-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Monday, November 28, 2011 · 4 Comments
kalau perempuan yang pregnant, mesti ada masa datang rasa ngidam dia nak makan sesuatu yang pelik. mula la para suami sibuk tekan minyak ke sana sini mencari asam yang dikehendaki para isteri. cewahhhh ! tapi perempuan ngidam makan asam, tak pelik kan ? ahaks ! kekadang, perempuan yang tak pregnant pun sibuk-sibuk jugak nak ngidam makan asam, macam aku. aku suka makan asam. cakap lah asam jenis macam mana pun, aku suka ! lebih-lebih lagi asam yang berwarna merah tu. yumssss !
kalau anda ada keinginan nak makan asam secara terlampau, aku ada satu cadangan yang superb gila untuk anda ! bayangkan anda mengidam sampai meleleh air liur nak makan asam, tetiba ada orang tunjukkan sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis asam yang pelbagai warna, pelbagai rasa, pelbagai bentuk. errr..dan pelbagai harga juga. hehe ? HARGA, okay. (-.-')
taraaaaaaa.. !
suasana dalam kedai yang selesa dan luas ! |
sodok, jangan tak sodok asam tu ! |
setiap asam boleh testing rasa, jangan risau ye. |
menyelerakan dan sedap ! |
aku tak pasti la apa nama kedai asam nie, lupa pulak aku nak amik gambar kat bahagian depan kedai. kedai nie senang je nak jumpa weh ! kalau anda datang ke Jusco Aeon Ayer Keroh Melaka mesti anda dapat jumpa kedai nie di tingkat aras paling bawah dan terletak di barisan kedai-kedai kecik, yang aku ingat berdekatan dengan kedai Giordano. huuuuu itu je yang aku dapat ingat, memang sadis ! tapi yang pastinya, kedai nie terletak di sudut penjuru Jusco. ala, tak susah la nak cari ! tanya je abang-abang kakak-kakak guard kat situ. hehe.
sebenarnya ada satu bahagian dalam kedai tu berjaya tarik perhatian aku iaitu, bahagian asam dan gula-gula di bahagian depan kedai. memang terbaik ! anda masuk je kedai tu terus nampak , sampai rambang mata aku jadinya. asam dan gula-gula dihimpunkan dalam bekas yang besar dan menggunung pulak tu ! sumpah bila tengok je boleh jadi orang yang paling tamak nak sodok makan semua asam tu. ya, tamak selalu rugi, kan ?
rate harga kat sini tak ada terlalu mahal dan tak ada lah terlalu murah. kiranya macam berpatutan la jugak. maklum lah, kedai dalam jusco dah tentunya cukai sewa tinggi so pelanggan pun kena bayar tinggi, betul tak ? tapi jangan risau, anda boleh tersenyum bangga dengan begitu lebarnya kalau beli asam kat situ. berbaloi-baloi sedap ! kenapa aku kata sedap ? buktinya, aku dah rasa makan majoriti asam dan gula-gula kat situ. memang sedap okay.
ini lah bahagian asam dan gula-gula yang menguji keimanan aku ! hahaha. |
service pun okay, tak ada masalah. kebersihan dan kekemasan kedai sangat terjaga. cara dia bungkus peket-peket pun okay, no problem at all ! hari tu, aku beli jugak sepeket dua buat makan suka-suka kat maktab. dan yang paling best tapi kejam, aku dan kawan aku pusing satu kedai tu dan rasa semua jenis asam yang ada kat situ. gila, kan ? tapi tak ada la kami bedal banyak-banyak. amik cubit sikit-sikit buat rasa sudah laaaa. asam yang tak halal dan berbentuk pelik tu, tak ada la kami nak bedal jugak, gila ke apa. fuuuuu ~
by the way, perlakuan yang agak tak senonoh bila berada di kedai asam macam tu ye. sapa kat sini berani ngaku dia pernah buat perangai macam aku dan kawan aku pernah buat ? haaaa..ngaku cepat ! hahahaha.
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...
Sedapnya tengok asam ni! Wuhhuuhuuu. Dekat shah alam ni tak jumpa lagi kedai yang betul2 jual asam gini :(
tengok saje dah sedap, apatah lagi bila dah rasa. memang sedap ! cuba tengok2 kat jusco mana la kot ada jugak kedai asam macam nie. teeheeee ;)
buat meleleh air liur aku jer ko ni!!!betul ni air liur kecur ni...yummy
hehe apa lagi, rembat la asam banyak2 ! :)