-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

makcik kurus jual laksa yang scary habis.


petang tadi aku pergi merayap ke pasar malam kegemaran aku bila setiap kali aku pulang bercuti ke kampung. paling best kat pasar malam nie ialah laksa dia. aku tak pernah lupa nak makan laksa dia. sumpah memang sedap kaw kaw ! nak tau sejauh mana kesedapannya, anda boleh cuba bukak link Memburu Laksa Penang nie. kalau tengok je tak cukup, kena rasa dulu lepas tu baru tahu nikmatnya besar mana. keh keh keh

tapi petang nie mood aku spoiled habis. selalunya aku akan pergi pasar malam nie dalam suasana yang ceria, aman damai dan muka penuh kesucian sambil menikmati hidangan laksa. tapi petang nie sangat menyeksakan jiwa dan hati aku. semuanya angkara makcik kurus mulut mintak kena jahit tu ! geram gilaaaaaa nie, kamu tahu ?

al kisahnya, petang tadi aku nak beli laksa macam biasa. tapi kali nie beli banyak sikit sebab saudara mara nak makan sekali. semua orang pun tahu hari nie hari orang cina sedang bersuka ria kan, so pasar malam memang sendat mendat gila. jangan kau cakap kat gerai-gerai tua yang jual laksa tu tak sendat. tin sardin pun tak tersendat macam tu lah noi !

okay tak apa, aku cool je tapi dalam hati mengutuk-gutuk perangai manusia yang tak menyabor kat gerai-gerai tu. banyak kali aku tengok jam kat tangan. makin lama hari makin gelap, mood aku mula lah dah nak spoiled. kalau nak diukur muncung mulut aku waktu tu, memang tak cukup pembaris berharga 50 sen. orang yang sedang menghirup kuah laksa kat situ pun takut takut nak tengok muncung mulut aku waktu tu. 

bila keadaan sardin gerai dah tak sendat, aku pun meloloskan diri untuk menempah makanan yang nak dibeli. aku ialah orang yang cepat rimas bila berada dalam situasi bersesak macam tu. selalunya aku lebih suka mengambil sikap mengalah bila pakcik makcik adik abang kakak semuanya tolak-menolak nak beli laksa kat situ. lantak lah laksa dah nak habis pun, aku rela tak berhimpit macam tu asalkan aku tak tercium ketiak atau tengkuk orang lain dalam kesesakan tu.


"cik, saya nak order laksa 6 bungkus, pecal 2 bungkus dan bihun sup 2 bungkus ye"


makcik, gua nie bukan samseng. bapak samseng ke anak samseng ke..pun bukan. gua nie orang biasa je. gua pernah bersekolah, tak ada lah gua tak jejak kaki langsung ke sekolah. kat sekolah, gua diajar agar sentiasa jaga adab dan percakapan dengan orang yang jauh lagi tua. kat rumah pun mak bapak gua selalu ingatkan gua jadi sopan dan berbudi bicara dengan orang tua. gua tak pernah cakap kasar dengan orang tua. gua hormat orang tua sehabis hormat yang gua boleh. gua tanya makcik elok elok bersopan, nada pun rendah tapi jelas. tapi apa salah gua makcik cakap gua sampai macam tu sekali ?


"eh makcik dah tak boleh nak ambil bungkus bungkus nie ! kau ingat makcik nie banyak tangan ke ?! kau tengok depan makcik nie berapa ramai orang ?! buta ke ? tak boleh, tak boleh. makcik tak boleh ambil. kalau kau nak makan sini boleh !"


aduh pedih perit je hati lepas dengar makcik kurus tu cakap macam tu kat aku. cakap pulak bernada tinggi dan kuat gila dari awal sampai akhir ayat. waktu dia bercakap macam tu, mata dia sumpah tak pandang aku langsung pun. tangan dia sibuk bungkus makanan sana sini. apa masalah dia dowh ? apa salah aku dowh ? aku cakap elokkkkkkkkkkkkk bersantun je. nak kata aku tak senyum waktu tu, memang sah lah menipu. 

aku nie jenis yang hormat orang berniaga. lantak dia lah nak berniaga apa pun aku tak kisah. tapi aku tak pernah maki orang yang berniaga. kalau aku masuk ke sesuatu kedai nak membeli sesuatu, walau dengan apa cara sekali pun, aku akan bermanis muka dengan tuan punya kedai. mana-mana kedai yang aku masuk, sebelum keluar dan selesai membayar aku wajib senyum dan ucapkan terima kasih dengan nada yang sopan kepada tuan punya kedai. tak caya cuba tanya cik Aim kat Facebook dia. tapi makcik kurus nie memang buat mood aku 100% spoiled dalam tempoh had kelajuan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

aku tengok gerai dia gerai biasa je. gerai kampung yang dah nak roboh, gitu lah. dia niaga pun sekadar makanan kampung macam laksa, bihun sup, pecal..gitu lah. aku niat beli kat dia aku nak membantu perniagaan dia. tapi lain pulak ceritanya. orang berniaga kalau dapat pelanggan, kena layan dengan elok walaupun tak suka. bukan maki pelanggan depan orang ramai. kena pulak kalau pelanggan tu tak buat salah apa pun. cakap macam nak hambur aku, mana aku tak hilang sabar. anak dia yang tolong basuh pinggan waktu tu pun mencebik pandang mak dia apasal kurang ajar sangat dengan pelanggan. nasib baik anak dia pandai ambil hati aku dengan melemparkan senyuman tanda meminta maaf bagi pihak mak dia. tak apa dik, gua maafkan mak kau.

tapi aku memang jahat lah lepas dengar dia cakap macam tu. simple je respon aku lepas makcik kurus tu hambur aku. nak tau aku buat apa ? aku diam. pandang tenung makcik tu lama-lama walaupun dia tak pandang aku lepas tu aku sumbingkan senyuman aku sesumbing-sumbingnya ! aku pasti orang lain yang berada kat situ mesti perasan aku buat muka toya macam tu. lepas tu aku blahh terus dari situ dan pergi ke gerai yang lain. maap lah ye ! heheh

kejadian tak habis lagi. dari jauh, aku perhatikan je gaya makcik kurus tu berniaga. ish, mulut dia memang hambur betul lah. maki anak dia salah ambil order depan-depan pelanggan yang sedang makan. tersedak-sedak pakcik yang sedang menghirup kuah laksa lepas makcik kurus tu tengking anak dia depan orang ramai. kalau tengking tak ada bunyi suara tu tak apa lah jugak, nie dengan suara sekali nak pasang volume kuat. tak hairan lah makin lama makin kurang pelanggan yang nak singgah membeli kat gerai makcik tu. fulamak, sumpah aku takkan pergi gerai tu lagi lepas nie !

gerai yang aku beli nie walaupun buat kerja lambat tapi sangat berbudi bahasa. makcik jugak yang menjual tu (lagi tua daripada yang gerai si makcik kurus) tapi pandai ambil hati pelanggan dengan penggunaan bahasa melayu yang berhemah. komunikasi dia dengan anak-anak dia pun baik lembut je walaupun suasana kelam kabut melayan pelanggan yang ramai. sedap je telinga aku mendengar. tunggu lama pun tak apa weh. kepada makcik tua gerai yang aku beli tadi, gua doakan makcik akan sentiasa dirahmati Allah swt sampai bila-bila. gua salute sama itu makcik lah. kepada makcik kurus, gua tak tahu nak doa apa untuk makcik tapi harap bisnes makcik lagi bertambah mantop lah hendaknya. adios !



tiba-tiba otak teringat pulak makcik tua scary dalam movie 'Drag Me To Hell'. sumpah tiba-tiba je terbayang, tak terniat di hati nak kutuk makcik kurus tu macam makcik scary nie ! ampunnnnnnnnn


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted