-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

TIPS : Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya ?



Assalamualaikum.







Hari ini aku mau berkongsi tips baru ! kali ini tips pasal keselamatan jalan raya. aku akui memang betul, urusan ajal maut itu ketentuan Allah swt. tapi ada juga pentingnya kita sentiasa peka dan berjaga-jaga daripada terlibat dengan situasi bahaya macam kemalangan jalan raya nie. ini pun salah satu bentuk usaha, kan ? well, aku harap perkongsian yang tak seberapa mana nie sedikit sebanyak dapat bantu kita semua. hehe ! bagaimana mahu menjadikan korang lebih peka dengan tanda-tanda kemalangan jalan raya atau apa-apa kejadian di jalan raya yang tak best akan berlaku ?












1) Kereta-kereta depan macam kacau bilau lain macam.




Selalu tak situasi nie berlaku kat korang ? kalau aku pulak, benda nie memang selalu jadi masa aku bawak kereta. kadang-kadang kita tak sedar dengan kelajuan dan jarak dengan kenderaan depan. bahaya weh ! selalunya situasi macam nie kita boleh nampak kat highway atau jalan besar yang lurus. kereta-kereta bersimpang siur memotong dan mencilok dengan megah. so kalau korang nampak situasi macam nie berlaku, better you be aware. dalam kadar yang pantas tapi tetap maintain jaga kedudukan kereta korang agar tak membahayakan kereta-kereta lain yang ada dekat-dekat dengan korang, perlahankan kereta sikit demi sikit dan pastikan jarak korang dengan kereta-kereta yang bersimpang siur tu agak jauh. pastikan korang punya mata tu peka dengan sebarang kemungkinan okay. lebih baik sayangkan nyawa daripada nak bersikap ego kat jalan raya kan ?







2)  Kereta yang berhampiran terhuyung-hayang.




Tak lain tak bukan, sama ada pemandu tu ngantuk atau pun tengah mabuk. aku benci orang mabuk arak yang tengah bawak kereta ! golongan macam nie kalau tengah bawak kereta memang 100% berkemungkinan besar akan membahayakan nyawa pemandu-pemandu yang lain. so benda pertama korang kena buat, tilik dulu apa pemandu tu buat dalam kereta dia. pemandu yang ngantuk selalunya dia diam je dalam kereta dan tak bergerak sangat, tapi kalau pemandu yang tengah mabuk kita boleh nampak dia huru-hara masa pegang stereng. pastu, kalau boleh cepat-cepat hindarkan kereta kita dengan kereta diorang. korang boleh potong ke depan dengan cara yang berhemah supaya tak mengejutkan pemandu tu yang tengah leka. kalau korang nak hon pemandu tu dengan niat nak dia lebih peka, rasanya idea tu macam tak best. takut benda lain yang lagi tak best akan terjadi.







3) Ada motor atau kereta kemalangan kat tepi jalan.




Kalau tengok ada orang lain kemalangan dan mintak tolong kat tepi jalan mesti kita ada niat nak tolong dia kan ? tak salah malah lebih bagus kita tolong orang-orang yang bernasib malang nie, TAPI INGAT ada batasnya kita nak hulurkan pertolongan nie sebab mungkin orang-orang nie cuma berlakon je dan ada niat nak merompak korang. pastikan kita tengok dulu keadaan sekeliling sama ada atau tak orang lain yang tolong dia masa tu. tengok dulu kalau-kalau keadaan orang tu mencurigakan. kekadang, dia bukan sorang kat situ. bila dia dah dapat 'mangsa' untuk dibaham, siap lah..ramai yang tetiba muncul daripada tepi-tepi semak tu. jadi untuk elakkan kes rompakan, culik atau rogol, korang kena peka dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. lain citer pulak kalau ada yang mintak tolong kat tepi jalan sebab keretanya rosak. silap haribulan bukan manusia karang. ahaks !







4)  Bersedia di lorong ketiga.




Kekadang, keadaan yang kita tak jangka tulah kemungkinan besar akan terjadi. kekadang jugak, kita dah tilik dan periksa kereta kita betul-betul sebelum bertolak pun belum tentu dijamin takkan menghadapi sebarang kerosakan. bila hujan turun lebat selebatnya, selalunya mesti ada kemalangan akan berlaku. biasa lah, tak semua antara kita yang ada penglihatan bagus masa memandu time malam atau hari hujan. so kalau korang dah beware dengan tanda-tanda kereta korang nak rosak, cepat-cepat lah bersedia di lorong ketiga lebuh raya. korang selamat, kereta selamat, pemandu lain pun selamat jugak. kemudian, telefon sapa-sapa yang terdekat untuk tolong anda.








5) Ikut lampu merah kereta depan, jaga jarak dan kelajuan.





HUJAN. jujur kata, aku nie memang ada masalah rabun malam dan masalah tak yakin kalau memandu masa hujan lebat turun. tapi kekadang, aku cuba lawan jugak rasa takut dan tak yakin tu sebab aku pikir sampai bila lagi aku nak rasa berdebar macam tu kan ? dulu sememangkan aku akan menggelabah sikit kalau tetiba hujan lebat gila turun masa aku memandu. lebih-lebih masa kat highway. perghhh, dengan kereta-kereta lain laju tak hingat lagi. diorang nie tak rasa takut ke memandu laju sampai 180 ke 200 km/h masa hujan lebat ya amat ? hmmmm. tapi sekarang, dah kurang rasa menggelabah tu sebab abang Faudzli ajar aku macam mana nak berhadapan dengan masalah menggelabah memandu masa hujan lebat sampai kabur gila skrin kereta. bagi yang ada masalah macam aku, nie cara-caranya. pertama, korang pastikan lorong jalan yang korang amik adalah betul. ikut je garisan warna putih kat jalan tu. point, jangan sesekali masuk ke garisan lain, kalau tak anda akan melanggar kereta lain atau langgar pokok ke masuk parit ke langgar tiang elektrik ke. haha okay, ayat kejam. kedua, ikut lampu belakang merah kereta yang berada di hadapan korang. dan yang ketiga, pastikan jaga jarak korang dengan kereta depan sebaik mungkin. Insyaallah, korang akan dapat memandu dengan baik walaupun hujan tengah turun selebat-lebatnya.







6) Cepat-cepat blah daripada lori atau bas dan masa lalu atas 'air melintas jalan'.




Aku tak tau la korang perasan ke tak. kalau aku, memang aku perasan bila aku lalu atau potong je sebelah lori, kita akan dapat rasa kereta kita macam disedut masuk ke bawah lori. lebih-lebih lagi lori yang bersaiz enormous tu, perghhh. bila korang dapat rasa kena sedut, jangan lah sesekali korang leka. cepat-cepat tekan minyak dan pada masa yang sama, tengok juga keadaan kereta-kereta depan sama ada selamat atau tidak korang nak cilok. sebolehnya, elakkan daripada duduk belakang, depan dan sebelah lori yang tengah laju. sebab tulah banyak jugak kita dengar kan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan motor dan lori sebab daya graviti yang tak menyokong. kekadang lori-lori yang besar tu pun ada sikap degil jugak kat jalan raya. dia pulak yang high beam lampu halau ketepi kat kereta- kereta depan dan bawak laju tak hingat. sumpah membahayakan ! situasi nie sama jugak dengan situasi 'air melintas jalan'. air melintas nie selalunya terjadi semasa atau selepas hujan turun dan kawasan yang dilalui itu agak berbukit. aku selalu lalu atas air melintas nie kalau lalu Ayer Keroh. jangan ingat air melintas nie tak bahaya tau. kalau korang bawak laju masa lalu kat atas air melintas nie, kemungkinan besar korang boleh tersasar sebab tayar kereta totally jadi licin gila dan menjadikan kereta korang sedikit terbang.








7) LANGGAR JEEEEEE WEH !!!




Masa korang sedap-sedap bawak kereta waktu malam, kalau ternampak ada 'sesuatu' yang tak best tetiba melintas jalan raya, omg jangan laaaaaa tekan brek mengejut okay. even kalau yang melintas tu haiwan, sebolehnya jangan kita elak sampai boleh membahayakan pemandu-pemandu lain yang ada di sekitar korang pada masa tu. keadaan yang memaksa kita macam nie boleh membahayakan nyawa korang. kecuali kalau korang tengah bawak kereta dengan perlahan, tak salah nak tunggu 'benda' tu melintas sekejap. Insyaallah, perjalanan anda akan tenang.













Okay itu je tips-tips yang aku dapat kongsikan. boleh dikatakan tips-tips kat atas adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. apa pun yang penting, semuanya terletak pada diri kita sendiri. jika kita sayangkan nyawa dan orang-orang yang tersayang, pasti kita akan memandu dengan cara yang berhemah dan hal ini juga secara tidak langsung tidak membahayakan nyawa-nyawa orang lain yang tidak bersalah. anggap lah perkara yang terjadi tu ada hikmah disebaliknya daripada Allah swt.













semoga memandu dengan cermat ! 
berhati-hati di jalan raya ya ! 
bye.

















Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted