-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

alahai simple je nak pergi temuduga nie !

entri kali nie gua nak bagi tips sikit kepada sesiapa yang nak menghadiri sebarang temuduga. sapa yang pernah pergi temuduga dalam hidup dia sila tak payah angkat tangan sekarang...tak kisah lah temuduga untuk bekerja ke atau untuk sambung belajar ke, tak kisah okay. anyone ?

gua ada lah jugak beberapa pengalaman bertemuduga nie ha. tapi tak banyak lah pun, sikit-sikit je. alhamdulillah setakat nie gua tak pernah tak berjaya lepas temuduga yang gua hadiri. boleh lah gua nak kongsi sikit-sikit tips untuk sesiapa yang nak bertemuduga nie. mungkin tips gua boleh membantu, insyaallah !



# dressing yang berkaitan dengan temuduga
kenapa gua bagi first point pasal dressing ? well..bab dressing nie sangat sangat sangat sangat sangat penting okay ! kalau gua pergi temuduga, gua akan cari pakaian yang berkaitan dengan jenis temuduga tu. contohnya, kalau nak pergi temuduga untuk kerja setiausaha, anda pakai pakaian yang formal dan kena dengan kerjaya setiausaha. jangan pulak kalau anda nak pergi temuduga kerja sebagai setiausaha, anda pakai baju macam nak pergi jalan-jalan. nope, formal okay !


# warna pakaian yang pastel
bila dah pilih pakaian yang sesuai dengan jenis temuduga, anda boleh lah pilih warna pakaian yang sesuai. gua sarankan anda carilah pakaian yang berwarna pastel. contohnya, warna krim ke kuning yang lembut ke coklat muda ke dan banyak lagi. kalau gua, gua akan amik baju yang berwarna pastel. tak semestinya kita kena pakai baju warna terang benderang mengalahkan lampu neon semata-mata nak tarik perhatian para penemuduga. bagi hati diorang sedap sikit bila tengok kita.


# girl, high heel please ! boy, say no to sneaker !
kalau selama nie anda tak pernah pakai kasut bertumit tinggi, apa salahnya nak pergi temuduga nie anda cuba pakai. gua kalau nak pergi temuduga, gua pakai kasut high heel yang bersesuaian. serious berbaloi-baloi ! tapi pastikan anda pilih high heel yang bersesuaian. jangan cari high heel macam artis tu..alaaaa yang runcing-runcing nak mampos tu. cari design high heel yang formal, sederhana tinggi, warna yang sesuai dan stabil dengan kaki anda. jangan anda main belasah je beli high heel nie weh ! kalau untuk lelaki, dah tentu paling terbaik kalau anda pakai kasut kulit hitam yang smart tu. pastikan polish dulu kasut tu okay. jangan sesekali nak pakai sneaker, confirm rejected !


# mekap jangan tak mekap
mekap nie penting kalau anda nak pergi temuduga. sangat penting ! mekap tak semestinya nak kena mekap macam artis gitu, cukup lah kalau anda mekap secara natural semata-mata nak menambahkan seri muka je. boleh jugak nak mekap ala artis, tapi jangan terlampau-lampau. pakai eyeshadow yang berwarna pastel, tu lagi cantik weh. pakai lipstick yang tidak terlalu garang warnanya. and yeah, elakkan daripada cuba nak membadutkan diri. tak payah lah nak pakai mekap tebal-tebal sangat okay.


# mahkota kepala, beware !
kalau yang bertudung, make sure cari tudung yang berwarna lembut je. tak kisah lah nak pink ke hijau ke merah cili ke..janji jangan garang sangat warnanya. pink lembut ke hijau lembut ke biru muda lembut ke..bagi gua kalau warna macam tu sumpah ada kelasss ! kalau boleh, cuba pakai tudung yang ada corak-corak bunga. lagi sweet tau, tapi pastikan kena dengan gaya dan warna baju anda. cara pemakaian tudung pun penting weh. bagi gua, tak perlu susah-susah anda nak belit sana sini tudung tu. pakai biasa dan sopan, tu lagi menyedapkan mata yang memandang sebenarnya. lebih elok pakai tudung ekin je takpun tudung bawal. kalau bagi yang tak bertudung, rambut kena jaga elok-elok. make sure kena kemas ! kalau boleh, gua galakkan anda buat gaya sanggul tinggi macam ala-ala rambut pramugari MAS tu, tak pun gaya ponytail. sure ada kelassss !


# bercakap tengok mata penemuduga
bagi gua, satu je cara best kita nak attract penemuduga nie. kita kena lawan pandangan mata dengan dia. setiap kali anda nak bersuara, pastikan anda tengok tepat pada matanya ! jangan pulak sepanjang anda ditemuduga, sepanjang itulah anda tunduk macam orang tengah putus cinta. jangan jugak sesekali anda cuba nak lari daripada pandangan mata penemuduga tu. well..anda boleh cuba tengok sama ada anda atau dia orang pertama yang akan mengalihkan pandangan. kalau dia orang pertama yang alih pandangannya, maknanya anda terbaik lah ! tapi jangan tengok macam orang psycho tak betul, tengok tepat pada matanya sambil sesuaikan dengan cara anda bercakap. this is for your self confidence !


# duduk tegak, betis kaki bersilang, tangan bergerak
masa anda berhadapan dengan penemuduga, pastikan anda duduk tegak okay. kalau kerusi tu tak boleh nak bersandar, nak tak nak anda kena tegak jugak. jangan sesekali bongkok badan, walaupun anda memang bongkok orangnya. okay, jangan sesekali silang kaki iaitu meletakkan betis kaki keatas peha. bagi gua, gaya tu tak sopan bila kita nak pergi temuduga. so bagi gua, gaya yang terbaik masa anda duduk ialah anda hanya letakkan betis kaki kanan ke atas betis kaki kiri anda. ala, gaya yang masa selalu kaum kerabat diraja buat tu. lebih sopan kan ? sambil tu anda kena gerakkan kedua-dua tangan anda semasa bercakap. tapi jangan terlebih over pulak. buat biasa-biasa je sudah. sebenarnya pergerakkan tangan anda tu adalah untuk melambangkan tahap keyakinan diri anda.


# jangan sesekali membisu
kalau penemuduga tanya apa jenis soalan pun, pastikan anda jawab jugak. jangan sesekali terdiam mahupun mendiamkan diri. kalau anda terdiam atau memang nak diam, anda sebenarnya dah nampakkan kelemahan diri sendiri di hadapan penemuduga. tak kisah lah jawapan anda tu salah ke tidak, yang penting anda kena bersuara dan menjawab. dah tu, jangan pulak kalau anda nak menjawab dengan nada nak marah. kalau anda tak tahu, anda jawab je jawapan ikut logik akal dan menggunakan nada yang formal dan sopan. argh, peduli lah apa orang nak kata ye tak. yang penting, self confidence tu kena tinggi !


# masukkan unsur kecindan 
gua bukan buat lawak pun. kadang-kadang bila gua datang temuduga, gua pun pelik kenapa kadang-kadang penemuduga tu boleh gelak dengan gua. tapi takkan gua nak tanya dia apa sebab dia gelak ye tak, tak sopan namanya. kalau penemuduga boleh tersenyum dan senang dengan kita, maknanya kita dah masukkan elemen mesra kat situ. bina hubungan mesra dengan penemuduga, confirm dia suka dengan kita nanti. cuba masukkan unsur-unsur kecindan yang spontan dan ringan semasa proses temuduga berjalan. insyaallah, anda akan jadi target yang utama !


# chill..relax..sempoi !
sempoi sudahhhhhh. tak perlu lah anda nak gabra lebih-lebih. biar gabra dalam hati, jangan gabra di muka. jangan masa anda nak serahkan resume tu pun terketar-ketar, buat biasa je weh. relaks, be steady ! masa bercakap, jangan nampakkan sangat yang anda dok menghafal skrip. maybe anda dah pulun study untuk temuduga nie, tapi masa anda bercakap tu cuba lah buat ayat sendiri. cuba berlakon untuk menjadi beauty with the brain iaitu petah berkata-kata. sempoi je weh ! kesempoian kita tu kadang-kala boleh memberi gambaran yang baik kepada penemuduga, who know.




good luck bagi sesiapa yang nak menghadiri temuduga ! gua doakan semoga semuanya berjaya dan berjalan lancar okay. pergh pergh..gua pulak yang rasa cuak semacam. LOL




Comments
10 Responses to “alahai simple je nak pergi temuduga nie !”
  1. wah gak nyangka yah, ternyata bisa begitu :)

  2. WildanDDV says:

    terima kasih informasinya, sangat bermanfaat :) konveksi jogja

  3. anisa says:

    very good article. I am happy to be able to come to this website.
    Do you need a uniform? contact us konveksi jogja murah for your uniform production!

  4. wida says:

    Hello friends, introduce us harga buat kaos sablon ready to serve in making your shirt. Immediately visit the link.
    Hey guys, know us factory that can make shirts, polo shirts, and shirts dph pdl jogja
    cheap and cheapest prices in Jogja. The processing time is also only 7 days. Click immediately the link above ...

  5. kopio says:

    very good article. I am happy to be able to come to this website.
    Do you need a uniform? contact us pabrik kaos yogyakarta for your uniform production!

  6. kopio says:

    Check in this link. You will get surprizing Konveksi Kaos Oblong Jogja

  7. kopio says:

    SEO mempunyai tujuan untuk tempatkan satu situs pada tempat paling atas pada suatu mesin
    perayap berdasar pada keyword tersendiri. Dengan begitu jika satu situs atau website ada tempat
    paling atas dalam hasil penelusuran karena itu mempunyai kesempatan yang besar untuk dikunjungi pengunjung..
    Dengan mempraktikkan Check this bikin toko online,
    bermakna kita sesuaikan web kita supaya berteman dengan algoritma itu.

  8. kopio says:

    Hey guys, know us factory that can make shirts, polo shirts, and shirts pdh pdl jogja. Click immediately the link
    buat kaos polo ...

  9. kopio says:

    SEO mempunyai tujuan untuk tempatkan satu situs pada tempat paling atas pada suatu mesin
    perayap berdasar pada keyword tersendiri. Dengan begitu jika satu situs atau website ada tempat
    paling atas dalam hasil penelusuran karena itu mempunyai kesempatan yang besar untuk dikunjungi pengunjung..
    Dengan mempraktikkan Check this bisnis review,
    bermakna kita sesuaikan web kita supaya berteman dengan algoritma itu.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted