-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

tak jeles ke tengok bibir orang lain merah segar bugar ? ;)

FUH, SERIOUSLY AKU JELES !!


guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau, bajet). as we all know, bibir nie salah satu anggota yang amat penting dan memerlukan penjagaan yang rapi. apa, ingat rambut je ke nak kena jaga rapi ? bibir pun kena jugak. kalau kita bercakap dengan orang lain, waktu tu bibir kita jadi aset paling penting tau. tipu lah kalau anda tak pernah perhatikan bibir orang yang sedang bercakap dengan anda dalam seumur hidup anda kan ? kalau segan silu nak bertentang mata, tengok bibir die pun jadi lah (ini cover line punya pasal). benda nie selalu terjadi pada diri aku. aha, kantoi dah !

bagi yang perempuan, bibir adalah sinonim dengan pemakaian gincu atau lip balm atau lip gloss atau..atau..errr..entah lah, ada lagi ke ? bagi yang lelaki pulak, biasa lah kan. lelaki mana layan sangat lip balm ke lip gloss ke lipstick ke. kalau ada pun, itu...no comment ! kita bercakap for normal people only, no any options. jadi kesimpulannya, bibir nie penting lah juga especially untuk mempamerkan penampilan seseorang. kalau yang nak pergi temu duga pekerjaan tu, kena take note untuk perkara ni ye.

aku nak kongsi tiga petua baik punya kat sini untuk macam mana nak memerahkan dan menyegarkan bibir kita secara semula jadi. oh mestilah nak yang original kan, bak kata orang kecantikan semula jadi gitu, ouch ! tapi yang plastik itu juga harus ! tapi takkan sepanjang masa nak jadi plastik je kan ? kalau kat rumah nak tido pun nak pakai gincu, itu dah lain namanya. sesiapa yang buat maca tu, sila rajin-rajinkan diri untuk browse internet sebab kenapa anda jadi macam tu ? syndrome apakah ? heheh


Petua 1 :

Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

anda tau kan madu asli ? madu asli nie ialah  madu yang betul betul di ambil daripada sarang lebah. mahal sikit lah untuk jenis madu asli nie. jangan tersilap ambil madu palsu atau madu tiruan ye. okay, madu palsu ialah larutan yang menyerupai madu tapi bukan madu pun. madu palsu dibuat tanpa pertolongan lebah dan diperbuat daripada gula nektar je. so hati-hati kalau nak beli madu di pasaran ye, jangan tertipu tau sebab warna madu asli dan madu palsu memang sama.



Petua 2 :

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

ahah, untuk petua kedua nie agak susah sikit lah. bahan-bahan yang diperlukan pun banyak lah jugak. tapi kalau sesiapa yang rajin berusaha, apa salahnya kan ? beli je halia muda (halia nie lebih bagus) dan telur ayam kampung. telur ayam kampung je tau, tak main lah telur ayam biasa. ini special edition nie, kih3 ! dannnnnnnnnnnnnnnn..tekak jangan demand sangat ye, telan je semua tu setiap pagi dan petang. haha, confirm tak sedap.



Petua 3 :

Ambil halia muda kemudian sapukan halia muda ke atas bibir anda. Lakukannya setiap pagi dan malam. Bibir akan menjadi merah segar.

untuk petua ketiga, aku dah buat pun. memang berkesan weh ! tapi tu dulu, zaman aku rajin rajin punya. sekarang nie aku dah lama tak buat pun. so aku kongsi petua nie untuk kita semua sama-sama dapat menyegarkan bibir masing-masing. tapi untuk petua nie, anda kena tahan sikit lah, sebab nanti anda akan rasa yang bibir anda macam nak meletup je sebab panas. dah nama pun halia, kan ? sakit dulu, hasil kemudian. hasilnya memang berkesan, bibir akan jadi merah segar je. cuba tau ! :)





Comments
36 Responses to “tak jeles ke tengok bibir orang lain merah segar bugar ? ;)”
  1. kak klaw bibir sya pcah2 mcm mna nk wat spaya bibir saya x pecah..

  2. cuba amalkan pakai lip balm yang ada nutrisi. jangan lebih lip balm yang macam main2 je kita tengok. rajin2 tengok kandungan produk tu. dan selalu lah minum air kosong buat pembasah bibir :)

  3. Anne Sera says:

    bibir atas i hitam la. Kalau i amalkn petua ketiga tu dia boleh jd merah x or just segar je?

  4. untuk kes perempuan, bibir hitam nie kalau bukan sebab merokok mesti sebabnya ialah pemakaian lipstick yang tak sesuai dengan kulit bibir. untuk petua yang ketiga tu lebih kepada menyegarkan bibir tapi berpotensi jugak untuk bantu bibir jadi merah. ia bergantung pada kulit asal muka awak anne :)

  5. Unknown says:

    yang step ketiga nie halia tu kene potong buat kulit dulu ke atau sapu je mcm tu terus ? atau tumbuk ?

  6. Anies Mustcello says:

    Mesti kene halia mude ke ??

  7. eika : tak payah buang kulitnya. just potong menyerong sebab kita nak dapatkan air halia tu je. then sapu banyak kali kat bibir :)



    anies : disarankan pakai halia muda. kulit dia yang nipis dan kuning muda tu :)

  8. Anonymous says:

    Kalau guna petua yg first tuu, jadi ke ?? Kalau kite berhenti gune petua-2 ni, jadi hitam balek ke bibir ??

  9. tak lah melainkan anda seorang perokok atau pemakai lipstik yang tegar.

  10. Anonymous says:

    Yang petua 3 tu, ada kesan sampingan negatif tak ? Heee takut-2 nak cuba ><

  11. antara 3 petua nie, petua 3 la yang saya selalu buat. memang agak susah bg yang baru mula nak buat, tapi lama2 dah biasa. insyaallah takda kesan sampingan. halia tu cari halia muda, jangan halia yang besar dan kulitnya tebal tu.

  12. Unknown says:

    Petua yg ke3 tu kne letak halia brape lame kat bibir..?

  13. hanya sapu rata kat bibir atas dan bibir bawah. agak-agak dah 5 ke 10 minit, boleh lah basuh bibir tu ;D

  14. Anonymous says:

    petua pertama tu...bole tk gune madu yg x asli ? hehehe

  15. Anonymous says:

    petua yg ke3 tu...kene buat pagi dan malam je ke ?

  16. Kalau pakai madu tak asli ada bad effect ke kalau pakai?

  17. Unknown says:

    petua 6ber 3 tu,brapa lama ya kesannya boleh nampak.?

  18. Farha says:

    halia tu 1st time dengar.

  19. Unknown says:

    klau untuk tips yang ketiga tu , halia tu kna tumbuk dlu ke ?

  20. Unknown says:

    klau untuk tips yang ketiga tu , halia tu kna tumbuk dlu ke ?

  21. Unknown says:

    klau untuk tips yang ketiga tu , halia tu kna tumbuk dlu ke ?

  22. Unknown says:

    Laki boleh try x..hahaha

  23. Unknown says:

    Laki boleh try x..hahaha

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted