-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

E-DAY 5 : KHIDMAT PHOTOGRAPHER




Assalamualaikum.







Hai pembaca blog sekalian ! akhirnya terhudpate jugak setelah sekian lama membiarkan blog ni sepi dengan entri-entri yang fresh (fresh la sangat ya ?). kesian pada entri siri ME(my engagement) yang cukup lama tertunggak umpama bil broadband yang cukup lama jugak tertunggak. ahaks, aku memang dah lupakan mat romeo tu setelah adanya mat streamyx di rumah. oh yeah ! walaupun dah lama tak guna benda tu, tapi dia cukup setia berada di dalam pencil box aku yang dah bercampur baur dengan pelbagai bendasing seperti plastik gula-gula (makan masa exam 2 minggu lepas !) dan penyepit rambut yang digunakan untuk study malam-malam dan sebagainya. what the H ? (=.=').




Aku baru je habis review statistik bagi setiap entri aku baru-baru nie. actually, takda la baru sangat. haha. alhamdulillah rasa teruja bila tengok semua entri-entri siri ME mencecah belasan ribu views. ternyata topik-topik macam nie mendapat perhatian daripada para bride-to-be yang sibuk nak melangsungkan majlis pertunangan ke apa ke di internet. dulu masa aku nak tunang pun aku sibuk mengoogle blog orang lain sebab nak berkongsi ilmu dan panduan.  itu adalah normal ! haha. apa-apa pun, thank you untuk semua pembaca blog di sini. dan thank you jugak lah kepada silent readers ya yang rajin stalk blog nie. ahaks ~




Okay, aku akan teruskan siri ME yang tergendala daripada entri ke empat aritu, iaitu goodies bag menjimatkan (walaupun topik aku tunang nie dah lapuk sangat weh !). jadi, entri ke lima kali ini ialah mengenai PEMILIHAN FOTOGRAFER (Official Photographer) yeayyy ! secara kebetulannya, pakcik aku merupakan sorang fotografer yang selalu amik gambar orang kahwin, bertunang, majlis tertentu dan sebagainya. jadi, kerja aku dah senang. aku amik je dia sebagai official photographer untuk majlis pertunangan aku. aku suka dengan gambar-gambar yang dia amik sebab jenis simple dan tidak terlalu guna software edit mengedit. bagi aku, gambar yang cantik untuk merakam momen adalah gambar yang telah edit tapi mengekalkan originality momen itu. kekadang, gambar yang dah terlampau edit sangat nampak macam comot dan serabut pulak pada pandangan aku. like seriously !







pelamin mini aku untuk bertunang aritu.





Di atas nie merupakan salah satu contoh gambar yang dihasilkan oleh pakcik aku tempoh hari. objek yang disasarkan sebenarnya ialah pelamin mini aku tu. aku suka sangat gambar macam nie sebab originality gambar tu terserlah dan terkawal walaupun telah diubah mengikut aplikasi edit. fyi, pelamin tu mempunyai ciri kepelbagaian warna dalam satu masa yang sama. contohnya, ada warna hijau, merah, putih, ungu, coklat dan whatsoever. jadi, bila nak hasilkan satu gambar ala-ala potret dan sweet, keje edit mengedit ni tak melampau la sangat supaya gambar tu tak jadi semakin 'rosak' disebabkan kepelbagaian warna yang sedia ada. haha ! simple you know, photographer yang baik adalah photographer yang bijak amik sudut gambar yang strategik dan tidak menggunakan aplikasi edit yang terlalu banyak untuk hasilkan gambar yang berkualiti. make a note ya bride-to-be semua ! di bawah nie merupakan gambar-gambar yang dihasilkan oleh OP aku selaku pakcik aku sendiri. contoh-contoh gambar-gambar dibawah mempunyai kriteria originality yang baik and love it so much !





























Macam aku cakap kat entri sebelum nie, aku kurang yakin dengan pemakaian baju warna ungu sebab dalam seumur hidup aku boleh bilang berapa kali je aku pernah pakai baju warna ungu muda. ungu bukan pilihan warna aku, neverrrr !! tapi lepas tengok album yang dah disiapkan oleh pakcik aku nie, aku boleh tersenyum sendiri (senyum sorang-sorang) sebab dalam hati aku pikir tak ada lah teruk sangat pun diri aku bila pakai warna ungu muda (ayat menyedapkan hati saja). tak nampak dull pun atau ke aku tak nampak dull sebab teknik gambar ? ahaks. apa-apa pun, tahniah diucapkan buat pakcik aku, Muhammad Azizul di atas daya kreativiti dan profesional dalam merakam momen bahagia majlis pertunangan aku. korang boleh lah view website dia di Facebook : Oncu Photography dan di blog : Oncu Wedding Photography sekarang jugak ya ! kalau berminat, cepat-cepat booking sebelum tarikh korang orang lain dah book, hehe.





Sebenarnya aku tertarik dengan satu isu yang berkaitan dengan OP (official photographer) nie masa aku pernah join forum bride-to-be suatu masa dulu (dulu je la, malas dah sekarang nak join. haha). isunya, 'mana satu lagi baik ? hire photographer yang ada nama ke atau hire photographer suka-suka atau amik gambar guna kamera sendiri je ?'. jawapannya, mudah. ikut saja bajet dan kemampuan yang korang ada. jangan terlalu membazir untuk perkara yang pelik dan mengarut ya !




Kalau korang memang mampu dan banyak duit sendiri, bekerjasama lah dengan photographer berprofil tinggi yang dah lama menempa nama kat dunia fotografi kita nie. dapat sekali pengalaman baru menikmati buah tangan daripada nama-nama besar secara berbeza kategori. kalau korang dah letak bajet tinggi untuk photographer semata, pastikan perkara-perkara lain seperti pelamin, deco-deco, whatsoever berada dalam kesederhanaan saja. yang tu, aku setuju walaupun banyak mana pun duit korang. tak semestinya macam tu saja, korang boleh jugak hire photographer yang sangat berbakat dan bersikap profesional namun yang ada menawarkan pakej harga berpatutan. yang nie biasanya orang-orang biasa macam aku nie sesuai lah  pakai, maklum lah aku bukan retis. ahaks ! harga yang ditawarkan selalunya tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah, bak kata orang, 'so-so' saja. Photographer suka-suki pulak maksudnya photographer kawtim-kawtim saja antara sesama member kita atau member kepada member atau member kepada member kepada member (pening woi !). kalau nak berjimat dan nak harga fotografi tersangat murah tapi gambar meletops,  photographer begini amat sesuai buat korang. harga yang diberi pun kebiasaannya harga member saja. kalau korang nak lagi lagi lagi jimat, tak payah lah susah-susah pening kepala pikir pasal kos photographer. suruh je sepupu ke adik ke abang ke yang bertanggungjawab rakam detik indah sepanjang majlis berlangsung. lagi bagus kalau individu yang nak diminta tolong tu memang ada kamera profesional sendiri, contohnya seperti DSLR. ngerti nggak ? haha.



Aku bagi beberapa tips yang korang boleh apply dengan mengenal pasti dan memilih OP  yang terbaik untuk bertanggungjawab merakam segala momen indah semasa majlis korang berlangsung. Di harap tips yang aku bagi kat bawah nie sedikit sebanyak membantu korang memilih OP yang terbaik mengikut bajet korang..


#  Pastikan OP yang korang nak pilih tu berdasarkan rekemen dan cadangan kawan-kawan lain korang yang dah ada pengalaman sendiri. kebiasaannya, pilihan atas rekemen suara majoriti kawan-kawan korang petanda OP tu memang layak diberi tanggungjawab dalam majlis korang.


#  Cari banyak-banyak website OP yang ada kat internet. bandingkan harga pakej, hasil gambar dan sebagainya each other supaya korang boleh buat penilaian.


#  Pilih OP yang mesra pelanggan ! jangan pilih OP ikut suka hati nenek korang saja. kalau korang rasa boleh go with the flow dengan OP tu dari awal sampai habis, why not kan.


#  OP wajib profesional. dah perkara biasa kalau korang rasa segan melampau masa sesi bergambar depan OP (sebab kena buat gaya romantik), OP yang baik akan membantu memberi semangat dan rangsangan kepada korang, bukannya lagi nak buat korang rasa down.


# OP wajib tepati masa. tengok semula feedback yang customer-customer OP sebelum tu bagi kat ruangan komen website sama ada banyak yang negatif atau positif.


#  Rajinkan diri tengok SEMUA hasil kerja OP. kalau OP tu ada Facebook, korang boleh tengok dengan jelas mengenai hasil-hasil kerja dan gambar yang telah disediakan.


#  Harga ikut bajet korang yang ada, bukan bajet ikut harga yang korang nak. elakkan pembaziran.


# Cari OP yang berada di lokasi yang berdekatan dengan rumah korang. kalau korang duduk Kedah, jangan nak gatal amik OP yang berada di Johor walaupun caj transportation disediakan untuk kemana saja. elakkan risiko !


# Kalau boleh, OP yang akan dilantik memegang tanggungjawab untuk merakam detik indah sepanjang majlis korang biarlah orang yang korang kenal..














Okay, itu saja untuk setakat nie. semoga korang dapat membuat pemilihan photographer yang baik untuk majlis anda. pilih lah OP yang betul-betul berkualiti bakatnya. bukannya yang mengira kualiti duit sajaaaa. nilai dengan teliti terhadap hasil kerja OP tu sebelum korang betul-betul nak hire dia.
choices make you perfect
insyaallah berjumpa lagi di entri yang akan datang ya. 
bye !



















Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted