-
DROPPY BOX
THE BLOGGERS
- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
Posted on Sunday, December 23, 2012 · Leave a Comment
Assalamualaikum.
Okay seterusnya aku nak sambung entri bersiri majlis pertunangan aku haritu. entri kali ini aku nak berkongsi mengenai pemilihan MUA untuk majlis penting macam nie pulak. untuk yang tak tau MUA tu apa, maksudnya ialah make up artist. well, mungkin bagi sesetengah orang menganggap MUA nie tak penting, asal ada mak andam entah dari mana-mana pun dah okay, ye tak ? tapi bagi aku lain pulak, MUA nie lah antara benda yang sangat penting everrrr dalam majlis besar macam nie. sebab apa aku kata penting, sebab kuasa mekap berdasarkan kepakaran MUA itu boleh dinilai melalui teknik mekapnya tu sama ada berjaya ke tak buat muka kita berseri dan BUKANNYA menukarkan muka kita jadi nampak pelik dan agak ke'badut'an. dibawah merupakan gambar aku selepas mekap..
control ayu gila time nie weh ! haha. |
Percaya tak MUA aku tu baru berusia 19 tahun ? haha, aku sendiri pun tak percaya. sebelum pilih dia, aku selidik betol-betol profile dia. mula-mula tengok koleksi gambar pengantin yang pernah dia mekapkan dulu pastu hati aku dah rasa jatuh cinta. eh bukan jatuh cinta dengan orangnya, tapi jatuh cinta dengan kepakaran mekapnya okay. ini lah gaya mekap yang aku nak. tak natural sangat tapi tak heavy sangat. wah ! aku tanya dia belajar mekap daripada mana. dia cakap lepas SPM dia terus amik kursus mekap secara serius dan dia sangat-sangat-sangat sukakan mekap. betul kan cakap orang ? kalau dah minat tu, takda apa boleh menghalang minat tu daripada terus berkembang.
Mula-mula sekali, dia tanya aku sama ada nak mekap jenis berat ke ringan. aku cakap la aku nak nampak berat tapi tak keterlaluan. dia pun senyum dan cakap 'okay kak!'. sejujurnya, berdebar gila hati aku masa tu sebab was-was kot la tetiba dia buat silap masa mekap tu. tapi disebabkan nak pujuk hati, aku pun buat-buat berangan dan ikot je apa yang dia mintak. tempoh nak siap mekap tu ada lah dalam 1 jam setengah jugak, campur bersiap pakai dress dalam 2 jam lah jugak. amboi lama gila sampai kebas bontot aku duduk weh. aku cakap kat MUA aku tu, aku nak mekap gaya 'smokey eyes' tapi tak mahu mata aku jadi 'hitam' sangat. jadi, aku suruh dia blend warna hitam dan ungu muda. hasilnya memang memuaskan jiwa dan raga aku. hahaha !
Bunyinya macam aku nie sangat cerewet mintak itu ini, periksa mekap itu ini sampai tak boleh silap sikit. aku tak kisah. bagi aku, kita sebagai pengguna atau lebih dekat, sebagai pelanggan, sepatutnya kena ada sifat cerewet bila mana situasi penting macam nie. kita kena berunding dengan dia sebetulnya, tak boleh jugak nak ikut cakap dia dan akhirnya muka kita jadi sangat pelik. cerewet pun kena pada tempatnya. kita ada hak mintak apa yang kita nak, tapi biarlah dengan berbudi bahasa. MUA tu pun takda la ada rasa benci nak tengok muka kita kan ? budi bahasa amalan budaya kita deyyy !
bersama kawan-kawan yang habis sporting ! |
mak angkat Abang Faudzli :) |
Aku tak mencari MUA yang glamour, aku mencari MUA yang bagus, tetapi MUA tu yang boleh letak harga reasonable. korang kena ingat nak pilih MUA pun mestilah harga yang ditawarkan agak berpatutan. lagi glamour MUA tu, lagi mahal lah harga yang dia letak. MUA aku nie tak letak harga yang melampau tinggi, dia letak harga RM250 saja untuk majlis tunang. berpatutan kan ? dah lah harga yang dia letak berpatutan, service yang dia bagi pun bagus. kualiti mekap yang dia guna pun memuaskan hati aku. seronok dan senang hati bila bekerjasama dengan dia. antara produk mekap yang dia pakai overall jenama Mac, Maybelline, Miss Rose, Stage dan Elianto. kebetulan pulak, taste aku pun lebih kurang dengan taste dia. alhamdulillah, i can say. jadi, sebelum korang nak pilih MUA, pikir dulu sama ada harga yang MUA tu letak reasonable ke tak dengan barangan dan kepakaran mekap dia. kalau korang jenis yang high taste, tak salah nak cuba MUA yang mahal-mahal belaka tu. haha !
Pada pandangan aku, gaya mekap daripada MUA aku yang muda belia nie sangat terbaik dan bagus. bijak dia create gaya mekap yang aku nak dan pada masa yang sama dia nak capai imej mekap yang manis dan sesuai dengan tema pertunangan. hanya majlis pertunangan, tak perlu rasanya mekap tu keterlaluan sangat. cukup dengan sikit touch up warna tema majlis dan untuk serikan muka. oh by the way, aku ada pakai contact lens warna ungu. alhamdulillah disebabkan pemakaian contact lens tu, mata aku tak tenggelam dengan adunan mekap tu. so korang boleh lah cuba buat kelainan dengan mata korang okay ?
Dibawah nie merupakan tip-tips gaya mekap aku kongsikan dimana gaya mekap nie cantik dan sesuai yang boleh korang apply untuk majlis korang....
1) korang boleh cakap kat MUA tu apply foundation yang takkan cair dan melekitkan bila majlis sedang berlangsung. kalau tak, muka korang akan jadi tak best.
2) perhatikan dulu gaya mekap yang korang dah apply. kemudian, pilih warna gincu yang tak over daripada gaya mekap korang tu. haritu MUA aku nak apply gincu warna pink pekat, tapi aku tak setuju. then aku pilih warna peach, much better.
3) kalau korang rasa pelik pakai gaya smokey eyes, jangan sesekali berani cuba gaya tu okay. dikhuatiri muka korang agak ke'badut'an. (kejamnya ayat aku)
4) pilih eye shadows yang sesuai dengan tema korang. tak semestinya kalau tema korang warna hijau oren, korang nak bubuh jugak warna eye shadows hijau oren. cuba blend dengan satu warna tema korang then satu warna lagi tu warna yang nude atau tanah.
5) kalau korang tak pernah pakai bulu mata palsu, try it on. pilih jenis bulu mata palsu yang tak lebat sangat dan tak ringan sangat. pilih yang selesa dipakai dan jenis yang sederhana.
6) jangan lupa mintak kat MUA korang suruh 'hitamkan' keliling mata korang untuk kelihatan manis dan galak, tapi take note, jangan terlampau tebal dan hitam sangat line mata korang tu sebab dikhuatiri menjadikan muka korang macam JOKER. kalau tak suka nak letak eye liner, hmmm mata tu jadi macam janggal kosong rasanya. ye tak ?
Bajet untuk pemilihan MUA dan barangan tambahan yang aku pakai :
contact lens ungu (air basuhan lens, bekas, lens) - RM 120
MUA - RM 250
lip gloss Maybelline (terpaksa ready kot lah in case diperlukan) - RM 59.90
* TOTAL = RM 430.00 (tambah tolak)
save, kan ? tak sampai pun beribu melon. haha.
okay, terima kasih kerana sudi membaca.
jumpa lagi di siri entri seterusnya ya,
bye ! :)
ASYIQIN RIDZWAN
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...