-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tips cerahkan kulit muka yang mudah !


okay, harini aku ada tips !




pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin Ridzwan ??). maklum lah sibuk dengan exam, masalah dan segala bagai, aku tak ada masa sangat nak jaga kecantikan diri sendiri, terutamanya kulit muka. oh my gosh, sepatutnya itulah area yang patut kita jaga ye tak.




tips harini, aku nak share pasal cara-cara menjadikan kulit muka anda putih berseri memandangkan ada kawan-kawan FB yang bertanya. alahai kulit muka aku pun bukan putih sangat, gelap je. tapi aku suka amalkan petua-petua nie untuk jaga kecantikan kulit muka yang tak seberapa nie. insyaallah, dapat jugak dikongsikan bersama dengan anda di blog maha picisan nie. aku ada dua tips je, tak banyak pun. kalau rajin, boleh lah try eh !




# pakai lidah buaya 3 kali seminggu.



tahu kan lidah buaya tu yang mana satu ? aku suka pakai lidah buaya nie. aku pakai 3 kali je dalam seminggu. lidah buaya tak boleh pakai kerap sangat pakai sebab nanti kulit muka anda akan jadi kusam. so pakai dalam kadar yang biasa je okay. kalau anda dah pakai lidah buaya nie, please be consistence. jangan hangat-hangat tahi ayam je tau.




Cara-caranya :-



1) anda kena potong lidah buaya tu dalam keadaan menegak macam dalam gambar kat atas tu ha. potong sikit je, nipis-nipis sudah. sebab kalau anda potong nipis tu pun dah boleh hasilkan gel yang banyak. kadar kuantiti gel lidah buaya bergantung pada saiz lidah buaya yang anda pakai sama ada besar ke tak. so kalau anda nak rasa meriah-meriah dengan gel, cari lah pokok lidah buaya yang besar. jangan cari yang cinonit !


2) lumurkan gel daripada potongan lidah buaya tu ke seluruh kulit muka anda. jangan lupa kat leher sekali ye. untuk pemakaian kat leher nie bergantung pada anda lah. tapi kalau aku, memang selalu letak kat leher jugak. 



3) setiap kali anda nak lumurkan, anda kena picit-picit potongan lidah buaya tu kasi gel dia keluar banyak. lumurkan di bahagian pipi, hidung, mata, bawah mata, dagu, kening, dahi dan sebagainya.



4) tunggu dalam beberapa minit sehingga anda dapat rasa yang gel lidah buaya kat atas kulit muka anda dah kering. haaa..nie kira macam ala-ala anda pakai masker lah.



5) bila dah kering, basuh dan bersihkan kulit muka anda dengan air. bersihkan elok-elok sampai kulit muka anda terasa licin.



6) lepas dah selesai, barulah basuh muka anda dengan pencuci muka yang anda guna. kalau aku, pakai jenama Safi Balqis je sebab produk tu sangat sesuai dengan kulit muka aku.





# Pakai air cucian beras sekali seminggu.




kalau anda tak tahu beras itu apa, aku pun tak tau lah nak tunjuk bentuk beras tu macam mana kat anda. kahkahkah ! okay let's be serious. aku tak selalu buat benda nie bila aku ada kat maktab. yelah, mana lah aku nak dapat air cucian beras tu kan. so bila aku duduk cuti kat rumah, barulah aku rajin buat aktiviti cuci mencuci dengan air beras nie ha.


Cara-cara :-


1) lepas anda dah basuh-basuh gaul-gaul beras dalam air tu, make sure anda buang dulu air basuhan yang pertama. air basuhan beras yang pertama tu agak kotor dan tak sesuai nak pakai untuk kulit muka. so, anda amik air basuhan beras yang kedua dan letak kat dalam bekas lain.


2) sebelum basuh dengan air basuhan beras tu, pastikan anda basahkan dulu muka anda dengan air yang bersih.



3) bila dah basahkan muka, barulah anda cuci-cuci jirus-jirus kulit muka anda dengan air basuhan beras tadi. basuh dan gosok perlahan-lahan jangan sampai kulit muka anda tersiat-siat. LOL



4) pastikan air basuhan beras tu kena dan rata di semua bahagian muka anda. kat celah-celah lubang hidung pun kena basuh, tahu ? jangan ngelat.



5) bila dah selesai, basuh semula muka anda dengan air yang bersih. buat benda nie diwaktu malam sebelum tido. tapi tak kisah pun bila-bila sebenarnya, up to you. lepas tu, sure anda akan rasa sangat fresh !




itulah je lah tips yang aku dapat share buat masa nie. terpulang pada anda sama ada nak ikut ke tak. sebab aku dah amalkan benda nie lama. alhamdulillah, hasilnya sangat berkesan. tapi buat benda nie kena konsisten tau. jangan masa nak berhangat-hangat tahi ayam je baru semangat nak buat. 



berdasarkan pengalaman aku, kalau anda buat tips kat atas nie, agak lama jugak nak nampak hasilnya. so kene banyak bersabar dan rajinkan diri. selain tu jangan lupa pulak pakai produk kecantikan yang sesuai. jangan main bantai je terjebak dengan iklan putih-putih kat tv tu, padahal haram jadah tak tau apa-apa. kulit muka aku tak demand nak pakai produk mahal-mahal sebab dia tau tuan dia miskin takda duit. hehehehe



hah, nie masa muka aku sedang berada dalam zaman kegelapan. aku baru je nak berjinak-jinak dengan tips yang aku amalkan sekarang.


gambar nie diambil sebulan yang lepas. masa nie muka aku kena sunburned teruk gila. anda nampak tak muka gua separuh gelap separuh cerah ? bila dah lama konsisten dengan tips diatas, proses menghilangkan sunburned tu sangat pantas !



dan inilah yang paling terbaru. alhamdulillah kulit muka halus licin cerah dan berseri walaupun ada kesan jerawat yang durhaka tu sikit-sikit. *perasan gilerrrrrr muka cerah berseri*






so tunggu apa lagi ? jangan malu-malu, selamat mencuba !







p/s : terima kasih kepada semua pembaca yang memberikan respon di entri nie. cuma saya nak berkongsi pengetahuan. ramai mengadu susah nak dapatkan bekala aloe vera nie sebab pokok benda alah nie susah nak jumpa sekarang. jadi, sekarang nie saya hanya beli botol aloe vera yang jenama 'Fruits of The Earth' tu sebab senang nak terus pakai kat muka. botol aloe vera jenama itu saya syorkan kerana ianya 100% gel daripada aloe vera semulajadi. jadi, korang tak payah susah-susah nak pegi potong pokok aloe vera ! sebotol aloe vera tu berharga RM10.15. mudah didapati di kedai Watson atau Guardian :)






Comments
99 Responses to “Tips cerahkan kulit muka yang mudah !”
  1. This comment has been removed by the author.
  2. haha takpe adik. serius akak saja nak share tips nie sebab akak yakin dengan kesan yang baik kat kulit muka akak. kalo macam akak dok hostel, memang jarang sangat buat tips yang kedua tu. tapi yang pertama tu selalu buat. senang je, lumur kat buka buat macam skrub. alhamdulillah kesannya kat muka akak sangat cepat. dalam masa dua hari, kesan jerawat terus hilang dan kulit jadi cerah dan halus. cuba la ye :)

  3. Nisa Zack says:

    saya tinggal kat hostel. susah nak cari lidah buaya && air basuhan beras ni. soalan saya boleh tak kalau kita buat stok air basuhan beras. cthnya simpan air basuhan beras dlm 3-4 botol utk guna dlm masa 1-2 bulan?

  4. Miz auni says:

    terima kasih untuk tips ini.=D

  5. nisa z : saya pun duduk hostel jugak sekarang. tapi amik bekalan aloe vera yang mak saya tanam kat rumah dalam 3 4 batang untuk pakai kat hostel. hehe ! agak2 masa balik kampung, amik lah berapa batang aloe vera yang patut. jangan risau ya, aloe vera tahan lama dari membusuk kalau kena pada cara jaganya. pasal soalan awak simpan air basuhan beras tu bagi saya adalah DILARANG SAMA SEKALI. haha ! nanti kalau awak simpan, awak pun tak sanggup nak pakai kat muka sebab bau yang busuk maha basi dan sangat tidak bagus :)

    miz auni : sama-sama. jemput singgah lagi ya :)

  6. cmne klu, lepas guna lidah buaya tuh, da siap basuh muka tuh
    sye x pkai pncuci muka? xpew an?

  7. takpe. kalau saya, dengan cara tu saya lebih rasa selesa. tapi kalau tak pakai pencuci muka pun okay je. ikut pada keselesaan awak dan kesan pakai aloe vera tu.

  8. Bagus blog ni, hihii tak ada lah cerita pasal kesedihan macam diari ke apa. Bagi tips ahaa mmg seronok lawat blog blog macam ni :'3

  9. This comment has been removed by the author.
  10. terima kasih puteri alya :D

  11. WANIEZ says:

    kak iqin,yg mana satu berkesan paling cepat kita dah tak tahan la ,ngan muka yang gelap ni.lebih-lebih lagi orang asyik ejek je. kita nak orang terkejut nagn muka kita apabila mereka lihat biar terkeluar biji mata diorang.arap balas la ye.terima kasih.=(

    *i wrote this with sad feelings.

  12. WANIEZ says:

    kak iqin,yg mana satu berkesan paling cepat kita dah tak tahan la ,ngan muka yang gelap ni.lebih-lebih lagi orang asyik ejek je. kita nak orang terkejut nagn muka kita apabila mereka lihat biar terkeluar biji mata diorang.arap balas la ye.terima kasih.=(

    *i wrote this with sad feelings.

  13. Unknown says:

    thanx..sbb bgi tips yg berguna

  14. Unknown says:

    thanx..sbb bgi tips yg berguna

  15. Anonymous says:

    mana nk cr lidah buaya ni

  16. waniez : sorry late reply. adik tak sepatutnya cakap macam tu. adik patut bangga dengan apa yang adik ada. untungnya adik ada muka yang sempurna. untungnya adik ada muka yang indah. ada insan lain lagi tak bernasib baik. kalau adik nak jugak satu perubahan, cuba apply tips kat atas nie. by the way, tengok jugak produk apa yang adik pakai. umur adik masih muda, elok lah jangan pakai yang adult sangat, nanti lagi teruk jadinya. yang penting, keyakinan dalam diri adik tu sendiri. kalau cantik di dalam, kat luar pun akan jadi cantik. good luck ! ;)


    athirah : sama-sama, insyaallah :)


    anonymous : banyak tempat nak cari lidah buaya nie, dia sejenis pokok yang meliar tapi banyak khasiat. kalau tak ada jugak, cuba cari kat kedai pokok atau bunga :)

  17. Anonymous says:

    wahhh. hahaa tp kalo lidah buaya tu kn. im not sure sama ada kulit muka boleh terima ke x. pernah try dlu. tp rasa gatal2. tak tahan !!!~~~ :P so stop aje la. Saya just guna sabun beras yg brada di psaran ni aje. tersgt bguss. love it

  18. Anonymous says:

    thanks akak... :)

  19. Fatin : kan ? asasnya pun menggunakan beras jugak. dulu saya pun takut nak buat. tapi lama-lama macam best pulak. hehe


    roses : most welcome :)

  20. nuRamini says:

    thanks bg tips ni..nnti sye nk try lah :)

  21. Aqeela says:

    Kak , mana satu yg lebih cepat kesan dia ? yang beras atau lidah buaya ? Klau lidah buaya dlam masa berapa bulan baru nmpk hsil nya ? klau beras berapa bulan baru blok hasilnya ? Hrap akak balas . Thanks .

  22. Aqeela says:

    Sorry kak bkan blok tapi bulan .

  23. Aqeela says:

    Kak , mana satu yg lebih cepat kesan dia ? yang beras atau lidah buaya ? Klau lidah buaya dlam masa berapa bulan baru nmpk hsil nya ? klau beras berapa bulan baru blok hasilnya ? Hrap akak balas . Thanks .

  24. Anies Mustcello says:

    Akak , tips kat atas ni boleh sapu kat badan tak ???

  25. aqeela : hai dik. terima kasih bagi respon. ikut pengalaman akak, yang pakai lidah buaya tu paling cepat berkesan. tapi mungkin kesan dia ikut jugak jenis kulit masing-masing. yang tips beras tu makan masa :)


    anies : boleh dik. kat mana-mana bahagian kulit sebab fungsi kedua-dua untuk kecantikan kulit :)

  26. Unknown says:

    thanq kak,nk cube la pasni..hope berhasil

  27. insyaallah. semoga berjaya ya :)

  28. Unknown says:

    Nice info....for sure sy cuba...

  29. Fina woo : insyaallah moga berkesan :)


    Iam genzz : jangan takut gagal. berbaloi mencuba daripada tak nak langsung mencuba. tak rugi pun :)

  30. Unknown says:

    Brape lame ambil masa ni klu nk kulit putih dan cerah berseri??

  31. bergantung pada orang kot. macam saya, aritu mengambil masa dalam 3 minggu je.

  32. infonya bermanfaat sekali. kalau sempat kunjungi web kita juga ya Dunia Cewe

  33. Anonymous says:

    air basuhan beras pun bagus utk rambut.. sebab mengandungi protein yg baik utk merawat masalah keguguran rambut.

  34. nk try la jgak :) lame mne erk dpat kesan tuu ? teringin nk cerahkan kulit

  35. F⁷ says:

    saya nak tanya kalau bab air beras selalunya kak guna setiap hari ke? Atau akak guna seminggu berapa kali ke? tolonglah ye saya ingin sangat nak tahu.

  36. Unknown says:

    Fruits of The Earth.. thanks

  37. Anonymous says:

    Kakkk... nk tanya kalau aloe tuh akk kata 3 kali seminggu kan. Maksudnya 1 hari sekali la ... nk buat malam ke siang

  38. akak agak-agak kan y mn bole berkesan dlm msa sebula???

  39. Anonymous says:

    Hi akak. Kalau kita guna aloe vera tu, dia ambil masa berapa lama untuk nampak hasilnya? Cepat tak? Andd, lepas kita guna aleo vera tu, apa perubahan dekat muka kita? Jadi putih ke apa? Reply ASAP please :")

  40. Anonymous says:

    hasil tu brp lama kak ? wah . excited ni .

  41. Unknown says:

    cye nak putih kan muka jgk???...huhuhuhu

  42. Anonymous says:

    berapa kali sehari awk pakai aloe vera gel tu?? Nak2 dgn musim panas skrg nie? Hangat die memang membakar segenap muka.. Sy pakai sekali sehari aloe vera gel tu boleh x?? Ad tips or produk lain mungkin?

  43. MiszA says:

    menarik sgt2 tips semulajadi..:) thanks sis...if nk lg mudah cer try ini pula..http://bit.ly/1jAdKeX

  44. Anonymous says:

    Kat manan nak cari lida buaya? beli kat mana?

  45. pokok lidah buaya nie senang nak dapat kat kampung. kawasan bandar memang susah nak jumpa. sebab tu saya pun sekarang pakai produk Fruit of The Earth tu. mudah dan kandungannya pun 100% gel aloe vera. insyaallah kalau rajin amalkan hari2, kesannya pantas. amat sesuai untuk yang menghadapi masalah kulit sunburn :)

  46. Anonymous says:

    kak sye ade masalh kulit gelap. tp sye x tau nkwat mcm ane. najiha

  47. Anonymous says:

    terima kasih di atas tips tersebut

  48. Unknown says:

    Salam kak..saya asal putih..tapi sejak duduk matrik ni kulit saya makin gelap..boleh ka guna aloe vera nak putihkan balik??

  49. Unknown says:

    Salam kak..saya asal putih..tapi sejak duduk matrik ni kulit saya makin gelap..boleh ka guna aloe vera nak putihkan balik??

  50. Unknown says:

    Salam kak..saya asal putih..tapi sejak duduk matrik ni kulit saya makin gelap..boleh ka guna aloe vera nak putihkan balik??

  51. Unknown says:

    Salam kak..saya asal putih..tapi sejak duduk matrik ni kulit saya makin gelap..boleh ka guna aloe vera nak putihkan balik??

  52. Anonymous says:

    Salam kak klau pkai lidah buaya tu kna basuh dngan air biasa ja ka dn klau kita selalu kna panas tu muka kita akan hitam balik ka

  53. Unknown says:

    Salam sis...sy nk kongsi masalah sy...muka sy ny byk parut jerawat glap plak 2..suami pm mcm laen je...mcm ne sy nk atasi ye..

  54. Unknown says:

    kena tanam pokok lidah buaya lah untuk amalkan tiga kali seminggu. tapi baunya tak best

    http://www.lovehutladyvitamin.com

  55. Dulu, sy rajin jugak cuba dua tip ini. Tapi semenjak dah tak tanam lidah buaya ni, memang terus stop dah. Dulu saya suka pakai kat muka dengan rambut sekali. Memang best.

    Yang air beras tu, sy ambil yg basuhan pertama. Basuh guna air sikit je. Lps tu, simpan dalam cawan plastik. Bila dah lama2, akan nampak mendapan. Yg mendapan tu sy guna sepanjang mlm. Kulit memg rasa licin..

  56. perkongsian yg sangat menarik. tq for sharing admin

  57. Bali Tour says:

    terima kasih atas informasinya

  58. Anonymous says:

    I GUNA AURAWHITE 900 000MG BEST SSANGT MEH LA GUNA UTK MOITURE, PARUT N MCM2 LAGI LA X DIRAGUI KLU GUNA BAIK PUNYA BARANG ...I BELI NGN KWN MURAH KOT SKLI NGN POSTAGE RM110 JER ..CEPAT DAN SENANG X YAH NK G KEDAI .. JAP KLU SSAPA NK I BG NO DYE WS JER TNYE 01152897268 jenama KCOLLY PON terbaikk JUGAK.. KWN GUNA REVIEW BAIK JUGAK ..BUKAN APE SBB EXITED HARGA BOTH SAME ..PROMOSI KTENYE..HEHE

  59. Nad Saidi says:

    umur yg berbelas tahun boleh kan try...mcm umur 14 tahun

  60. Anonymous says:

    Saya pernah try yg aloe vera tu tp muka saya rasa gatal sedikit so saya stop. Ke mmg mcm tu kak?

  61. Azriza says:

    Ada satu produk tengah viral sekarang ni. Antara bahan dia adalah asid hyaluronik A yang bantu naikkan balik seri wajah. Bahan ni bukan benda asing pun. Badan kita pun ada bahan ni cuma kuantiti dia semakin sedikit bila kita semakin tua. Ramai dah guna. Dah VIRAL pun... Sebab semua yang guna muka jadi cantik. parut hilang. kulit jadi gebu. Tapi saya pun tak sangka betul menjadi. Kawan2 saya yang kerja di Jeddah ni pun selalu cakap tentang produk ni.Boleh la try kalau nak petua paling senang kan... hehe

  62. Kalau susah nk cri awak boleh beli di guardian Mcm: 100peratus alo Vera gel..klau yg guardian punye Xsilap sya belas2 je harganya

  63. Anonymous says:

    sis kalau pakai air basuhan beras tu setiap hari boleh ke? ke muka jadi akn kusam?

  64. 05F0CAnnabelleCCA09 says:

    9B33C
    resimlimagnet

  65. 87313Scott69977 says:

    1245C
    ----
    ----
    ----
    matadorbet
    ----
    ----
    ----
    ----
    ----

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted