-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Monday, August 6, 2012 · Leave a Comment
Assalamualaikum.
ingat, basuh dulu muka bersih-bersih sebelum nak mula pakai mekap ya ! |
# Langkah 1
mula-mula, sapukan dengan rata krim foundation mengikut kegemaran korang. sapu guna berus, tak mau guna jari okay ? kalau guna berus, krim foundation tu boleh disapu dengan rata dan semua celah pun boleh rata. ahaks ! kemudian, sapu pulak bedak asas di seluruh muka. jangan lupa sapu jugak kat bawah dagu dan kawasan leher.
Produk : Mac SPF Foundation, In2it two way cake oil control.
# Langkah 2
Kedua, lukis kening korang dengan pensel kening. untuk gaya mekap nie, warna yang sesuai mestilah tak lari dengan warna eye shadow tu nanti. jadi, aku guna pensel kening warna coklat gelap (dark brown) untuk kening. cara melukis kening pulak ikut kesukaan korang. tak mau lukis tebal-tebal dan lebih-lebih daripada kening sebenar korang okay. lepas dah setel lukis, boleh kemaskan kening korang dengan berus maskara.
Produk : Mac dark brown eyebrow liner.
# Langkah 3
Kemudian, amik eye shadow warna brown matte. sapukan mula daripada tepi belah kanan mata sampai lah ke kawasan ekor mata. sapu betul-betul rata tapi jangan sampai kena kening ya. warna brown matte nie aku gunakan sebagai warna paling latar (background) sebelum nak mula sapu warna-warna lain yang lagi gelap. much better lebihkan kawasan brown matte nie sebab fungsi dia sebagai warna paling latar. got it ?
Produk : Elianto eye shadow brown matte.
# Langkah 4
Amik pulak warna eye shadow coklat gelap (dark brown) dan oren cerah (matte) untuk disapu di bahagian bawah kening dan kawasan coklat gelap warna latar tu tadi. sapu kasi dua-dua warna nie dapat diadunkan. cara aku, aku lebih suka main dengan warna coklat sebagai warna latar sebelum masukkan warna hitam (black). namun, ada segelintir orang lebih suka main warna hitam sebagai warna latar. mana-mana pun boleh okay !
Produk : Silky Girl eye shadow dark brown with orange matte.
# Langkah 5
Amik pulak warna emas kilat (gold shiny) untuk dicampuraduk dengan warna coklat gelap tu. yang bestnya, warna emas kilat nie boleh tolong 'matikan' eye shadow yang lain macam coklat gelap dan orange matte tadi. jadi, kita tenyeh dan adun perlahan-lahan je then it will be so okay. pastu, boleh amik eye shadow warna hitam untuk lengkapkan gaya 'smokey eyes' nie. tak ada warna hitam, maka mekap nie takkan jadi.
Produk : Mac studio eye shadow gold, Silky Girl eye shadow dark black.
# Langkah 6
Inilah hasilnya lepas dah adunkan warna-warna pastel dan hitam pekat. kemudian, boleh lukis hujung kelopak mata dengan pensel mata (eyeliner). eyeliner nie ikut suka korang nak pakai jenis yang macam mana. ada orang suka pakai liquid punya, ada orang suka pakai gel. aku pulak suka pakai hard gel yang boleh diputar senang tuuuu. serikan lagi dengan memakai maskara kesukaan korang ! tip tambahan, kalau korang suka nak pakai eyeliner bawah mata tu pun boleh je. tapi pastikan jangan comot sudah lah. kalau comot tu jenuh nak basuh balik der !
Produk : Silky Girl dark black eyeliner, Maybeline stilleto mascara.
# Langkah 7
Sebagai last touch up, pakai blusher dan gincu yang sesuai. aku pakai blusher jenis warna half dark pink ros untuk merahkan pipi kasi naik seri. aku lebih suka blusher jenis basah-basah macam nie sebab kesan dia tahan lama dan sekali sapu je dah cukup merah. tapi bukan senang nak pakai dia, maklum lah jenis macam lipstik tu haa. cuit sikit je dengan span dia then sapu dari tulang pipi ke hujung pipi berulang kali dengan PERLAHAN-LAHAN. lepas tu, pakai pulak gincu untuk merahkan bibir, last touch ! untuk gaya mekap berat macam nie, elok la kita amik warna lembut softy je sebab mata dah berat dengan warna gelap. then, i choose soft pink rose for the lips ! ahaks.
Produk : Miss Rose pink rose blusher, Avon soft pink lisptick.
Dibawah merupakan hasil sentuhan gaya 'smokey eyes' yang dah siap...
REVIEW
Baru-baru nie aku ada datang makan dinner teman abang Faudzli. jadi, aku apply gaya mekap nie sebab nak sesuaikan dengan baju warna hitam dan biru pekat aku tu. gambar kat bawah nie, aku tambah warna ungu gelap (dark purple) untuk kelopak mata. pastu, eye shadow coklat gelap dan hitam di bawah mata. pada pendapat aku, gambar nie kalau dibandingkan dengan gambar kat atas totally buat muka aku lain sangat walaupun hanya tambah sedikit warna hitam dibawah mata. ahaks !
Terima kasih kerana sudi membaca.
Kalau rasa berminat nak cuba, selamat mencuba ya.
Bye !
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...