-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

tempat lepas gian si mentekedarah asam !

kalau perempuan yang pregnant, mesti ada masa datang rasa ngidam dia nak makan sesuatu yang pelik. mula la para suami sibuk tekan minyak ke sana sini mencari asam yang dikehendaki para isteri. cewahhhh ! tapi perempuan ngidam makan asam, tak pelik kan ? ahaks ! kekadang, perempuan yang tak pregnant pun sibuk-sibuk jugak nak ngidam makan asam, macam aku. aku suka makan asam. cakap lah asam jenis macam mana pun, aku suka ! lebih-lebih lagi asam yang berwarna merah tu. yumssss !


kalau anda ada keinginan nak makan asam secara terlampau, aku ada satu cadangan yang superb gila untuk anda ! bayangkan anda mengidam sampai meleleh air liur nak makan asam, tetiba ada orang tunjukkan sebuah tempat yang menjual pelbagai jenis asam yang pelbagai warna, pelbagai rasa, pelbagai bentuk. errr..dan pelbagai harga juga. hehe ? HARGA, okay. (-.-')



taraaaaaaa.. !


suasana dalam kedai yang selesa dan luas !


sodok, jangan tak sodok asam tu !


setiap asam boleh testing rasa, jangan risau ye.


menyelerakan dan sedap !



aku tak pasti la apa nama kedai asam nie, lupa pulak aku nak amik gambar kat bahagian depan kedai. kedai nie senang je nak jumpa weh ! kalau anda datang ke Jusco Aeon Ayer Keroh Melaka mesti anda dapat jumpa kedai nie di tingkat aras paling bawah dan terletak di barisan kedai-kedai kecik, yang aku ingat berdekatan dengan kedai Giordano. huuuuu itu je yang aku dapat ingat, memang sadis ! tapi yang pastinya, kedai nie terletak di sudut penjuru Jusco. ala, tak susah la nak cari ! tanya je abang-abang kakak-kakak guard kat situ. hehe.


sebenarnya ada satu bahagian dalam kedai tu berjaya tarik perhatian aku iaitu, bahagian asam dan gula-gula di bahagian depan kedai. memang terbaik ! anda masuk je kedai tu terus nampak , sampai rambang mata aku jadinya. asam dan gula-gula dihimpunkan dalam bekas yang besar dan menggunung pulak tu ! sumpah bila tengok je boleh jadi orang yang paling tamak nak sodok makan semua asam tu. ya, tamak selalu rugi, kan ?


rate harga kat sini tak ada terlalu mahal dan tak ada lah terlalu murah. kiranya macam berpatutan la jugak. maklum lah, kedai dalam jusco dah tentunya cukai sewa tinggi so pelanggan pun kena bayar tinggi, betul tak ? tapi jangan risau, anda boleh tersenyum bangga dengan begitu lebarnya kalau beli asam kat situ. berbaloi-baloi sedap ! kenapa aku kata sedap ? buktinya, aku dah rasa makan majoriti asam dan gula-gula kat situ. memang sedap okay.



ini lah bahagian asam dan gula-gula yang menguji keimanan aku ! hahaha.


service pun okay, tak ada masalah. kebersihan dan kekemasan kedai sangat terjaga. cara dia bungkus peket-peket pun okay, no problem at all ! hari tu, aku beli jugak sepeket dua buat makan suka-suka kat maktab. dan yang paling best tapi kejam, aku dan kawan aku pusing satu kedai tu dan rasa semua jenis asam yang ada kat situ. gila, kan ? tapi tak ada la kami bedal banyak-banyak. amik cubit sikit-sikit buat rasa sudah laaaa. asam yang tak halal dan berbentuk pelik tu, tak ada la kami nak bedal jugak, gila ke apa. fuuuuu ~


by the way, perlakuan yang agak tak senonoh bila berada di kedai asam macam tu ye. sapa kat sini berani ngaku dia pernah buat perangai macam aku dan kawan aku pernah buat ? haaaa..ngaku cepat ! hahahaha.

Comments
4 Responses to “tempat lepas gian si mentekedarah asam !”
  1. Sedapnya tengok asam ni! Wuhhuuhuuu. Dekat shah alam ni tak jumpa lagi kedai yang betul2 jual asam gini :(

  2. tengok saje dah sedap, apatah lagi bila dah rasa. memang sedap ! cuba tengok2 kat jusco mana la kot ada jugak kedai asam macam nie. teeheeee ;)

  3. Anonymous says:

    buat meleleh air liur aku jer ko ni!!!betul ni air liur kecur ni...yummy

  4. hehe apa lagi, rembat la asam banyak2 ! :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted