-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Thursday, November 18, 2010 · 1 Comment
hello blogger. wish a Happy Thursday to everyone. so how's your day today ? feel good ? hope it'll be. hari nie aku banyak menghabiskan masa dalam bilik je. btw, petang ni still hot and mood nak keluar jalan2 tu belum ada lagi. so boring ! rasa macam alone je dalam rumah sekarang nie. look onto my calendar, baru la nak tersedar, "oh lupa. hari nie orang dah mula masuk bekerja macam biasa". sigh.
BORING ! urgh what will i do ? shopping ? no way man. this week mungkin bukan idea yang cukup baik untuk aku hang out. u know why ? it's all about pimples on my face. pimples yang jahat sebab tumbuh macam cendawan ! fyi, muka aku bukannya jenis muka yang senang ditumbuhi jerawat. kalau ada pun, jarang sangat. so bila jerawat naik, aku rasa macam tension and aku seorang je yang tension dalam dunia nie. boleh tak macam tu ? ala boleh laaaaaaahhhhhh ~
ah tak suka ! tak suka ! sometimes aku rajin jugak nak browse pasal jerawat nie atau lebih manis disebut pimples dalam internet. aku nak tau apa punca dan faktor utama jerawat nie boleh tumbuh di muka. mostly reason dia adalah perubahan cuaca ataupun personal hygiene. ada jugak disebabkan oleh genetik or yang ni lebih kritikal sebab dia ada resdung. tapi yang pasal pimples cendawan aku sebab apa pulak ? personal hygiene ke ? ish impossible sebab aku selalu sangat bersihkan muka aku. (bajet macam dah terlalu suci sangat la nie). perubahan cuaca, maybe. apa2 pun tak usah nak kutuk2 sapa2 pun kat dunia kalau dia ada masalah jerawat di muka. because PIMPLES IS NORMAL for everyone. aku paling allergic kalau dengar laki or perempuan suka mengutuk muka orang yang ada jerawat. ingat dia tu suci sangat ke daripada jerawat ? aishhh !
here's ada tips yang baik punya tentang masalah jerawat nie . check it out !
Petua 1 :
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 :
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 :
Campurkan bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 :
Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 :
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 :
Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 :
Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 :
Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 :
Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
Petua 10:
Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.
Kat Bawah Ni Pula Petua Untuk Hilangkan Kesan Jerawat ;)
Petua 1 :
Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.
Petua 2 :
Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
Petua 3 :
Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4 :
Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5 :
Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6 :
Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.
dah habis baca ? tips rawatan tradisional untuk semua. sometimes, kita tak perlukan bahan2 kimia untuk membaikpulihkan kulit muka kita. kulit muka kita pun nak bernafas jugak kan. so tak salah kalau kita buat cara tradisional. dijamin tidak membahayakan kulit muka kita. okay selamat mencuba semua ! semoga semua masalah jerawat akan dapat diatasi :)
p/s : jerawat dah hilang, let's go shopping ! ;)
-iqin-
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...
Pernah try kulit kayu manis..xsesuai.makin teruk n parut jd hitam.mgkin kulit sensetip..