda gembira dapat angpau kaya daripada pengantin Eric !


yang bestnya sapa yang join konvoi kali nie, dapat angpau duit rm50. perghhh, rm50 tu weh ! sapa yang nak bagi kau duit rm50 free je macam tu weh ? haha memang untung dan tersenyum lebar sampai ke telinga sebab boleh cover duit belanja petrol dan makan. pagi tu, cuaca agak mendung sikit dan tak ada lah terlalu panas. bila waktu tengahari matahari dah tegak atas kepala, ya panas terik tak usah lah kata. sampai tak larat nak angkat kelopak mata weh !


bila urusan dengan pengantin dah settle, kami bergerak ke Stadium Nasional Bukit Jalil. mula lah susun kereta masing-masing untuk sesi bergambar bersama pasangan pengantin Eric dan isterinya. pergh, memang comel habis semuanya ! suasana bergambar sangat meriah dan kecoh walaupun masa tu panas terik tak payah la cakap. ada macam-macam gelagat, bila tengok balik gambar, terasa sangat kelakar.



barisan PPEOC siap pasang lampu spotlight !


bersama dua bunga PPEOC yang lain.


barisan tenaga PPEOC bersama pengantin Eric dan isterinya.


candid !


cuba tengok sapa yang paling beriya nak dapatkan bunga tu.


nak buat gaya lompat sebenarnya nie, tapi tak menjadi.


bersama kakak yang comel. hehe !


nie antara sebahagian geng yang cuba sedaya upaya nak jadi comel.


macho la tu ?



yang menariknya, bila dah konvoi macam nie, gambar-gambar epik PPEOC kena la amik banyak dan jangan dipersiakan saat itu ! kena pulak amik shot daripada angle yang menarik, mesti gambar pun akan jadi menarik ! bukan lah nak buat gaya macam autoshow sangat. tapi cuma sekadar buat koleksi menarik untuk PPEOC. kenangan manis nie weh. jom tengok gambar-gambar epik PPEOC dibawah..


















bila dah habis sesi bergambar, kami pun isi perut yang kosong kat perhentian Awan Besar highway Kesas. maklum lah, lapar gila ! nie kira sesi dah nak ke penghujung event lah sebab urusan dengan pengantin Eric dah selesai. so masing-masing bawak kete laju sebab tak sabar nak makan. haha ! seronok weh bila makan ramai-ramai sambil berkenalan dengan ahli baru dan ahli lama. bergurau senda dan berhilai tawa sampai tak sedar nak makan nasi campur. dan event PPEOC dah pun tiba ke penghujungnya dengan salam perpisahan.



tu dia meja penuh sarat !


bersalaman untuk berpisah. semoga berjumpa lagi di masa yang lain !


and guess what people ?!
aku dapat tangkap bunga cepat kahwin tu. wah wah wah, petanda apakah ini ? huhu !




bagi aku, aku masuk kelab kereta macam nie sebab memang minat aku daripada aku kecik lagi. bukan sebab aku nak tunjuk hebat atau pun nak jadi poyo, mungkin tujuan tu bergantung pada individu tu sendiri sebenarnya. banyak benda bagus aku dapat daripada PPEOC nie weh. ingat aku masuk suka suki je ke ? aku dapat tahu dan belajar macam-macam pasal kereta aku daripada kelab nie. aku dapat kenal ramai kawan-kawan yang dah tentu lah ada minat yang sama macam aku. aku boleh tanya pandangan dan pendapat kawan-kawan kelab kereta pasal nak make up kereta dan sebagainya. aku boleh luaskan pengetahuan aku tentang segala jalan raya, higway dan tempat kat malaysia nie. aku minat gila weh !


rasanya, tak ada yang salah pun bila perempuan masuk kelab kereta. adakah perempuan masuk kelab kereta sebab memang perangai dia teruk dan bersosial ? go to hell with that typical psychologically retard ! mungkin ada sesetengahnya yang salah tafsir, tapi sebenarnya tak semua individu sejahat macam tu okay. asalkan ada minat, kemampuan kewangan, tenaga lebih memandu, sikap open minded, mesra alam, otak kereta, bla bla bla..then you're in ! itu saja, so jangan lah orang-orang diluar sana terlalu cepat untuk berprasangka. itu tidak baik ye !












p/s : pemilik-pemilik kereta Persona Elegance di luar sana, marilah beramai-ramai daftar sebagai ahli kelab. sumpah anda tak akan menyesal ! Hidup PPEOC ! *semangat terlebih-lebih* 




Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted