-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Tuesday, December 7, 2010 · Leave a Comment
hari nie aku masak special untuk menu lunch. abah amik cuti rehat kat rumah, so tadi abah teringin nak makan ketam. abah pun keluar pergi wet market dan cari ketam. ikan2 lain pun ada jugak. aku hairan, abah bukan jenis yang berminat nak pergi wet market sorang2. sometimes je dia jejak kaki ke wet market tu sebab selalunya mummy yang akan pergi wet market. kalau abah ikut pun, abah mesti stay dalam kereta sementara tunggu mummy habis shopping. tapi agaknya itulah yang dinamakan selera lelaki kan ? abah pun dah 52 tahun. bukan muda sangat pun.
then memang dah jadi rutin harian aku untuk masak lunch. kalau aku cuti kat rumah lah tapi kalau aku tak ada kat rumah, mummy atau kak tah je yang masak. okay so lepas dah tanak nasi, aku pun tanya abah pasal ketam nie. abah cakap abah teringin so abah suruh aku masak lauk ketam masak lemak cili api. terkedu aku seketika ! aku cakap boleh je kat abah tapi dalam hati, rasa nak meletup je jantung aku nie ha. sebab ? sebab aku mana pandai sangat masak benda alah yang menggunakan santan kepala nie. failed lagi weh. boleh tu memang boleh tapi tak perfect lah. ada je kes yang tak kene kalau aku masak berlemak. pecah minyak lah berbau minyak lah ape lah. takut !
so aku pun memulakan masakan berlemak aku dengan perasaan yang gemilang tapi tak yakin. aku main masak je ikut apa yang aku rasa logik akal. api tu besar ke tidak, nak masuk banyak mana, nak tunggu berapa lama untuk masuk santan dan apa2 je lah. aku main taram je. tapi tipu lah kalau aku tak nak hasilkan yang terbaik ye tak ? dalam masa yang sama, aku pun masak jugak lauk2 lain macam tumis sayur kobis, ayam masak merah dan ikan goreng. setelah yakin dan pasti dengan hasil daripada ke'saintis'an aku tadi, taraaaaa !!
walaupun tak perfect tapi abah dan mummy cakap sedap sangat !! |
bagi yang baru nak belajar resipi saintis aku nie, aku ada share di sini. kalau ada yang nak menambah info, beri panduan atau membuat pembetulan untuk aku, aku alu2kan sangat. maaf ye, aku nie tak tau sangat nak guna penjodoh bilangan yang betul untuk bahan2 kat bawah nie. kalau salah, maaf la ye. oh ya, bahan2 kat bawah nie adalah kuantiti yang digunakan untuk seramai 8 orang. so banyak lah jugak. anda boleh kurangkan atau banyakkan kuantiti bahan2 di bawah ikut bilangan yang anda nak hidangkan okay :)
Bahan2 yang diperlukan :
bawang merah - 4 biji
bawang putih - 4 biji
halia - 1/4 ulas
serai - 3 batang
cili giling - 1 satu
cili merah panjang - 1 batang
cili api - 6 biji
ketam segar - 8 ekor
daun kunyit hidup - 3 helai
serbuk kunyit - 1 sudu kecil
garam - secukup rasa
ajinomoto - secukup rasa
air masak - 4 kole sederhana besar (ikut banyak mana kuah yang anda nak)
minyak masak - 1 sudip kecil
Cara2 nak masak :
1) tumbuk dulu semua bawang merah, bawang putih, cili api dan halia hingga lumat menggunakan lesung batu. tapi jangan la terlalu lumat sangat. nanti tak terasa pulak.
2) panaskan kuali dan minyak masak. minyak masak tak perlu terlalu banyak sebab nanti kuah akan berminyak. so kuantitinya ikut kesesuaian yang anda rasa selesa.
3) bila dah rasa panas je kuali dan minyak tu, anda boleh lah masukkan bawang merah, bawang putih, cili api dan halia yang dah ditumbuk sampai lumat tadi ke dalam kuali. ianya boleh dipanggil sebagai bumbu ye. bukan bamboo ! masukkan jugak sedikit cili giling. opss, anda jangan tinggal je tau. kene selalu kacau2 godek2 sebab nanti hangus pulak.
4) okay, bila bau dah naik dan anda rasa bumbu tu pun nak masak, anda masukkan air masak tadi perlahan-lahan ke dalam kuali. ikut lah sebanyak mana kuantiti yang anda nak masak. kalau rasa nak berkuah banyak, boleh letak air banyak sikit dan sebaliknya. tapi jangan terlalu sikit sebab takut ketam tak masak. heheh
5) tunggu sampai air masak yang telah menjadi kuah tadi mendidih dan meluap2 ibarat dalam lava gunung berapi. kacau jangan tak kacau. godek jangan tak godek. bila dah mendidih, anda masukkan ketam-ketam segar tadi ke dalam kuah. make sure ketam2 tu dah bersih dan dikepak cengkerangnya !
6) around 15 minutes, air dah mendidih dan ketam pun hampir2 masak. ketam nie kejap je nak masak die tak macam ayam atau ikan. so senang sikit. okay sekarang nie dah masuk part yang agak mencabar, iaitu masukkan santan kelapa yang sugar bugar tu ke dalam kuah tadi. masuk slowly okay. aku lebih suka guna santan kelapa yang sudah siap diproses dalam kotak tu. tapi kalau yang nak guna original santan punya pun boleh :)
7) kacau godek kacau godek. and kita boleh lihat kuah tadi dah berubah menjadi putih tapi ada minyak2 sikit. itu normal. bagi aku lah, bagi mummy dah kene reject agaknya. jangan lupa perlahankan api sebab nanti minyak dalam tu pecah. okay mak kiah teruskan mengacau kuah santan tadi ya.
8) kuah akan mendidih dan terus mendidih, lepas tu anda masukkan daun kunyit hidup tu ke dalam kuah. oh ya, jangan main masuk je camtu. daun kunyit tu kene ikat simpul dengan kemas. ala, ikat yang macam nak ikat daun pandan tu. okay lepas dah selesai ikat, masukkan ke dalam kuah tu. masukkan jugak daun serai tadi ye. kacau godek godek kacau, masukkan jugak serbuk kunyit sikit je ke dalam kuah. biar warna dia jadi kuning sikit. berselera nyah. bau pun dah sedap !
9) lepas dah naik bau, anda jangan lupa masukkan sikit ajinomoto tadi berserta garam secukup rasa. then kacau macam biasa. tunggu dalam 5 minit untuk masakan betul2 siap di masak. lepas tu, masukkan cili2 merah yang sudah dihiris panjang2 tadi.
10) okay anda dah yakin ? sedap tak baunya ? rasanya pun dah kena ? apa lagi, anda dah boleh hidangkan untuk di makan seisi keluarga :)
p/s : blurrppp !! kenyang dengan ketam masak berlemak. abah mummy puji aku oh ! bukan senang tu nak dapat pujian untuk masakan yang agak susah. heheh
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...