tutorial mekap : Shiny Your Eyes.
Posted on Tuesday, October 4, 2011
·
tutorial mekap lagi. pin ! pin ! pin ! tumpang lalu ye.
setelah berusaha jugak mencari masa terluang, akhirnya berjaya jugak siapkan tutorial mekap nie. maklum la, sekarang tengah sibuk dengan minggu assignment tapi aku tetap jugak tak sedar diri lagi nak buat tutorial mekap nie. heh, janji Melayu kan memang gitu.
aku bagi tema mekap kali nie, Shiny Your Eyes. cewah, tu dia siap ada tema lagi dah. okay sebenarnya nak bagi senang anda ingat gaya mekap yang aku kongsi dalam blog nie. so nanti tak ada lah terkeliru sangat ye tak. oh ye, untuk pengetahuan anda, aku takkan buat tutorial secara video sebab leceh nak upload memandangkan broadband aku bukan stok canggih hebat macam anda punya. and seriously, aku tak suka benda-benda leceh camni (-.-')
SHINY YOUR EYES
Shiny Your Eyes sesuai digayakan bila anda nak pegi keluar jalan-jalan dengan boyfriend atau kawan-kawan perempuan sebab ianya ringkas dan tak terlalu 'berat' kalau orang lain nak pandang pun. Shiny Your Eyes jugak boleh naikkan seri muka dan nampak muda, terutamanya di bahagian mata. boleh jugak kalau anda nak gayakan Shiny Your Eyes nie bila nak pegi acara keluarga or acara pejabat. aku pun gayakan Shiny Your Eyes bila nak keluar dengan kawan. dan bagi aku, gaya nie serious selesa dan tak makan masa yang lama so that tak ada member tu nak berkulat tunggu ! hehehe
okay let's start !..
01
tu dia, macam dah jadi gambar passport la pulak dah. ini gambar sebelum mekap Shiny Your Eyes siap. sila abaikan eye bag yang seram tu sebab maklum la minggu assignment memang gitu. sebelum mekap, pastikan anda cuci muka terlebih dahulu. bersihkan kotoran dan cela-cela apa jadah kat kulit muka tu dulu, baru lah kita nak calit mekap di muka. ini gambar sebelum aku letak foundation atau apa-apa jenis bedak.
02
untuk dapat kesan solekan yang baik, pakai foundation dan compact powder yang sesuai dengan warna kulit muka anda. foundation nie ada dua jenis kategori, foundation powder dan foundation liquid. untuk menggayakan Shiny Your Eyes, aku cuma guna foundation powder daripada MAC bagi mendapatkan tona kulit muka yang sesuai. lagi cepat dan lagi selesa. dalam gambar diatas, aku dah sapukan foudation powder daripada MAC dan bedak asas dengan rata ke muka.
03
langkah seterusnya, anda boleh kemaskan alur kening anda. letak dulu sedikit celak warna dark brown atau hitam pada hujung kening anda yang berada di kawasan zon T tu. lepas tu, tarik sikit demi sikit sampai ke hujung kening yang berada di kawasan ekor mata tu. tarik dengan cermat dan make sure do it slowly ! jangan menggelabah sangat kang tak pepasal jadi sin chan pulak dah.
04
dah settle kemaskan dan ratakan kening anda, sekarang boleh la mula touch up mata anda. benda pertama anda kena buat, amik sedikit blusher guna berus blusher macam kat dalam gambar tu. kemudian, sapukan dengan rata kat bawah kening hingga la ke bahagian kelopak mata anda. blusher nie tujuannya untuk buat mata anda kelihatan natural dan glowing. jangan pulak anda letak blusher sampai kelihatan terlalu 'pink' kat situ. letak dan sapukan macam biasa okay.
05
okay langkah seterusnya, anda boleh lukis garisan black eyeliner pada garisan kelopak mata macam dalam gambar kat atas. jenama eyeliner bergantung lah pada citarasa masing-masing. macam aku punya, aku pakai eyeliner daripada Elianto sebab aku suka warna hitam pekat dia. cakap pasal ketebalan garisan eyeliner yang anda lukis tu bergantung pada anda jugak sama ada suka nak tebal atau nipis. tapi kalau aku, aku lebih suka sederhana tebal tapi tak tebal sangat. sebab aku lebih suka nampak natural.
pastikan juga anda lukis tu dengan rata dan tepat kena dengan kelopak mata tu. tak nak la ada garisan eyeliner yang senget benget. banyakkan praktis melukis eyeliner rapat dengan kelopak mata tu, tak nak gegar-gegar masa melukis tu. hehe !
dan garisan eyeliner anda akan harus kelihatan seperti dua gambar diatas. lebih elok masa anda nak lukis eyeliner tu, anda tarik hujung mata dengan jari anda kasi tegang. so that ianya memudahkan anda melukis eyeliner dengan cantik dan sempurna. untuk beginner, banyakkan praktis dulu melukis eyeliner dengan tangan sebab nak elakkan tangan anda bergegar dan seterusnya merosakkan solekan mata.
06
sila fokus pada warna yang aku tunjuk dengan berus tu. aku pilih warna dark brown a.k.a coklat gelap daripada MAC Studio. aku pilih warna tu sebab sesuai untuk menggalakkan mata yang kecik macam aku nie ha. selain daripada warna nie dapat bantu naikkan seri mata kita, ianya juga dapat sembunyikan ilusi eye bag anda ! percaya tak ? LOL
letakkan eye shadow warna coklat gelap tu diatas garisan bawah mata dengan kemas. dan hasilnya akan kelihatan seperti dalam gambar diatas. kilat pada eye shadow itu boleh membuatkan mata anda tampak innocent jer dan kelihatan glowing ! pastikan masa anda letak eye shadow tu, anda letak dengan kemas sebab nanti kalau terkena lebihan eye shadow tu nanti jadi 'kotor' di kawasan bawah mata tu dan memang payah nak bersihkan.
07
langkah seterusnya, anda amik warna kelabu cerah MAC Studio macam dalam gambar. amik dan calit sikit dengan menggunakan berus yang bermata lebih kecik macam kat atas tu. kemudian, sapukan eyeshadow warna kelabu cerah tu betul-betul diatas garisan eyeliner yang anda lukis sebentar tadi. letakkan eyeshadow kelabu cerah tersebut dengan berhati-hati agar tak menampakkan kecacatan pada solekan mata anda. hasilnya, anda boleh tengok di mata aku dalam gambar kat atas.
08
kemudian, langkah seterusnya, aku guna warna dark brown daripada MAC. shiny gituuuu ! amik warna eye shadow coklat gelap kilat tu dan calit di atas garisan eyeliner yang anda dah dicalit dengan eye shadow kelabu cerah sebentar tadi. calitan eye shadow coklat gelap tu mestilah tebal dan rata daripada kawasan taik mata tu sampai lah ke kawasan ekor mata. kalau boleh tebalkan juga dengan calitan sebanyak beberapa kali untuk kesan yang lebih dramatik. LOL !
09
oh ye, jangan lupa pulak untuk kelihatan lebih glowing dan shiny, anda boleh amik eyeshadow glowing white dan letak betul di kawasan taik mata anda tu eh. kemudian, tarik sikit-sikit keatas hingga kena sikit dgn eyeliner tu. perasaan tak gaya mekap nie aku lebih tekankan warna di bahagian mata ? dan warna-warna tersebut tujuannyer untuk membuatkan mata anda kelihatan bersinar gitu ! mainkan dengan eye shadow glowing daripada MAC Studio dan Silky Girl, it was done.
10
next, anda pakai lah maskara macam biasa. tak kisah la nak lentik mana pun, janji pakai la maskara tu bagi bulu mata nampak lebat, kemas dan hitam. aku lebih selesa pakai maskara daripada Maybeline sebab lebih pekat dan banyak bahan ekstrak.
pastikan anda pakai maskara ke mata dengan menggunakan teknik yang betul. kalau anda pakai maskara yang cair sangat, pastikan anda pakai dengan cermat la ke mata okay. takut nanti tercicir kena kat kulit muka serious leceh nak basuh. serik weh !
11
gambar kat atas sangat horrible okay, sila abaikan dan fokus pada bahagian pipi je -.-'. pakai blusher dan sapukan di bahagian tulang pipi dengan rata. pakai dengan kadar yang sesuai and not too much okay. halakan berus blusher ke atas dari kawasan pipi hingga la tulang pipi di bahagian berdekatan dengan mata. warna blusher terpulang la pada anda okay. kalau aku, aku lebih selesa pakai blusher warna peach. much sweet, i guess.
12
tiga produk bibir kat atas nie merupakan produk-produk yang aku guna dalam gaya mekap nie. gambar pertama, lipstik daripada Silky Girl. warna kod lipstik tu tak lah terlalu 'berat' dan sesuai untuk remaja pakai. aku nie bukannya suka sangat lipstik warna pink tapi ada masanya kita perlu pakai sebab nak bagi nampak natural.
kemudian, aku sapu sikit je daripada lisptik produk Avon. yelah, aku nie mana ada duit sangat nak beli stok mahal-mahal. layan Avon pun jadi la. LOL ! but seriously i like Avon. cuba anda amik warna Red Fantasy daripada jenama Avon sebab warnanya lembut seakan-akan warna raspberry. sesuai juga untuk wanita yang berkulit cerah dan jimat duit jugak weh !
lepas dah sapu dua lipstik di atas, anda calit sikit lipgloss daripada Elianto. sikit je tau, jangan banyak sangat. tujuannya adalah untuk menampakkan bibir anda kelihatan berkilat dan segar sepanjang masa. lipgloss ni bagus juga untuk cover bibir anda daripada masalah kekeringan dan menggelupas selain berbau wangi dan menyenangkan.
cara sapu lipstik pada bibir pun ada tekniknya. lebih bagus sekiranya anda sapu lisptik ke bibir dengan menggunakan berus lipstik. ianya memudahkan anda pakai lipstik dan meratakan lipstik tu ke seluruh bibir tanpa ada sebarang kekotoran. dulu aku pun tak suka pakai berus lipstik nie, tapi sejak rasa benda tu lagi memudahkan keje aku pakai lipstik, aku pun layan la sampai sekarang.
dan hasilnya, mekap Shiny Your Eyes pun siap ! untuk contoh yang lebih jelas, anda boleh tengok gambar-gambar dibawah..
REVIEW
simple kan gaya mekap nie ? sesuai untuk bagi remaja yang minat dengan solekan. sesuai jugak buat mereka yang mempunyai mata besar sebab ilusi gaya mekap nie boleh buat mata anda seolah-olah segar dan pakai contact lense. ceh, itu tipu la kot. huhu ! banyakkan lagi praktis dalam teknik solekan insyaallah anda akan dapat belajar dengan lebih luas lagi pasal solekan.
okay itu saja untuk tutorial mekap kali nie. insyaallah lepas nie akan ada lagi sesi tutorial gaya mekap yang lain. semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat tolong anda. kalau ada apa-apa soalan, boleh tuju kepada facebook aku dan insyaallah akan dijawab dengan pantas.
selamat mencuba ye ! hehe
Takde beza pun.
Nampak same jee.. mata saya yang silap ke atau modelnye yang tak berape nak ......
hahaks
terkezutttt aku tengok header blog nih!
minah : haha yelah sebab tak ada beza lah bagus bagi saya. saya lebih suka mekap yang bersifat matang dan tak keterlaluan tebalnya. bagi saya, mekap bukan untuk mengubah muka tapi tujuannya untuk menambahkan seri muka saja. hahaha thanks minah ! :)
jack : hahaha gedik kan header blog nie. LOL !