-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

KL- Melaka Yang Haruuuuuu.


semalam gua balik ke Melaka, tanah tempat tumpahnya gua belajar jadi cikgu selama 5 tahun setengah. mood gua tak seberapa elok semalam sebab gua penat dan memang gua tak nak balik Melaka pun. gua tak puas lagi duduk menternak lemak kat rumah, manja manja dengan abah mummy, tido dan makan sampai lebam. gua memang tak puas hati kamu tahu ?

tapi sebab gua ada kesedaran diri dan jati diri yang tak seberapa nak tinggi nie, gua kuatkan semangat dan jiwa gua untuk pulang ke Melaka. gua sedih bila mummy pandang gua macam nak makan tak nak lepaskan gua. tapi apa gua boleh buat ? gua kena pergi....sebab dah gua memang kena pergi. damn !

tiket dari rumah gua ke Kuala Lumpur mummy yang belikan. tiket gua pukul 1 petang. gua anggarkan gua akan sampai Melaka dalam pukul 6 petang. tapi jadi diri gua memang tak sah kalau tak jadi pelupa terhomat. gua lupa minggu nie budak kampus, pakcik-pakcik, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, indon-indon ?...ramai yang cuti sempena tahun baru cina. maknanya segala mak nenek highway kat Malaysia nie pasti sendat macam tin sardin.

abah dan mummy berniat suci untuk temankan gua lebih lama kat stesen bas. tapi abah tak berapa sihat, jadi gua mengalah mintak abah dan mummy balik lebih awal ke rumah. gua kesian tengok abah macam nak tido je. kehkehkehkeh ! tak apa, gua faham. dah lepas adegan cium mencium di khalayak ramai (oit pikir apa, tu antara gua dengan mummy), gua pun ditinggalkan dan duduk bersebelahan dengan atuk cina tua yang tak habis habis batuk ke arah gua. hormat punya pasal, gua senyum je kat atuk cina tu. senyuman gua tak pernah TAK ikhlas tau, tak baik tuduh gua budak jahat ohhhh.

akhirnya setelah gua menunggu sampai dah bernanah bontot gua (wehhh tak payah lah percaya bab bontot gua bernanah tu), bas pukul 1 tu pun sampai. gua dengan bermuka riang terus pergi ke arah bas tu sampai tergedik gedik bawak beg roda. dah lah gua penat menunggu, mood gua spoiled terus lepas pakcik tamil drebar bas tu kerek dengan gua. gua tanya "uncle, nie bas pukul 1 ke ?" kat pakcik tamil tu tapi dia boleh cakap kat gua "yalah, pukul 1 lah apa lagi mau !". sumpah macam celaka, dah lah hari Jumaat tu gua kena tengking dengan makcik kurus dalam entri makcik kurus jual laksa yang scary habis. kenapa kalau gua balik kampung gua sendiri, gua selalu kena benda siot ha ?

sepanjang perjalanan dari tempat gua ke KL tak ada masalah sangat. gua rasa cukup selesa sebab gua tido memang tak hingat. lantak lah budak alim pakai tudung labuh kat sebelah gua tu nak cakap apa, yang penting gua memang penat dan gua nak tido dengan cara gua yang tersendiri. kehkehkehkeh ! sampai je di Hentian Duta, gua cepat cepat masuk bas Rapid KL. gua naik je, semua tempat duduk penuh. nak tak nak, gua terpaksa berdiri angkat ketiak wangi gua untuk pegang tali getah kat atas kepala gua tu. belakang tempat gua berdiri ada makcik indon duduk. ah, gua peduli apa. kau nak tercium bontot gua pun gua tak kisah sebab gua pakai baju dua lapis, belum kira dengan seluar jeans gua lagi. kehkehkehkeh !

bas Rapid KL memang laju macam haram. gua tau lah nama pun dah 'RAPID' ye tak. sebelum bas tu nak sampai ke perhentian stesen LRT Masjid Jamek, banyak betol liku yang dilalui. sekejap belok maut ke kanan, sekejap belok maut ke kiri, sekejap berhenti mengejut macam orang gila. masa bas tu membelok maut kiri dan kanan, selama tu lah bontot gua ikut sama membelok. begitu jugak dengan semua penumpang termasuklah makcik indon yang duduk belakang bontot gua. haha gua peduli apa, gua tau lu sanggup ikut bontot gua kemana saja arah bontot gua pergi kan ? kahkahkahkah ! sekejap sekejap gua cuba jeling tengok muka makcik indon. pergh, sumpah masam gila muka dia. heheh

tak lama lepas tu gua sampai ke terminal bas di Bukit Jalil. gua terus berjalan selaju yang gua mampu untuk masuk beli tiket ke Melaka. gua beli tiket on the spot sebab gua memang suka macam tu. kalau tak gua mesti selalu terlepas bas. maklum lah, public transports kat KL nie bukan boleh percaya sangat. gua masuk tanya banyak kaunter, semua tiket Melaka yang awal awal dah sold out. peluh di muka mula memercik hingga tempias kearah akak yang jaga kaunter tu. semua bas yang gua suka dah kehabisan tiket, gua hilang arah. 

walaupun gua hilang arah, tapi gua tetap rajin untuk cuba cari tiket yang masih ada. ada satu kaunter tu gua lupa lah apa nama kaunter tu. gua tanya dia tiket Melaka yang sekarang ada lagi ke tak kemudian dia cakap kat gua ada. muka gua dah berseri-seri. gua siap dah bukak dompet gua lagi sebab nak keluarkan duit. tapi tiba-tiba akak tu cakap harga tiket ke Melaka sekarang ialah RM35.20. macam celaka mahal nak mampos !!!! gua pasti semua student kampus kat Melaka tau yang harga tiket dari KL ke Melaka memang takkan lebih daripada RM 12.20. gua cakap terima kasih dan terus blah dari situ. lu ingat lu boleh tipu gua lah ? akhirnya, gua dapat jugak tiket bas M**** untuk yang ke Melaka pada jam 5 petang. M**** pun M**** lahhhh janji gua dapat balik Melaka secepat mungkin sebelum malam.

kat dalam tiket gua tulis pukul 5 petang tapi gua tunggu sampai dah nak pukul 6 petang baru nampak kepala bas tu. tak apa, gua faham jalan sesak sebab raya cina tapi sampai dah nak pukul 6 tu sapa tak hangin noi ! waktu tu hujan lebat nak mampos kat KL. gua beristighfar dalam hati semoga perjalanan gua ke Melaka sentiasa dilindungi oleh Allah swt. 

bila gua nak naik bas tu, hati gua terasa jengkel gila. tau tak kenapa gua rasa jengkel ? sebab boleh dikatakan hampir 90% penumpang dalam bas gua tu pendatang asing. macam celaka, ada 4 orang je orang Melayu DAN orang Malaysia dalam bas gua tu. gua adalah salah sorangnya. yang paling gua tak tahan tu, ada 2 orang je perempuan dalam bas gua, termasuk lah gua. sumpah macam siot je gua rasa. gua rasa macam nak tukar bas je tapi gua tau gua dah tak ada pilihan lain.

waktu tu hujan lebat, aircond pulak tak seberapa nak kuat, pendatang asing yang rata-ratanya mat indon mat bangla menguasai bas, macam lah gua tak paham tahap kebusukan bau yang akan naik kannnnn. oh sumpah busuk gila bau bas ! bas tu tak ada lah busuk, tapi sebab ramai sangat pendatang asing, bau dia jadi lain macam. tapi gua nie baik. busuk mana pun bau yang naik, gua tetap tersenyum dan gua buat-buat tido. tapi masa gua tido, mulut gua bukak sikit sebab gua nak bernafas. gua tak sanggup nak bernafas guna hidung untuk waktu-waktu darurat macam tu !

tak cukup dengan darurat bau yang naik, tido gua selalu terganggu dengan bunyi bising handphone mat bangla belakang tempat duduk gua. dah lah ringtone tak nak kalah, suara pulak macam halilintar. bila mimpi indah gua baru nak bermula, gua mesti tersentak masa gua tido. macam cibai. gua tau lah handphone gua lagi murah dari handphone mat bangla tu. gua tak kisah kalau handphone kau tak nak dalam silent mode pun. tapi gua paling kisah kalau volume tu nak habis banyak ! kalau lagu nasyid ke lagu maher zain ke, gua layan jugak. tapi nie guna lagu hindustan tahun retro bila entah, sapa tak hangin noi. ikut hati gua, mau je gua campak kat muka mat bangla tu dengan beg laptop gua. tak pun kasut sneaker yang gua pakai waktu tu.

sumpah gua tak sabar nak sampai Melaka dan menghirup udara segar di luar bas sebab gua terseksa gila bila duduk dalam bas yang gua rasa gua berada di indon, tak pun bangladesh. bila bas berhenti di perhentian domestik di Melaka Sentral, cepat-cepat gua lari dan melompat keluar daripada perut bas dan waktu tu hanya Allah swt je tahu betapa bahagianya diri gua dapat bernafas dengan udara yang normal seperti biasa. dan damn gilaaaaaaaaa sebab jarum jam di tangan gua dah pun menunjukkan pukul 8.00 malam. apa-apa pun, Allhamdulillah !



terima kasih daun keladi gua ucapkan.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted