-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Review : Hentian Puduraya yang baru !








hola guys ! maafkan gua sebab lewat update blog. gua busy dengan kerja-kerja perbentangan untuk amali dan kuliah gua nie ha. tapi tak apa, gua curi masa jugak untuk update blog. gua mintak maaf kalau anda terasa annoying dengan masalah kelewatan-menghupdate-blog gua nie okay.

seperti yang dijanjikan, hari tu gua ada cakap nak kongsi review pasal Hentian Puduraya tu kan ? kalau anda nak tau entri sebelum nie, Hentian Puduraya Dah Baru Woi !. sebenarnya, gua nak mintak maaf awal-awal sebab review gua kali nie tak berapa nak best atas sebab kekangan masa yang gua hadapi hari Ahad tu. jadi, gua kongsi seberapa review yang boleh je dan yang paling sedihnya, gua langsung tak sempat ambil apa-apa gambar pun.  *gelak sambil blushing*

gua sampai pada jam 12.30 tengahari. masa mula-mula gua sampai, for the first time gua dapat merasakan yang hentian puduraya dah tak pernah sesak. heaven ! perjalanan nak masuk ke kawasan puduraya tu pun clear dan tak tersekat-sekat. bagus lah jugak sebab polis bantuan sangat menjaga kawalan trafik kat situ.

masuk je dalam puduraya, gua terhenti seketika. oh my god, gua terkesima sebentar dengan perubahan puduraya yang cukup mendadak dalam tu. segala-galanya berubah, kecuali struktur tempat setiap platform, kiosk-kiosk jualan dan banyak lagi. pening tu memang pening sikit, sebab automatik gua kena jadi sangat alert dengan semua signboard kat situ. ceit !

segala gambar yang gua paparkan dalam entri INI memang benar belaka. jubin yang sungguh bersih, licin dan berkilat. pergh, tabik spring lah dengan sistem kebersihan dia. tong sampah pun banyak disediakan. tempat duduk yang cukup selesa dan luas. pintu setiap platform pun lebih besar dan ekslusif. 

gua nak beli tiket untuk menghala ke Melaka. mula-mula, jenuh jugak gua nak memusing cari kaunter tiket sebab kaunter tiket dah dipisahkan ke satu tempat yang lain. anda kena naik tangga tingkat 1, pusing sana sini sikit, masuk pintu sana sini sikit then here we are ! anda kena peka dengan signboard kat situ. kalau tak peka, memang tak jumpa weh.

at first sight, gua masuk ke kawasan kaunter tiket, gua hanya mampu cakap PERGH ! memang selesa, aircond yang super cool, kawasan yang luas (siap ada karpet tau), ada kaunter pertanyaan yang besar, tempat duduk yang selesa dan yang paling penting, susunan kaunter tiket yang sangat sistematik. dah tak ada lagi ulat tiket ! dan suasana membeli kat situ pun tenang aman je. dah tak ada orang yang akan tanya dan paksa anda beli tiket diorang. tak tahu lah kalau lepas-lepas nie wujud balik ulat tiket nie, tapi yang gua pergi hari tu memang aman gilaaaaaa. oh ya, kawalan polis kat situ pun ketat jugak.

disebabkan tiket ke arah selatan hanya ada di Terminal Bersepadu Selatan, jadi nak tak nak gua terpaksa bergerak ke Bandar Tasik Selatan untuk mengejar masa di sana pulak. gua tak sempat nak jenguk-jenguk hentian puduraya dengan lebih lama. tempat makan, solat dan banyak lagi, semuanya gua tak sempat nak tengok. tapi gua yakin dan gerenti, semuanya kat situ sungguh selesa. cuma pening-pening sikit lah nak cari arah kat situ. so gua pesan awal-awal, please be alert with all signboards !


secara kesimpulannya, apa yang gua boleh rumuskan :


1) pintu masuk yang banyak dan tidak berubah. so anda jangan risau kalau dah pening-pening lalat nak cari pintu masuk kat situ.

2) jubin dan lantai yang licin berkilat. sungguh bersih dan tak ada lagi bau busuk macam dulu.

3) pintu setiap platform pun tidak berubah. so jangan risau kalau anda terkeliru.

4) tempat duduk yang banyak tapi boleh lah dikatakan terhad sekiranya tiba waktu cuti perayaan.

5) kiosk-kiosk makanan yang ekslusif dikumpulkan di satu tempat yang berbeza. oh btw, harga item yang dijual quite mahal kot. kehkehkeh !

6) kaunter tiket kena naik tangga dan pusing sana sini sikit. sangat selesa dan perkhidmatan yang terbaik.

7) kawalan polis yang agak ketat dari segala aspek.

8) ada eskalator yang menuju ke tempat makanan. yelah kot, sebab gua tak sempat nak naik ke tingkat lagi satu. kalau gua silap, bagitau sama gua okay.

9) tiket yang dijual hanya menuju ke arah utara. rasanya lah, sebab arah ke selatan semuanya diorang campak ke TBS. jadi, yang nak balik ke arah selatan, nak tak nak kena bergerak ke TBS.

10) jalan nak menuju ke Stesen Rapid KL Plaza Rakyat masih tak berubah dan sama, so, tak ada masalah untuk orang yang nak naik perkhidmatan LRT.


itu je lah review yang gua mampu kongsikan. tak banyak kan ? gua kecewa sebab gua tak sempat nak meneroka tempat tu sampai gua puas hati tapi apa boleh buat kan, keadaan dan masa yang tidak mengizinkan. gua bagi 4 bintang untuk perubahan hentian puduraya yang baru nie. berbaloi dan selesa lah untuk semua orang.

walau macam mana pun, kecanggihan dan keselesaan hentian puduraya tak boleh nak kalahkan terminal bersepadu selatan la. terminal bersepadu selatan lebih kaw kaw hebat berbanding puduraya. TBS dah sebijik macam airport, semua benda ada kat situ. jadi, gua lebih seronok melepak kat TBS daripada melepak kat puduraya. kahkahkah !

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted