-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

WEDDING REVIEW : TUDUNG NIKAH SAYA



Assalamualaikum.






Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu aku kongsi tips mengenai majlis pertunangan aku pada 16 Disember 2012 yang menggunakan tema putih ungu dan konsep pun DIY saja. simple je, tak ada lah grand sangat pun. kali ini, aku nak kongsi tips mengenai majlis perkahwinan aku pulak. tips nie secara rambang saja termasuklah majlis pernikahan, majlis bersanding dan majlis bertandang aku. harap-harap perkongsian tips nie dapat lah jugak sedikit sebanyak membantu korang yang sedang membuat persiapan menjelang hari majlis tu berlangsung nanti. insyaallah !




By the way, alhamdulillah syukur ya Allah sebab majlis-majlis besar tu semuanya dah berjalan dengan lancar. dah selesai dah pun. pelaksanaan majlis-majlis tu semuanya kena buat berdasarkan perancangan yang rapi dan teliti. salah sikit saja, mesti hancur. jadi, terus terang aku pesan kat korang yang dah nak naik pelamin nie, selesaikan sesegera yang mungkin supaya nanti bila tarikh majlis dah dekat, korang pun tak menggaru kepala dengan lebih hebat macam sekarang nie (ayat apa nie ?). andai kata majlis korang akan berlangsung pada bulan Oktober depan, patutnya korang dah mula buat persiapan sedikit demi sedikit pada bulan Disember tahun nie. percaya lah, nak kahwin bukannya senang dik oi !





Sebenarnya lama dah kawan-kawan di laman Facebook bertanya mengenai gaya pemakaian tudung aku untuk majlis pernikahan tempoh hari. cuma aku je tak update entri. malas gamaknya ! lagi pula, aku pun tak berapa nak upload gambar-gambar majlis pernikahan aku kat blog nie. haha, tercicir. sorry ya ! ramai yang bertanya mengenai tudung nikah aku tu sebab pelik katanya. tak pernah dibuat dek orang. mungkin citarasa masing-masing kan, tapi aku design tudung nikah aku tu biasa-biasa saja. cumanya, aku mementingkan kesopanan sebab maklum lah depan tok kadi dan orang-orang tua. lepas tu pulak, aku nak terbitkan unsur kelembutan pada tudung aku sebab melambangkan majlis pernikahan nie adalah majlis yang suci. itu saja niat aku. bukan lah nak buat trend-trend pelik ala-ala Lady Gaga ataupun nak mencetuskan kelainan. hehe !





Baiklah, back to the topic. senang saja nak buat design tudung nikah aku nie. korang hanya perlu sediakan 3 jenis tudung yang sama warna iaitu shawl sifon Yuna biasa, shawl halfmoon panjang dan veil bermanik, pin-pin jarum yang agak banyak (yang nie amat penting !), sehelai anak tudung kecil dan sehelai tudung bawal biasa (tak kisah warna pun). tempoh masa pemakaian gaya tudung nie pun tak amik masa yang lama. aku kira-kira dalam 15 minit saja. simple kan ?





Okay, mula-mula kena setelkan sanggul ringkas dulu. pembinaan sanggul pun kena peka jugak. jangan sesekali korang pilih pembinaan sanggul yang terpacak megah kat atas kepala tu. buruk bebenor, nampak sangat palsu. sanggul yang aku pakai masa nikah nie hanya menggunakan sehelai tudung bawal saja. ikat rambut korang terlebih dahulu dengan kemas. lepas tu, pintal tudung bawal tu jadi panjang macam ekor kuda. pintal punya pintal, korang lilit tudung bawal yang dah dipintal tu pada ikatan rambut korang dengan kemas dan kuat. agak-agak korang dah rasa selesa, terus pakai anak tudung supaya kita dapat selaraskan sanggul tu dengan kepala kita. korang jangan risau, sanggul tu kelihatan macam sanggul asli, malah lebih lawa berbanding pakai sanggul palsu bak batu sungai terpacak tu. tapi pembinaan sanggul nie terpulang pada individu itu sendiri. tak semestinya kena pakai sanggul untuk cantik. kalau korang rasa tak nak pakai sanggul macam aku, itu pun okay. hehe !









Kemudian, korang amik shawl pertama, iaitu shawl sifon biasa je. kalau korang tau, pada zaman shawl tu popular sebab Yuna yang pakai. maka, shawl tu dipanggil shawl Yuna. only RM 6 tau korang boleh dapatkan kat mana-mana butik tudung berhampiran. baju nikah aku tema putih, maka tudung nikah aku haruslah berwarna putih. kalau baju nikah korang warna hijau, maka shawl yang nak digunakan untuk gaya nie pun haruslah berwarna hijau. ngerti lo ? shawl sifon nie korang pakai macam gaya shawl Yuna yang biasa tu. tujuannya adalah untuk menutup aurat ternampak leher. lilit lah macam biasa dan haruslah sedikit ketat agar korang dapat pakai tudung nikah nie selama yang mungkin. mudah saja ! mintak tolong kawan-kawan atau mak andam korang masa nak pakai tudung nikah nie okay. korang jangan risau, gaya shawl Yuna nie confirm akan tutup leher dan dada korang, sekaligus melihatkan korang nie sopan masa majlis nikah berlangsung nanti.








Seterusnya, bila dah setel pakai shawl sifon pertama di kepala korang dengan menggunakan jarum yang agak banyak, korang boleh lah amik shawl halfmoon sifon yang bersaiz besar dan panjang sebagai shawl lapisan kedua. tujuan shawl halfmoon nie adalah untuk menebalkan tudung nikah korang dan pada masa yang sama, membantu korang menutup bahagian bahu dan belakang badan semasa majlis pernikahan berlangsung. maklum lah, aku pun akan duduk bersila masa menikah. maka, aku pikir tak elok lah nak biar mata orang-orang tua yang akan duduk belakang aku nanti jadi sakit bila nampak bahagian belakang badan yang kurang manis tu. ahaks ! shawl halfmoon nie seolah-olah berfungsi sebagai veil kedua korang. ia hanya perlu diletakkan very center dan above your head, kemudian pin kasi ketat dan tidak melurut jatuh. shawl nie boleh didapati di mana-mana butik tudung yang berhampiran dengan rumah korang. only RM 55 je tau (tapi tak tau lah harga terkini dah murah sikit kot?) !!.




Dan langkah terakhir, korang amik pulak veil bermanik untuk diletakkan di atas shawl halfmoon yang korang dah pakai sebentar tadi. juga kena letak the center of your head supaya dapat diseimbangkan dengan shawl halfmoon dan shawl sifon Yuna tadi. seperti biasa, korang pakai pin untuk pastikan veil bermanik tu melekat kuat untuk tudung nikah korang. dalam pemakaian tudung nikah nie, bantuan mak andam amatlah diperlukan agar tudung nikah korang akan menjadi sempurna.




okay, done !



Maka siap lah pemakaian tudung nikah seperti aku. kalau tengok sekali imbas, kelihatan aku macam pakai tudung syria jenis kain lycra kat dahi aku tu. kadang-kadang, bila tengok sekali imbas sekali lagi, kelihatan aku macam pakai tudung labuh paras punggung. halusinasi kemain ! simple dan selesa dipakai sepanjang majlis pernikahan dijalankan. kalau nak solat, tak susah pun nak bukak tudung nikah nie. siap korang boleh pakai semula dengan mudah. pergerakan pun tak terganggu, malah kepala pun tak rasa berat pun. hehe ! apa yang penting, penutupan aurat bagi menghormati majlis pernikahan yang penuh suci dan berkat itu harus diutamakan.




bersama mak, abah, sayang, ayah dan mama ! muahh



bergambar di sarang burung uolsss



sesi bergambar outdoor bersama cik abang




batalkan air sembahyang. ewahhh



Serba sedikit gambar yang aku kongsikan. harap-harap gambar nie semua dapat membantu korang untuk mudah mencuba pemakaian tudung nikah nie. nampak saja rumit nak buat, tapi hakikatnya mudah saja ! hehe. kos yang digunakan pun tidak lah banyak sangat pun.




Kos yang digunakan :

shawl sifon Yuna   -   RM 6
shawl halfmoon   -   RM 55
veil bermanik   -   RM 0 (butik dah sediakan)
anak tudung   -   RM 3
tudung bawal biasa   -   RM 0 (guna yang dah ada)



 #  Jumlah Keseluruhan : RM 64 sahaja 





Tak mahal pun, bajet di bawah RM 100 saja tanpa menggunakan tenaga kudrat dan wang nak buat keje beading yang banyak. by the way, sekadar perkongsian nasihat, aku sarankan korang yang bakal bergelar isteri tak lama lagi sentiasa peka dalam mengambil kira pelbagai aspek dan sudut dari segi pemakaian korang di majlis pernikahan nanti. kalau korang tak nak tutup aurat masa majlis kahwin, sekurang-kurangnya jaga lah aurat korang semasa suami melafaskan akad nikah ke atas korang. sedih wooo ! pakai tudung sepenuhnya bagi menghormati majlis yang begitu suci. alaaa bukan lama pun kan nak tunggu majlis habis ? bukan sahaja tudung nikah nak kena jaga, baju nikah pun kena utamakan jugak tau ! insyaallah pada entri lain, aku akan buat entri review lain mengenai majlis perkahwinan aku (kalau aku rajin dan tak kuat tido). semoga entri kali nie dapat membantu korang mencari ilham yang terbaik ! selamat mencuba.




bye !









Comments
14 Responses to “WEDDING REVIEW : TUDUNG NIKAH SAYA”
Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted