-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

tips nak celebrate birthday orang tersayang.

aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan 'happy birthday to you' kat dia. aku suka tengok orang gembira di hari jadinya. aku tahu kalau dia senyum sokmo, maknanya dia tahu diri dihargai sebab ramai yang prihatin dengan tarikh hari jadinya. kalau kita hargai orang, maka orang pun akan hargai kita. notice that yaw !

kalau hari jadi orang terpenting dalam hidup kita, what is the best thing we can do huh ? ada yang tahu nak buat itu ini, so dia laju je macam lipas kudung pergi buat persediaan. ada jugak yang blurring tak tahu nak rancang apa-apa yang boleh meng'surprise'kan, so dia demam seminggu sebab mengalami penyakit tak boleh tido sebab over thinking. LOL

aku ada beberapa idea yang boleh dikongsi kepada sesiapa yang blurring 5 hari 5 malam dok memikirkan benda alah nie. mungkin bagi anda idea aku tak boleh masuk akal, tapi sapa boleh jangka ye tak ?


1) buat kejutan video yang sweet-sweet gitu.
never mind kalau anda buat video simple dimple setakat guna software biasa. apa yang dinilai sebenarnya ialah usaha anda dan betapa dalamnya anda menghargai dia. anda boleh buat video tentang segala kenangan manis dan pahit yang pernah berlaku antara anda dan dia. contohnya, dulu anda selalu tumpahkan air kat kasut dia. anda boleh je buat lakonan semula ataupun lukisan berbentuk kartun. at the end of video, anda wajib selitkan ayat 'Happy Birthday' kat dia. pemilihan background song juga penting, so pastikan anda pandai pilih lagu yang sweet macam Keith Urban - Only You Can Love Me This Way ataupun lagu macam Jason Mraz - Love Love Love nie pun dah cukup best. lepas dah settle, burn into a CD ROM then post it sebelum tarikh hari jadi dia. simple kan ?



2) makan dibawah cahaya bulan.
seminggu sebelum tarikh hari jadi dia, and wajib buat muka seposen kat dia. kalau dia nak apa-apa, jangan layan. buat tak tahu je kalau dia menangis bla bla bla. tahan lah sikit hati dan perasaan anda, aku faham anda sayang dia tapi apa salahnya ajar dia untuk be independent for sometimes. kemudian bila dah tiba hari jadi dia, aku suggest cari lah tempat-tempat yang common. contohnya, tepi tasik rekreasi, tempat permainan kanak-kanak, dataran merdeka dan banyak lagi. anda boleh masak sendiri atau beli makanan kat restoren then hidang di atas tikar. ala, kononnya macam nak berkelah lah. pasang lilin sebatang di tengah-tengah antara anda dan dia. bila dah siap, boleh lah jemput kat depan rumah dia dan bawak dia ke situ. lebih kreatif kalau anda bawak gitar dan nyanyikan lagu untuk dia waktu makan. gua jamin dia dah tak merajuk lagi !



3) provokasi hadiah.
pastikan anda buat cara ini bila hari jadi dia dah berlalu dalam sehari dua. macam biasa, sebelum tu buat lah muka seposen kat depan dia. satu masa, anda try konon-kononnya nak mintak pertolongan dia hantar anda ke klinik. cakap lah lebat sikit, konon anda migrain ke muntah-muntah ke. bila dia dah setuju nak hantar anda ke klinik, pastikan anda dah sediakan sesuatu kat dalam beg anda. beli kek mini or muffin bersaiz besar gabak then decorate benda alah tu dengan icing tulisan yang comel-comel macam 'I Love You More Than You Do' atau 'My Heart Belongs To You, Happy Birthday Love' atau bla bla bla bla. bagi kejutan tu kat dia bila anda rasa dah tiba masa yang sesuai.



4) kad bajet atau kotak muzik.
bagi yang nak bajet, buat simple sudah lah kan ? beli je kad hari jadi yang berlambak kat kedai gift tu then post it ke alamat yang boleh dipercayai. nak beli kad hari jadi tu pun agak-agak lah nak bajet sangat kan. beli je yang ada soft music, ada ayat-ayat romantika dan ada gambar-gambar yang mungkin boleh buat dia non-stop tersenyum. kalau nak lebih advance, beli je music box yang comel-comel. yeah, kedengaran macam budak-budak kan ? okay apa, sekurang-kurangnya boleh mengimbau zaman muda-mudi dulu.



5) half holiday.
yang nie benda common lah, sure semua orang boleh buat kecuali apabila sifat malas dan kedekut telah menguasai diri. apa salahnya kita celebrate birthday dia dengan cara bersantai-santaian. tak perlu rasanya kalau hari jadi dia je mesti nak bawak makan-makan skema atau tengok wayang. cuba bawak dia pergi pantai. berjalan-jalan makan angin pantai then hadiahkan dia something sweet. lantak lah muka nak sunburn hitam mana sekalipun, janji dapat buat dia gembira dan menghargai usaha anda, then it's enough.



6) penggunaan internet.
bagi yang bercinta jarak jauh, tak ada masalah kalau nak raikan hari jadi dia macam biasa. tapi tak best macam orang yang bercinta jarak dekat lah kan. so, penggunaan internet sangat penting ye. cuba luangkan masa untuk ber'skype' atau ber'yahoo messenger' dengan dia. sebelum anda mula nak ber'webcam' dengan dia, anda boleh lah buat kelainan sikit, make surprise ! contohnya,  pakai baju ala-ala clown, beli kek comel yang ada lilin, pakai topi hari jadi dan macam-macam lagi. bila dah mula ber'webcam', nyanyikan lagu 'Happy Birthday' kat dia walaupun tak kisah lah suara anda sedap ke tak, kemudian tiup lilin kek depan dia secara maya. makan kek tu depan dia, tapi jangan nak show off sangat yang anda lapar okayyyy. aku yakin hati dia mesti tersentuh, silap haribulan dia boleh menitiskan airmata sebab terharu sangat. why not ?





okay, tu je aku boleh bagitahu. kalau ada cadangan lain, boleh kongsi kat sini. bagi aku, kalau kita nak sambut hari jadi seseorang, yang penting niat kena ikhlas. kalau anda nak sambut hari jadi seseorang sebab terpaksa, aku yakin anda tak happy langsung nanti dan anda mesti selalu mengungkit duit belanja yang anda dah guna untuk sambut hari jadi dia. maklum lah, orang tak ikhlas memang macam tu.

aku suka beri perhargaan kat diri aku sendiri dan juga kat orang lain. sebab aku percaya, kalau bukan kita yang gembirakan hati kita, sapa lagi agak-agak yang nak buat macam tu kat kita kan ? sekurang-kurangnya kalau ada orang sambut hari jadi kita, kita tahu ramai yang masih menyayangi diri kita. *tertacing lah pulak dahhh*



Comments
24 Responses to “tips nak celebrate birthday orang tersayang.”
  1. Anonymous says:

    nice idea..tq

  2. try jangan tak try, berbaloi weh :)

  3. Anonymous says:

    hye syikin... my best friend buat yg no 1, burn n pos kat i... ape yg i tau my friend ni memng x pandai nak wat surprise2 gini...lagipun susah nak plan pape coz masing2 dikl, jb n kuching.. it really unexpected.. i memng terkedu.. betul kata u, kite akan rasa dihargai bile org yg kite syang do something..

  4. oh yeke. bagus lah ! hehe insyaallah awak pun bole buat kat orang lain jugak. selalunya if kita berbuat baik kat orang lain dengan hati yang ikhlas, insyaallah orang lain jugak akan berbuat baik dengan kita. hehe :D

  5. Anonymous says:

    nk adiah boleh??? cik syikin bg lah...

  6. hahaha tunggu bonus lah nanti saya hantar mesin basuh sebijik kat rumah awak nak ? haha

  7. Anonymous says:

    xnk2.. sy nk persona PUTIH!! :P

  8. Good idea.. Thanx dear.. I ngah pk plan tuk bf my bestie.

  9. Anonymous says:

    Nad dlu penah plan utk bf.. break up smingu sebelum bufday dy.. haru jugak jadinye. Pastu plan dgn membe dye suh bawak dy dtg mase bufday dy tu tp dy xtau kami nk jmpe.. memang blh npk.muka kusut dy wktu tu..plan mmg btl2 bjya

  10. Iffzam says:
    This comment has been removed by the author.
  11. Iffzam says:

    hi dear,
    i tak tau nak bawak die untuk birthday die
    rasa nak bawak kat tepi pantai atau tempat yang tenang tapi tak tau kat mana
    boleh tak tolong saya lagi seminggu hari jadi die saya takut sangat hadiah dah beli untuk die tapi tempat je taktau
    boleh tolong saya

  12. pantai pun satu idea yang menarik iffzam ! apa yang penting, cara awak organize surprise untuk dia untuk pastikan surprise awak menjadi. masalah tempat bukan a big deal :)

  13. Anonymous says:

    apa idea terbaik utk sy celebrate birthday si dia yg jauh di utara lg 5 hari ni?? hehe

  14. Anonymous says:

    Saya tgh blurr . Ni first time nk smbut birthday ksygn . Xtau nk buat ape . Buat simple ok ke ? Kalau laki ni nk ape yee

  15. nurfaisz says:

    saya first time sambut birthday kesayangan,nk buat prank tepat 12a.m atau esoknya saja?

  16. Unknown says:

    hye gais.. bole bagi idea tk mcm mne nk suprisekan kasih hati. maslhnye dia ssh nk kuar umah..mybe korg bole bantu.. tengs!

  17. Ileika says:

    Hai guys! Saya recommend Ailo Eventor Surprise Planner punya service untuk birthday surprise! Memang very2 recommeded.. Service dia mmg terbaik! Saya dah buat surprise untuk husband baru2 ni.. dekat gambar nampak sikit je bunga TAPI bila husband dpat tup tup 20 stalk bunga plus bear2 (padahal tak de pon nmpk dlm pakej).. Belon pulak minta 3 tapi dapat 4.. perhhh saya pun disurprisenya.. hahahah..Saya dari Kuala Kangsar tapi buat surprise untuk husband dekat Port Dickson.. Tak silap saya base dorg ni dekat Negeri Sembilan.. & now dorg tgh buat promosi giler2.. Cuba lah check dorg dekat Insta.. if tak dekat fb la..Excited pulak saya.. hehe.

  18. Unknown says:

    Sy sndri taktahu nk buat ap utk supries bf sy . Alamak

  19. Unknown says:

    Sy sndri taktahu nk buat ap utk supries bf sy . Alamak

  20. Lurlaqie says:

    sedekah kan al fatihah..
    allahumma

  21. Unknown says:

    hai guys...saye buntu lah..nak srprise kan cinta hati saya ni...bajet rm 100/150 korg ade idea tak?boleh tak shre dgan yanna...

  22. Anonymous says:

    Assalamualaikum

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted