-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

answer and keep !

entri kali ini adalah sekadar mengutarakan pandangan dan pendapat saja. tak lebih daripada tu, jauh sekali nak mengutuk ! jangan anda nak salah tafsir, ya ampunnnnn.


petang tadi aku saja la meluangkan masa untuk membaca surat khabar yang selalu menghiasi meja kopi ayah aku tu. aku bukan jenis yang rajin baca surat khabar, kalau baca pun sekadar imbas sekali dua je headlines yang menarik. tu dia perangai, how lame ! sewaktu aku buat 'scanning' kat surat khabar petang tadi, tetiba aku terbaca suatu berita kecik yang hujung sudut penjuru surat khabar tersebut. sebenarnya aku tak berminat nak ikut sangat citer-citer bad ass artis nie, tapi tadi macam terminat pulak nak baca kannnnn. haha !


berita kecik tu menceritakan seorang artis wanita yang umurnya dah standard mak-mak orang nie. rasanya kalau aku tulis nama artis tu dalam entri nie, sure semua orang kenal. tapi tak apa lah, biarlah rahsia ! ya, aku akui sebagai seorang wanita jugak macam dia, dia memang cantik. dia hot, dia chick. dia seksi, dia SEKSAAAAAA. tapi selagi dia tak buat kontroversi melampau, rasanya tak ada lah aku amik port pun ye tak ? because im not her fanatic and lunatic die hard fan, it's true indeed. tapi bila aku tilik gambar dia betul-betul, terdetik sesuatu kat fikiran aku untuk kata camni, "ishhhh cantik betul la dia nie".


hmmmm.. popular. cantik. gojes. menawan. anggun. manis. ahhh, semua perkataaan tu milik WANITA. tapi perkataan-perkataan tu sebenarnya boleh mengukur sejauh mana diri anda mengendalikannya. buat apa popular tapi perangai bodoh ? buat apa cantik tapi mulut macam longkang fitnah sana sini ? buat apa gojes tapi tak jaga kebersihan diri ? buat apa menawan luar, tapi busuk di dalam ? buat apa semua tu ? adakah ianya berguna hanya cantik diluar, tapi di dalam macam haremmm ?


bukan lah nak memandai buat fakta, tapi pendapat aku begitulah. bila dalamannya tak cukup betul lagi, maka pasti ada masalah, terutamanya bila dah kahwin ! kita puji kita agung-agungkan kecantikannya bak persis puteri kayangan, tapi kecantikan dalamannya ? LOL ! sebab itu lah tak hairan ada yang bercerai berai sebab masalah ini. kononnya pasangan kita yang cun melecun tu dah perfect la buat jadi bini, sekali bila dah tiga empat bulan menikah, mula lah baling pinggan mangkuk buat senjata perang lidah suami isteri.


justeru kepada kaum wanita di luar sana, jangan lah rasa diri tu terlalu cantik kalau dalaman pun tak terjaga. dalaman tu tak semestinya merujuk kepada badan kita, tapi hati dan iman kita tu sendiri. kalau kita jaga hati, iman, budi bahasa, sifat kewanitaan yang baik..insyaallah akan cantik jugak luarannya ! jaga pemakanan kita dan jauhi diri daripada mendekati alkohol a.k.a ARAK ! sejak kebelakangan nie, aku tengok orang melayu nie macam dah satu trend biasa pulak minum arak. bawak-bawak bertaubat lah woi. dunia dah nak kiamat dahhhhhh.



tetiba pulak nak letak gambar Megan Fox. haha !



aku nak tanya sesuatu boleh ? apa perasaan anda kalau anda berkawan dengan seorang wanita Melayu yang cantik gila cun nak mampos tapi dapat tahu dia minum arak dan jadikan minuman tu sebagai minuman biasa dia ?




well, do answer and keep it in your mind !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted