-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Saturday, December 3, 2011 · 4 Comments
okay, resipi memasak lagi !
kali nie aku nak kongsi resipi masakan orang jawa. Begedil, tahu ? senang saja, berasaskan kentang dan memerlukan kita untuk buat beberapa proses yang tak terlalu leceh. dan hasilnya yummsss sedap ! well actually tak kisah la orang jawa ke orang bukan jawa ke mat saleh ke, smeua dijemput untuk sama-sama buat Begedil yang mudah nie. sedap, sumpah berbaloi-baloi kelazatannya hingga menjilat jari. kehkehkehkeh
so, memperkenalkan Begedil hasil buah tangan aku...jeng jeng jeng !
Begedil Jawa ! |
okay lah secara jujurnya, mungkin rupa Begedil aku nie agak menakutkan dan pelik bagi sesetengah orang yang dah cukup mahir buat Begedil. tapi abaikan pada rupa, yang penting rasanya ye tak ? haha ! mula-mula masa aku belajar buat Begedil nie, memang aku pemalas. aku rasa Begedil sangat menjengkelkan sebab banyak proses yang nak kena buat, walaupun dihidangkan Begedil depan aku memang aku lahap semua (makan nak, buat taknak ! hehe). maklum lah, duduk tengok orang buat dan duduk tengok sambil belajar menghayati orang buat adalah dua perkara yang berbeza. kalau dah pemalas, buat apa pun memang malas. hoh !!
bahan-bahan yang diperlukan :
Kentang - berapa bijik suka hati anda
Bawang merah - 4 hingga 5 ulas
Udang kering - ikut suka kuantiti anda (make sure dah bergoreng dulu !)
Cili Api - 5 bijik, bergantung juga pada anda sama ada nak lebih atau kurang pedas
Telur - 2 bijik
Tepung gandum - 2 hingga 3 sudu je dah cukup.
Minyak masak - sediakan kuantiti ikut suka anda.
senang je kan penyediaan bahan-bahan untuk Begedil ? hehe ! by the way, pemilihan kentang juga penting untuk mendapatkan Begedil yang sedap. pandai-pandai la anda pilih kentang yang baik masa beli kat kedai tu. kalau amik yang keras dan tak berapa nak masak sangat, much better ! sebab kalau amik yang tak berapa masak, Begedil pun tak senang nak lembik dan hancur, so ianya akan memudahkan anda untuk proses menggoreng nanti, tahu ? okay good, mari mula memasak... ahaks !
# 1 Mengupas Kulit
bila anda dah pilih kentang yang baik, jangan lupa basuh terlebih dahulu dan kupas guna pisau pencukur. aishhh..apa benda entah nama benda alah cutter tu. tapi guna pisau pencukur kulit kentang tu memang memudahkan kerja dan menjimatkan masa weh ! dalam masa 6 minit, aku dapat kupas 6 bijik kentang yang bersaiz besar macam gambar kat atas nie. lepas dah selesai kupas, rendam dulu dalam bekas yang berisi air biasa sebab nak kasi bersih betul-betul. hehe gambar kat atas memang scary, maklum lah kata 6 minit buat ye takkkkk. ahaks !
# 2 Potong Kecik
seterusnya, potong kentang-kentang kecik-kecik. ya, memang nampak macam gila sebab terus jadi banyak, kan ? relaks, jangan kecewa. kentang nie kena potong kecik-kecik sebab nak bagi cepat masak sebelum nak memulakan proses yang seterusnya. maklum la, memang sedia tahu kan kentang nie amik masa lama untuk betul-betul empuk dimakan. so cara terbaik, potong kentang tadi jadi bentuk kecik-kecik. heheh
# 3 Goreng Empuk
haaa..masukkan minyak mengikut kuantiti yang anda rasa selesa. kalau nak kentang tu cepat masak, so tuang minyak masak tu dalam kadar sederhana je dan kuantiti kentang yang nak digoreng pun sederhana jugak. sebenarnya, untuk proses nak empukkan kentang nie ada dua. pertama, menggoreng dan kedua, merebus. sebab aku nie jenis malas nak leceh merebus guna air, so aku goreng je.
untung pengetahuan anda, kalau nak merebus kentang memang amik masa yang sangat lama untuk kentang tu empuk. berbeza pulak dengan cara menggoreng. walaupun dengan cara menggoreng tu kentang kena minyak, tapi ianya cepat empuk. so anda nak pilih mana ? nak cara yang leceh ke atau cara yang mudah ? hehehehehehe (meracun kuat). kalau kentang anda banyak, goreng la beberapa kali. jangan masuk kentang semua sekali, alamaknya memang tak masak dan bau minyak kuatttttt. hew hew hew
# 4 Tumbuk-Tumbuk
masuk bawang merah, cili api, udang kering yang dah digoreng ke dalam lesung batu. lepas tu, apa lagi kasi tumbuk hancur lumat kaw-kaw ! tumbuk kasi betul-betul hancur takut nanti ada pulak orang yang tertelan atau terkunyah cili api hidup-hidup. tak ke naya nak cari sedozen gelas air ? hahaha. ingat ye, udang kering tu kena goreng dulu takut berbau hanyir dan mentah kuat kat Begedil.
# 5 Masuk dan Lumat
bila dah setel goreng dan tumbuk bahan-bahan asas tadi, masukkan ke dalam bekas dan campurkan kesemuanya. pastikan kentang-kentang tu dah siap di tus siap-siap dulu takut berkumpul pulak minyak dalam bekas tu. tumbuk lumat kentang-kentang tu masa diorang tengah hangat, memang terbaik ! lagi mudah, lagi cepat lumat ! so tumbuk la guna keringat anda untuk pastikan kentang-kentang tu lumat sebati bersama campuran bahan asas tadi.
# 6 Bulat Leper
part nie memang part yang paling aku suka ! sebab proses gentel-menggentel nie kerja mudah je, tak ada masalah sangat lah. by the way, tak kisah la anda nak bentukkan Begedil tu jadi bentuk bulat ke oblong ke heksagon ke hemisfera ke..janji ia berbentuk. kalau nak lagi mantap, anda buat bentuk saiz besar dan leper, perghhh memang syiok masa nak makan nanti. kalau anda nak buat saiz kecik, mungkin anda akan dapat bilangan Begedil yang banyak, tapi kalau buat saiz besar, anda makan sebijik dua pun dah cukup puas hati.
# 7 Tabur Tepung
pecahkan telur dan kacau sampai mantap ! jangan lupa, Begedil yang bakal digoreng dengan telur tadi pun harus ditabur dengan tepung terlebih dahulu. tabur tepung ke atas Begedil dengan rata. tujuan guna tepung nie sebab nak elakkan Begedil tu berpecah belah. tu dia ayat potong stim, haha ! dengan adanya tepung tu, insyaallah Begedil tak akan mudah hancur masa kita goreng. maklum la, minyak kan panas.
# 8 Balut Dengan Telur
sudah tabur tepung dengan rata, anda boleh celup Begedil tu ke dalam telur yang dah dikacau tadi. pastikan anda celup Begedil tu dengan rata kasi telur tu kena pada seluruh bahagian Begedil. bila dah yakin celup rata, boleh lah letak ke dalam minyak masak untuk digoreng.
# 9 Goreng Rangup
masukkan Begedil ke dalam kuali dengan cermat dan perlahan-lahan sebab takut Begedil tu hancur. semasa menggoreng, jangan lupa sentiasa balik-balikkan Begedil tu sebab benda tu sekejap je masaknya. kalau terlambat angkat atau tak balik-balikkan, confirm hangus ! jangan terlalu kasar masa goreng tu sebab Begedil nie sensitif. hehehehe ! kalau dah nampak Begedil dah tukar jadi warna kecoklatan, boleh angkat dan tus.
dan jeng jeng jeng akhirnya, begedil kita dah pun SIAP !!
kepada kawan-kawan pembaca blog ini, Selamat Mencuba ye !
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...
xletak daging or ayam ke?? lg sedap!!
boleh je kalau nak tambah. yang nie cuma begedil asas je. letak daging ke ayam ke mesti la lagi sedap :D
oh.. tu favourite sy tu... sy pon pandai buat :P
bagusnya. jom share resipi ! :D