-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

sentuhan percubaan pertama dengan MAC.

make up mood !


hari nie aku rasa sangat bosan, so aku terjah la laman Youtube untuk godek-godek apa yang best kat sana. then terpikir untuk terjah video-video tutorial untuk mekap. aku lebih suka layan video mekap mat saleh punya sebab aku tengok hasil kerja diorang sangat terbaik dan ada style. walaupun simple, tapi perghhhh memang lawa la.


satu je aku tak puas hati bila tengok video-video tutorial mekap tu. barangan mekap yang digunakan tersangatlah up to date dan kekadang gua blurr nak paham apa jenis mekap yang dia guna. siap ada nombor khusus mekap tu lagi weh. apa yang pasti, diorang banyak guna mekap jenama Chanel, Mac dan Avon. tak terbeli la aku kalau nak pakai mekap mahal-mahal macam tu woi, ceit !


kat bawah nie aku ada share dua contoh video yang menarik tentang tutorial mekap daripada Tanya Burr. kalau nak layan beratus lagi video tutorial mekap dan kecantikan daripada si cantik Tanya Burr nie, anda boleh klik link di channel Youtube beliau di SINI. layan la banyak-banyak video beliau kat situ sampai lebam lembik !







pasal Tanya Burr nie, aku tak berapa kenal dia. baru je malam tadi aku explore pasal dia di laman web Youtube. nak kata dia nie mekap profesional untuk artis pun entah betul entah tak. tapi yang awesome, Tanya Burr nie memang cantik dan sangat gojes bila dia mekap. letak la pakai gaya mekap apa pun, semuanya memang sesuai dan cantik dengan dia okay !


by the way, video dia semuanya bagus dan banyak tips yang berguna. cakap la anda nak mekap gaya yang diinspirasikan oleh selebriti antarabangsa..Angelina Jolie, Megan Fox, Emma Watson, Taylor Swift sumenya ada di chanel Tanya Burr nie. sila la singgah di sana kalau anda jenis yang minat mekap dan nak belajar lebih mendalam tentang kecantikan.


setelah hampir 3 jam dok tenung video-video Tanya Burr nie, aku terasa pulak nak mencuba sesuatu baru yang aku jarang buat la. bukan senang weh nak tengok aku membuang masa tak memasal cuba mekap ala artis nie. dan ini la hasil daripada contengan aku...


















aku tak ada lah pandai sangat pun nak mekap-mekap nie. itu pun bila dapat inspirasi daripada Tanya Burr, cuba la buat sikit-sikit. jadi ke tak, tak tahu la sebab pandangan masing-masing. ada member aku cakap, gaya mekap yang aku buat nie menampakkan mata gua jadi kecik. ada jugak yang cakap nice yet simple. ada jugak yang cakap tak suka sebab terlalu messy kat bahagian mata. wahhhh, citarasa masing-masing kan.







untuk gaya mekap kat atas, aku guna dua produk jenama Mac nie. ceh, bukan reti sangat pun pakai Mac nie, sebab mekap dia terlalu gojes gaya macam nak buat photoshoot artis la pulak. produk Mac yang aku ada nie pun sebab aku minat dan kononnya bajet nak buat koleksi la. dan-dan nak buat koleksi la kononnyaaaaaa. benda alah tu aku beli dari dua tahun yang lepas tapi sampai sekarang macam tak bersentuh pun. huhu !






# Pro-Preferred White SPF 15 Matte Foundation & Powder



aku memang jarang gila la guna Matte Foundation tu. lagipun memang tak suka pakai foudation kat muka sebab aku rasa muka macam tanned gila. lepas tu nanti bila kene panas terik matahari, mula la rasa rimas sebab benda alah tu jadi melekit kat muka. aku pakai Matte Foudation pun hanya untuk keadaan dan situasi tertentu je. itu pun pakai dalam kadar yang sikit je.



pakai benda nie agak senang sebenarnya. di bahagian atas adalah compact powder dan di bahagian bawah adalah serbuk foundation. serbuk tu boleh campur dengan sedikit air kalau nak jadikan dalam bentuk cecair. kalau nak cakap pasal keselesaan pakai benda alah nie, aku rasa boleh tahan laaaaaaa. tapi yang pastinya benda alah nie boleh buat warna kulit muka jadi rata dan smooth dan TANNED. *tak puas hati*





# Eye Shadow CREAM 04




pemakaian eye shadow yang kat atas nie memang best. ianya pekat dan shiny. memang sesuai kalau nak buat gaya mekap untuk penggambaran dalam studio. setakat nie aku jarang la pakai eye shadow yang nie sebab tak sesuai untuk dipakai untuk situasi-situasi biasa. maklum la, dia shiny gilaaaaa dan aku paling tak suka kalau orang lain pandang aku pelik hanya sebab pakai eye shadow Mac yang kilat-kilat tu. huh !


kalau pergi kelas atau hangout, aku lebih suka layan eye shadow biasa macam jenama Silky Girl. lagi satu, aku cukup suka layan eye shadow warna hitam ataupun coklat gelap. mata aku kecik dan sepet bila senyum, so sebab tulah kena pakai sesuatu yang gelap dan tak terlalu colourful di bahagian mata. by the way, warna hitam dan coklat gelap memang dah jadi favourite aku habis la.







dan ini adalah hasil mekap sentuhan aku yang tak ada la cantik mana pun kan. boleh la setakat nak belajar suka-suka je. aku perempuan, so mesti mengaku benda-benda macam nie amat lah penting untuk kecantikan dan penampilan aku. tak semestinya bila nak keluar je dengan boyfriend je baru terhegeh-hegeh nak pakai mekap, tapi bila nak keluar dengan family, sikit haram tak hingin nak pakai mekap ye tak. so pleaseeeeee la jangan jadi hipokrit weh!


aku jenis yang tak kedekut dengan diri sendiri. kalau aku rasa suka, aku akan beli dengan harga yang releven. biar lah mahal sampai ratusan ringgit pun, tapi asalkan berbaloi dan bertahan lama, then aku angkut je. biar lah kita kena keluar banyak duit untuk kecantikan, tapi asalkan ianya berguna dan elok untuk diri kita sendiri. so jangan la anda jadi kedekut untuk diri sendiri. kalau rasa mahu, terus je jalan dan amik. tak payah pandang kiri kanan. apa-apa pun, gua nak ucapkan selamat mencuba ! hehe

Comments
3 Responses to “sentuhan percubaan pertama dengan MAC.”
  1. thanks aida, boleh la cuba ! hehe :D

  2. Anonymous says:

    I аlways spent my half an hоur to rеad thіs web ѕіte's articles all the time along with a mug of coffee.

    my blog; garden centers denver

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted