-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

laptop tu bukan barang murah oi :(


Anda pernah mengalami kehilangan laptop kesayangan anda ?


tak pernah ? pergh jeles gila aku. untung lah anda kalau tak pernah merasa kehilangan laptop kesayangan. laptop bukan benda murah kan ? bukan boleh beli macam nak beli kuih donut kat gerai Mak Mah tu. harga laptop tu pun dah hampir sama banyak macam jumlah gaji orang. entah entah lagi tinggi daripada gaji orang. senang cerita, laptop memang benda yang sangat berharga. tapi malangnya aku pernah mengalami kehilangan laptop kesayangan aku. sob sob sob sedih oh !

sekarang nie dah banyak jenis edisi laptop yang diperkenalkan oleh jenama-jenama hebat seperti Compaq, Acer, HP dan sebagainya. lagi canggih sesebuah laptop tu lagi 'canggih' lah harga yang dijual. kalau orang yang bekerja dalam bidang teknologi, laptop adalah satu benda yang sangat penting. so kalau mereka kehilangan alat teknologi hak milik diorang, mesti diorang akan merasakan hari kehilangan laptop tu adalah hari yang paling disaster untuk diorang. 

zaman sekarang nie, laptop dah menjadi satu kemestian untuk semua pelajar kampus latihan atau pun pengajian. kalau tak ada laptop susah nak hidup. sebab belajar dan proses menyiapkan tugasan semuanya bergantung kepada khidmat laptop. boleh jugak kalau nak berkongsi dengan laptop member tapi tak puas hati la kan ? lagi pun, laptop nie boleh lah dikatakan benda yang agak private untuk dikongsi bersama dengan orang lain. i mean, untuk sesetengah perkara lah. benda yang tak private pun boleh jadi private kan ? nak sentuh pun takut tuan punya barang tak izinkan. yang tak tahan tu, ada students bawak laptop macam bawak buku atau pun secawan kopi je. tak ada rasa kasih sayang langsung dengan laptop dia. what the heck !

so bila benda nie dah menjadi satu kemestian, ianya jugak akan menjadi satu kemestian kepada insan-insan yang berhati kering untuk memastikan kecurian itu berlaku. tu dah jadi MESTI tu, apa cerita ? kata benda berharga kan. harga pun dah mencerah ribuan, dah tentu dapat memberikan keuntungan kepada si pencuri kalau nak trade in kat kedai. dah tersurat dalam takdir, aku pun dah menjadi salah sorang mangsa kemestian kehilangan kepencurian keituan. kena pulak waktu tu abah baru belikan aku laptop sebijik. fresh lagi tu, baru 8 bulan aku dapat merasa kehebatan teknologi laptop aku, dah kene kebas. tak menyempat nyempat ! adoih lah.

laptop aku tak ada secanggih laptop hacker. laptop aku biasa je. banyak english movies dalam tu. ada microsoft office macam laptop orang lain jugak. lagu-lagu je dah mencecah ribu. games pun ada. software pun banyak, tapi yang kesiannya tak ada satu pun dalam laptop aku software yang boleh berfungsi untuk tujuan keselamatan kalau dicuri. kalau ada software khas yang berkemampuan untuk detect laptop yang hilang, sedap sikit badan aku nak mencari. bila laptop dah hilang, aku jugak yang tension mereng campur sakit badan nak mencari. seolah-olah mencari buah cempedak di banjaran Tititwangsa (ini tipu) ! tapi tak dapat pun. sekali lagi adoih lah.

aku hairan jugak. laptop aku yang lama tu bukan best pun. dah lah kaler hitam je, tak meriah pun bak kata orang kampung aku. screen besar gedabak pulak tu. berat nak membawak pergi ke hulu hilir. tapi ada jugak orang yang berminat. oh yelah kan, pencuri tu bukan berminat kat laptop aku tapi berminat kat duit yang bakal diperolehi selepas trade in laptop aku tu. wah sampai hati lah kau trade in laptop aku tu ! tak sempat sempat dia nak hidup dah kena tukar owner. benci ! aku rindu laptop lama aku. sob sob sob 

inilah contoh laptop lama aku  -hasil carian google-


alhamdulillah sebulan lepas kehilangan laptop aku tu, aku dapat laptop yang baru. abah tak sampai hati tengok aku bersedih so cepat cepat abah belikan yang baru. laptop yang baru lebih bagus, kecik dan ringan sikit. much better lah ! alhamdulillah setakat nie selamat dibawah jagaan aku dah nak masuk dua tahun. elok je aku jaga nie ha, itu pun sebab takut laptop kene curi lagi. kalau tak, hampeh aku nak jaga elok elok. tapi..aku still nak yang lama. sebab dalam tu ada banyak sangat gambar-gambar kenangan di sekolah lama dan matrikulasi, assignments, documents yang penting penting dan banyak lagi lah. disebabkan pencuri durjana tu sekarang nak dapat habuk pun tarak. dapat yang baru pun fresh je semuanya. tak ada satu pun gambar dan folders yang sempat diselamatkan. sob sob sob. 



laptop kesayangan yang baru. sob sob sob


anda mesti tak nak jadi macam aku kan ? jadi anda pun kene lah berjaga-jaga dan utamakan keselamatan laptop anda setiap masa setiap waktu setiap saat ! ya, memang kedengaran agak leceh kalau nak jaga laptop 24 hours, tapi sanggup ke hilang laptop tu ? kalau dah hilang tu nak beli yang baru bukan senang. kalau keluarga orang berada, boleh lah cakap. semalam hilang laptop, hari nie beli laptop baru. macam beli ikan kat pasar pulak ye. tapi kalau keluarga yang kurang berkemampuan ? so jaga lah barang berharga anda dengan baik ye. di sini aku nak berkongsi sikit tips mengenai penjagaan dan pencegahan kecurian laptop.



1) Simpan di tempat yang sebaiknya.
kalau nak simpan laptop, anda kena letakkan di tempat yang selamat dan tidak terdedah. kalau nak simpan laptop jangan sesekali biarkan terdedah macam tu je. kalau dah malas sangat nak simpan laptop setiap kali nak tido ke atau nak keluar makan ke, kunci laptop anda elok elok then jangan sesekali lupa kunci pintu dan tutup tingkap rapat rapat. tapi itu pun still kurang selamat sebenarnya. btw, jangan letak laptop anda berdekatan dengan tingkap atau pintu okay. senang nak bagi peluang kat pencuri, ye tak ? senang cerita, simpan dan letak laptop anda di tempat yang sebaiknya. anda pun tau sendiri kan di mana tempat yang anda rasa selamat.

2) Jangan terlalu menunjuk semasa menggunakan atau membawa laptop.
kalau anda sedang menggunakan laptop di mana-mana, anda kena pastikan keselamatan laptop anda dah 100% terjamin. contohnya kalau anda nak pakai laptop di Starbuck atau di mana-mana cafe, pastikan anda duduk di kawasan yang bertiang untuk mengunci laptop anda, atau pun boleh jugak kunci laptop anda di meja yang anda duduk. senang je kan ? kalau nak bawak laptop di tempat awam, make sure jangan bawak laptop semata-mata. tak guna beg atau case khas untuk laptop sebab malu ? bahaya oh ! lantak lah orang nak cakap kita semangat lebih, tapi mana lebih bagus..hilang laptop ke atau nak dengar sangat orang sekeliling mengata ?

3) Beri tanda-tanda pengenalan kepada laptop anda
ini penting oh ! anda kena letak jugak tanda-tanda pengenalan kat laptop anda. kalau tak letak, memang agak berisiko tinggi untuk hilang. walaupun ianya benda remeh, tapi boleh membantu laptop kita daripada dicuri. contoh-contoh tanda yang boleh diletak di laptop anda ialah bar code, graffiti, sticker atau pun apa saja yang dirasakan sesuai selagi tidak merosakkan laptop anda. kalau laptop anda penuh dengan benda-benda alah nie, laptop anda tidak akan menjadi top target yang dikehendaki oleh si pencuri. yeah ! pencuri pun jadi tak berminat nak curi sebab terlalu banyak tanda pengenalan, takut kantoi pulak kan.

4) Install software khas untuk mengesan pencuri
anda sangat digalakkan untuk menginstall software tracking seperti Adeona atau LocatePC di dalam laptop anda. software nie boleh membantu anda untuk mengesan di mana kedudukan laptop anda kalau laptop anda dah dicuri. software nie berfungsi secara sederhana semasa laptop sedang dicuri (tak adalah sehebat laptop hacker kan), tetapi anda boleh nampak hasilnya bila laptop anda yang dicuri tu sedang digunakan oleh pencuri. contohnya kalau si pencuri nak kirim email kat orang lain atau browsing, waktu tu LocatePC atau Adeona secara automatik akan kirimkan maklumat tentang IP Address laptop anda yang telah dicuri tu kepada anda, tapi itu hanya akan berlaku KALAU pencuri guna untuk connect dengan internet melalui wireless network. gambar-gambar dia pun kita boleh detect tau ! dan yang paling bestnya, semua benda alah yang nak dihantarkan oleh si pencuri dengan menggunakan laptop anda tu akan dihantar ke email anda terus tanpa disedari oleh si pencuri tadi. tapi ingat, software tracking nie hanya berfungsi dan berjalan sekiranya laptop anda yang telah dicuri tu connected dengan internet. mudah kan ?



p/s : jaga lah laptop anda baik-baik. sayangi lah laptop anda sebelum ianya bertukar menjadi duit kepada orang lain yang tak bertanggungjawab. itu penting ! (geram gila)


Comments
2 Responses to “laptop tu bukan barang murah oi :(”
  1. Unknown says:

    menarik!!! alhamdulillah laptop saya xprnh kena curi hp pernh la he2
    tips untk hp ada x

  2. most welcome. insyaallah ;D

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted