-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Sunday, April 6, 2014 · Leave a Comment
Assalamualaikum.
Alhamdulillah masuk hari nie usia kandungan ku dah mencecah 8 bulan 2 minggu. rasa cepat betol masa berlalu. macam tak percaya, pejam celik pejam celik aku dah berada di tempoh akhir kehamilan. syukur pada Allah swt atas segalanya. setakat nie, anak aku tak buat ragam sangat pada aku. elok saja dia duduk dalam perut. tendang menendang, keras mengeras tak menentu tu dah biasa jadi rutin harian.
Kali nie punya entri, aku nak berkongsi mengenai 'sindrom' mengidam atau pregnancy craving. wanita yang belum kahwin dan belum pernah hamil pun mesti dah sedia tahu pasal sindrom mengidam nie. sebenarnya, mengidam nie bukan lah satu sindrom (aku saja yang mengada letak perkataan 'sindrom').pada pendapat diri aku, mengidam nie satu perasaan yang datang dengan sendiri ikut suka hati dia tak kira tempat, masa dan keadaan dalam diri ibu mengandung dan kebiasaannya perkara yang diidamkan lebih cenderung kepada konteks makanan. jujur kata, pada awal kehamilan dulu, aku menganggap perkara mengidam nie remeh temeh. dan aku sering memandang enteng. senang orang kampung cakap, tak luak lah kalau kita tak layan sangat mengidam tu. tapi sebenarnya, perspektif aku tu salah sama sekali.
hamboih ! |
Pengalaman pertama, aku mengidam sungguh-sungguh nak makan yong tau foo Pulau Gadong. walhal dah 5 tahun setengah aku jadi student di bumi Melaka, amat jarang sekali aku makan yong tau foo. aku rasa tak sampai 2 kali pun aku makan kat restoren tu. bagi anda yang merupakan penduduk di Melaka, Pulau Gadong di kawasan daerah Malim memang terkenal dengan satu restoren yong tau foo. uniknya, yong tau foo kat situ berkonsepkan sup dan sambal kicap yang sedap. tak sama macam negeri asal aku yang makan yong tau foo dengan kuah hitam ala-ala manis sos tiram tu je. jadi, senang cerita. bukan 'lidah' aku lah nak makan yong tau foo berkonsepkan sup mesup nie. tapi hal nie berbeza bila aku dah disahkan hamil sebulan lebih pada masa tu. tepat jam 10 malam, tiba-tiba perut aku craved nak makan yong tau foo Pulau Gadong. craved tahap ya amatttt. aku cuit bahu suami aku, "abang, rasa macam mulut nie nak makan yong tau foo Pulau Gadong. i am serious !". restoren tu beroperasi hingga pukul 11 malam saja. jarak rumah aku dengan restoren tu jauh gila. suami aku dah mengomel-ngomel pujuk aku supaya tangguh mintak pergi esok je ke restoren tu. apabila telinga aku tangkap perkataan 'pergi esok je la' daripada mulut suami aku, tiba-tiba air mata aku hampir-hampir bergenang dan rasa hati macam nak mendidih marah. akhirnya, aku dapat jugak makan yong tau foo malam tu walaupun restoren dah kosong dan pekerja-pekerja restoren tu mula nak kemas restoren.dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terus tertidur tanpa sedar.
Sejak kejadian itu, aku mula belajar sesuatu. aku tidak lagi memandang enteng. selagi aku boleh dan selagi suami aku tak ada masalah nak tunaikan, makanan yang aku mengidam sepanjang tempoh kehamilan nie pasti dapat ditunaikan dengan jayanya. jika aku tak dapat memenuhi keinginan aku terhadap sesuatu, aku akan mudah berasa marah dan amat beremosi hingga kadang-kadang boleh menangis kesedihan. hingga satu tahap, aku tak akan dapat tidur dengan lena sampai ke subuh walaupun cuba tidur paksa (terutamanya waktu malam lah). haha, lawak kan ? tapi, bila aku dah dapat makan sesuatu yang aku idamkan, tak sampai berapa minit kemudian, aku akan mudah tertidur dengan bahagianya. pelik kan ? tapi unik, itu lah naluri kebiasaan seorang ibu yang mengandung. orang tua-tua cakap, ini pembawakan budak. haha
Mengikut pendapat pakar, perasaan mengidam nie bukan lah suatu isu yang besar. malah, tidak mendatangkan kemudaratan bagi wanita mengandung SELAGI kuantiti dan nilai makanan yang diambil berpatutan. aku akui, kekadang aku teringin nak makan atau minum benda yang tak berapa sihat dan sesuai untuk penjagaan kesihatan aku sebagai wanita mengandung. contohnya, air Mirinda berperisa strawberi. sebelum aku disahkan mengandung, minuman Coke dan berkarbonat semua nie adalah minuman kegemaran aku tahap kaw-kaw. hampir setiap hari jugak lah aku akan beli bila agak-agak terasa nak minum. kadang-kadang, aku jadikan minuman tu sebagai penghilang dahaga aku berbanding air mineral. well, jangan ikut tabiat tak sihat aku ya ! alhamdulillah kandungan gula dalam darah aku tak pernah bermasalah dan disyaki menghidap diabetes. namun, lepas disahkan mengandung, aku motivasikan diri sekuat hatinya untuk tidak minum minuman tu lagi. dan, aku berjaya. bagi aku, tak salah nak merasa sedikit kalau dah betul-betul teringin, tapi pastikan minum dalam kadar kuantiti yang sedikit dan terkawal. dan yang penting, jangan kerap pulak !
ikuti sistem piramid makanan yang betul ! |
Sebagai seorang bakal ibu, perkembangan tumbesaran anak dalam kandungan amat lah penting dan perlu dititikberatkan dari segala segi. menunaikan perasaan mengidam tak ada lah salah pun, tapi nilai dan kuantiti yang diambil dalam makanan atau minuman tu biarlah berpada. bak kata orang, amik secalit dua je buat perasa. hehe ! kalau boleh, biar lah makanan atau minuman yang diambil berkhasiat dan mengandungi nutrien-nutrien penting yang amat diperlukan oleh anak. insyaallah dengan kesedaran diri macam nie, kesihatan dan keperluan ibu mengandung dapat dijaga sebaik mungkin. selain daripada tahap kesihatan si ibu harus di jaga, perkembangan kandungan gula dalam darah juga perlu diberi perhatian utama. hal ini kerana dikhuatiri si ibu berpotensi menghidap diabetes semasa hamil. serba sedikit yang aku belajar, banyak jugak kesan negatif yang dikhuatiri terjadi pada anak dalam kandungan sekiranya si ibu menghidap diabetes. contohnya seperti giant baby (bayi berat berlebihan), kelahiran pra matang dan sebagainya. anda boleh rujuk pada doktor sekiranya mahu tahu perkara nie dengan lebih lanjut. dan kalau boleh, jangan lah mengidam benda-benda yang pelik dan tak dapat diterima dek akal sudah lah ya ! kesian husband tu. hehe
jumpa lagi di entri seterusnya. okay, bye.
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...