-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ikan Masak Sweet Sour, Yummy ! :)



okay kali nie nak berkongsi lagi dua resipi masakan yang aku buat untuk makan tengahari nie. alahai, anda jangan expect aku masak lauk-pauk yang hebat sebab aku masak simple je. tapi alhamdulillah aku berpuas hati dengan apa saja masakan yang dimasak oleh aku sendiri (berapa banyak kali nak sebut perkataan 'masak' nie ??). walaupun aku nie bukan lah hebat sangat atau pun tukang masak yang profesional tapi sekurang-kurangnya aku boleh jugak berkongsi idea dan pengalaman bersama anda kan ? kalau yang tak pernah buat atau terasa nak cuba buat, cara nie terbaik sebab kita mula daripada zero kan. okay then, here we go.

sebenarnya aku tak tau lah nak bagi nama apa kat lauk yang aku dah siapkan nie. dalam otak aku terlintas nak buat ikan masak sweet sour atau pun masam manis. tapi tak ada lah sehebat mummy masak. jadi kesimpulannya, aku letakkan jugak nama ikan masak sweet sour untuk lauk nie. heheh setelah cuba menggunakan kekreatifan diri dan logik akal, akhirnya siap jugak lauk nie. teehee !!

first off, untuk menghasilkan kuah sweet sour nie ialah kita kena pastikan bahan-bahan yang diperlukan adalah mencukupi. actually tak perlu pun nak jadi terlalu skema nak pastikan bahan-bahan hyper standard macam dalam buku resipi yang hebat-hebat belaka tu. antara bahan-bahan yang kena ada ialah :

tepung yang sudah dibancuh dengan air masak (kuantiti sedikit je tau)
bawang besar dihiris-hiris lembut
cili panjang merah atau hijau (ikut citarasa masing-masing)
mixed vegetables (yang nie boleh cari di kedai ye )
cili giling (kuantiti ikut citarasa masing-masing. btw, bahan ini sangat penting !)
kicap soya (satu sudu je dah cukup)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
ajinomoto secukup rasa
air masak (ikut citarasa masing-masing. lagi sikit lagi bagus)



masukkan semua bahan-bahan di atas dengan cermat tau. jangan masuk semua sekaligus. kena masukkan ikut aturannya. contohnya. masak dulu cili giling dan jadikannya sambal. lepas tu masukkan pulak sedikit air masak. masukkan semua bahan-bahan masakan dan barulah masukkan bancuhan tepung. gaul dan kacau sehingga kuah menjadi likat dan naik bau. plus, api jangan kuat sangat tau.



ini adalah ikan-ikan yang sudah siap digoreng. goreng sampai betul-betul garing tau. kalau tak garing, tak crunchy waktu dimakan. anda boleh pilih jenis ikan yang nak dimasak ikut citarasa anda. selalunya untuk masakan nie, orang akan pilih jenis ikan yang bersaiz besar dan mudah untuk digoreng.



taraaaa !! dah siap pun nie ha. bila dah settle semuanya, anda boleh lah tuang kuah sweet sour tu ke atas ikan-ikan tersebut dengan cermat. untuk kesan dramatik, boleh lah letakkan decoration seperti daun sup ke tomato ke ape ke ikut citarasa anda. disebabkan rumah aku dah kehabisan decoration yang berwarna hijau, so aku letak lobak yang sudah disagat kemudian ditaburkan di atas lauk tersebut. selamat mencuba ye ! :)


untuk lauk kedua nie, rasanya semua orang pun dah pandai masak lauk nie kan. buah labu itu baik untuk kesihatan tau. aku suka makan buah labu. kalau mummy masak ataupun makan di restoren, aku akan cari lauk yang masak menggunakan labu dulu. pergh, sedap tu ! selain daripada dijadikan masakan bubur, labu boleh jugak dimasak, ditumis dan direbus. kalau di rumah aku, kami selalunya akan guna buah labu untuk ditumis. sedap oh ! senang je pun caranya. bahan-bahan yang digunakan pun simple. ala, macam nak masak tumisan biasa tu. so di sini aku kongsi gambar untuk lauk tumisan labu nie. okay jom makan, dah lapar. heheh


bagi yang tak pernah buat, cuba lah masak okay. sedap weh. tak rugi pun. :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted