-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 perkara lelaki suka ada kat perempuan.



semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers minggu depan. tiba-tiba gua terbaca satu artikel yang sangat menarik. dalam artikel tu dinyatakan apa yang lelaki tak suka dan apa yang lelaki suka tentang perempuan. whoa, this is so fucking HOT mannnnn !

mungkin tak semua laki berpandangan macam nie, tapi gua rasa majoriti kot ! lepas baca artikel tu, gua buat penilaian sikit lah kat diri gua dengan boyfriend gua tu. saja je lah kot-kot boleh lah nak menggembirakan hati yang tengah bersedih nie kan. hey, check it out.



# Lelaki suka perempuan yang :-


Bersikap kelakar
lelaki suka perempuan yang kelakar dan tak control cun je sepanjang. tak kisah lah perempuan tu tak cantik ke..gelap ke..gemuk ke..tapi bila perempuan tu jenis yang kelakar dan lucu, dia mampu menarik perhatian lelaki. kalau masa makan atau masa bercakap dengan lelaki pun nak control cun je memanjang, rasa annoying dan membosankan ye tak ? just be natural !



Berbudi pekerti
yang nie dah tentu WAJIB perlu ada kat semua perempuan. lelaki mesti suka perempuan yang ada adab, bersopan-santun dan berbudi pekerti. tak semestinya kena berbudi pekerti dengan lelaki je, dengan semua orang pun harus jugak. even dengan kucing-kucing gemok yang sedang kekenyangan di rumah anda tu !



Murah hati
jangan jadi kedekut lah, bukan elok sangat pun. mungkin hati lelaki akan tersentuh bila tengok perempuan yang suka menderma dan menolong orang lain yang sedang dalam kesusahan. kalau dengan orang lain pun anda nak berkira, memang rejected lah weh. even yang duit sen-sen pun anda nak berkira, memang annoying dowh.



Senyuman manja
senyuman manja nie kene ikhlas. bukan masa anda nak mintak teddybear lah rantai lah baru nak buat senyum-senyum manja. bila anda senyum, orang lain boleh tau yang senyuman anda tu ikhlas dan tulus lahir daripada hati. kalau senyuman yang sumbing sampai ke telinga tu, tu senyum gedik mintak kena penampor namanya.



Tahu memasak
yang nie WAJIB kena ada kat semua perempuan. huishhh..mak gua kalau tau anak-anak dia tak pandai memasak, memang dia bising habis. bingit telinga nak dengar dia membebel. kalau anda tak tau memasak, kena amik inisiatif belajar lah weh. jangan malas okay. nie tidaknya..pantang nampak kuali je mesti rasa nak tido tak pun bila pegang sudip je mesti tangan nak terketar-ketar. tambat hati lelaki dengan masakan hasil daripada air tangan anda sendiri, mesti dia sayang lebih punya lah.



Pandai dalam menggayakan pakaian
lelaki suka tengok perempuan yang pandai menggayakan pakaian dia. mix and match ! pandai bergaya ikut tempat dan masa. ikut perkembangan semasa, tapi yang penting jangan melampaui batasan sudah lah. perempuan kalau nak bergaya pun kena bijak jugak, jangan anda main taram je amik baju itu baju ini. karang jadi macam clown, anda jugak yang termalu sendiri.


Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
kalau lelaki tu bercitarasa perempuan yang bertudung labuh, then dia akan suka tengok perempuan yang bertudung labuh je. perempuan lain seksi meksi hot gebu macam mana sekali pun, dia pandang sebelah mata je. perasan tak, bila perempuan bercakap pasal perempuan lain, mesti ada nada tak puas hati. this is funny okay..contohnya, kalau perempuan free hair tak puas hati dengan perempuan bertudung dia mesti cakap macam nie, "hishhhh..minah tu pakai tudung bukan lawa pun. gua lagi lawa dan itu fakta, tapi apesal laki tu pilih dia jugak ha ??".



Tidak mudah naik angin
yang nie gua selalu buat kat boyfriend gua. pantang dia lambat ke terlupa ke tak setuju dengan gua ke..gua mesti cepat gila naik angin. lepas tu membebel-bebel macam orang gila. tapi tak sampai 20 minit lepas tu gua dah boleh elok macam biasa balik. sorry lah fakrul adli, saya tak nak buat lagi dahhhhh. janji tak buat lagi ! sob sob sob



Tidak terlalu seksi dalam pemakaiannya
fine..lelaki memang dah nyata suka tengok perempuan seksi meksi nie. perempuan tu tayang lurah dada, tayang lurah bontot..semua tu memang lelaki suka. tapi hakikatnya, lelaki hanya suka gitu-gitu je. kalau gitu nak buat bini, rejected lah jawabnya. kalau tanya lelaki pun, mesti diorang akan jawab with this typical answer.."gua akan pilih perempuan yang sopan pemakaiannya..biarlah sedap mata yang memandang".



Tak mengharap semua benda lelaki yang kena bayar
lelaki harus jadi gentlemen dengan perempuan. tapi perempuan pun jangan asyik dok mengharap dan menunggu lelaki je yang bayar semua benda. kongsi-kongsi lah beb. kalau tadi lelaki dah belanja makan Mcd, amik lah giliran dan anda pulak yang belanja untuk tiket wayang. see ? saling membantu. lelaki pun senang je dengan perempuan yang murah hati dan tak berkira macam tu. perempuan pun kena paham lah, takkan nak semua tanggungjawab letak kat lelaki ye tak. nanti dah kawin, susah lah kalau laki je yang nak tanggung semua. perempuan tugasnya membantu meringankan beban lelaki, bukan makin menambah beban dan menyusahkan lelaki.


Rapat dengan ibunya dan ada ciri keibuan yang tersendiri
lelaki suka menilai perempuan dalam aspek nie. kadang-kadang ada sesetengah lelaki boleh jatuh cinta dengan perempuan yang penuh dengan ciri keibuan je. lelaki tak payah susah-susah tengok benda lain, bila dia nampak ciri keibuan dan kasih sayang banyak ada kat perempuan tu, dia dah boleh nampak yang perempuan tu mampu jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak dia nanti. selalunya ciri keibuan nie memang dah ada dalam setiap perempuan, cuma nampak tak nampak je.


Cekal dan tak mudah mengalah bila berhadapan dengan situasi tertekan
lelaki tak suka perempuan yang lemah dan cepat putus asa, terutamanya bila tengah berhadapan dengan apa jua dugaan atau situasi tertekan. lelaki pun adakalanya dia akan rasa lemah dan cepat putus asa, so sebab tu lah lelaki memerlukan perempuan yang berkeyakinan tinggi dan kuat semangat untuk tolong beri dia kekuatan. nie kalau lelaki dan perempuan pun lemah semangat, memang tak jalan lah weh. lelaki suka tengok perempuan yang tak pernah kenal erti penat untuk berusaha, walaupun dia tau perempuan tu takkan mampu dapat apa yang dia nak.



Tahu menjaga maruah diri sendiri
perempuan kena tahu jaga diri sendiri, maruah itu penting weh. kalau nak pegi mana-mana, perempuan akan dilihat dan diperhatikan. lelaki tak suka tengok perempuan yang suka memalukan diri sendiri atau dah tak ada sifat nak menjaga maruah dirinye. contohnya, perempuan bersosial atau kaki clubbing bla bla bla..selama mana anda nak sedar diri daripada terus jadi perempuan yang dilabel sebagai kaki clubbing ? lelaki takkan pilih perempuan yang macam tu sebab dia tahu nanti dia yang akan bertanggungjawab untuk jaga isteri dia. take note benda nie, perempuan baik untuk lelaki baik, dan macam tu lah jugak sebaliknya.


Sentiasa berada di sisi tak kira masa senang atau susah
yang nie pun sangat penting. tak kira masa senang atau susah, perempuan harus ada disisi lelaki setiap masa. jangan masa senang je anda nak tunjuk diri yang anda adalah perempuan paling caring, tapi bila tiba masa susah, habuk debu anda pun tak boleh dikesan. masa senang, anda lah orang yang paling penyayang, pijak semut pun tak mati, bla bla bla..fuck gila lah perempuan yang macam nie. dengan sikap nie, lelaki boleh nilai sejauh mana perempuan tu sayang dan jujur dengan dia.


Tidak suka berleter
sob sob sob..gua selalu buat benda nie weh. no comment ! perempuan memang betul-betul style pendiam je yang tak suka buat benda nie, sendiri ingat lah ye. but wait..benda nie normal kan untuk semua perempuan, watcha say ? tak boleh gua nak mengelak. kahkahkah ! *berusaha membela diri sendiri*



Sediakan keperluan lelaki tanpa disuruh
kalau tengok lelaki tu terbatuk-batuk, gosoklah belakang badannya untuk mengurangkan keperitan batuk dia takpun bagi terus ubat yang boleh melegakannya. kalau tengok lelaki tu lapar, berilah dia makan walaupun tak seberapa. kalau tengok lelaki tu berpeluh-peluh sebab penat, lapkan lah peluh kat leher dan dahinya untuk membuat dia berasa senang. sekurang-kurangnya anda tau apa yang dia perlu dan apa yang dia tak perlu kan ?



Mengambil berat tentang lelaki
yang nie pun rasanya tak perlu lah gua nak explain panjang lebar. semua orang tahu, even perempuan pun suka lelaki yang mengambil berat ye tak. gua pun suka lelaki yang mengambil berat, sebab dari situ gua boleh nampak yang dia mampu menjaga gua sampai bila-bila.*sebab tetiba*






warghhhh..banyak gila. tak sangka lelaki nie agak cerewet kan ? kahkahkah ! relaks, nie hanya pendapat yang diberi oleh sesetengah lelaki. maybe ada lelaki yang tak macam nie..maybe ada lelaki yang suka benda-benda yang lebih hardcore kat perempuan, who know ? tu semua terpulang pada setiap individu menentukan apa yang terbaik untuk diri masing-masing okay.

gua dah penat menaip sebenarnya nie. alasan ! nanti gua akan buat entri sambungan untuk entri nie. entri sambungan nanti gua akan bagitahu pulak apa yang lelaki tak suka tentang perempuan. so stay tune ! gua harap entri nie berguna untuk jadi panduan kot-kot lah anda nak jadi bakal isteri or girlfriend yang terbaik. gua pun banyak belajar tentang lelaki melalui artikel yang gua jumpa tu. kita share, kita share..bak kata member gua yang bernama sue sempoi ! hehehe


okay, jumpa lagi di entri kemudian. gua nak chow dulu pergi toilet, gua diserang cirit-birit tahu tak ? seksa weh ! adios.


Comments
22 Responses to “17 perkara lelaki suka ada kat perempuan.”
  1. Anonymous says:

    ok tp sy akui sy kuat membebel tp bersebab n sy da xbuat lg cmtu..n dia sendri xubah sikap..lastly dia pergi dgn alasan tiada jodoh..hmm bende xboleh undur..suppose ada tolak ansur..

  2. Sob... sobb...byknya,, x pe,, sy x kn jdi "perfect' untk org yg sy syg..

  3. digger says:

    lelaki yg dgn sy ny bnyak diam dr brckp... klau wasup pn lmbat reply... :(

  4. digger says:

    lelaki yg dgn sy ny bnyak diam dr brckp... klau wasup pn lmbat reply... :(

  5. unknown says:

    Kan byk kan takpe awak kita perempuan ni takpayah nak jadi perfect hanya depan pakwe. Be yourself, yakin dengan diri sendiri pun dah cukup. Banyak kekurangan mana pun kita ni percayalah kalau ada jodoh Allah tetapkan, adalah ;)

  6. unknown says:

    Kan byk kan takpe awak kita perempuan ni takpayah nak jadi perfect hanya depan pakwe. Be yourself, yakin dengan diri sendiri pun dah cukup. Banyak kekurangan mana pun kita ni percayalah kalau ada jodoh Allah tetapkan, adalah ;)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted