-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

cecair misteri di hidung.


agaknya suhu persekitaran yang tidak stabil atau temperature shock membuatkan diri aku sentiasa terbersin dengan kuatnya sekarang nie. ye, cecair misteri sudah menyerang ! kalau boleh, dengan tahi hidung sekali nak tersembur keluar. opss ! kebersihan hidung aku dijaga dengan rapi, tidak seperti keyboard aku di entry seharian stress sebab huruf W. oh tidak, aku mengaku aku malas bersihkan hidung keyboard laptop aku sebelum nie. sob sob sob

hari nie aku telah dilanda demam selsema yang teruk. siang tadi tak ada lah hidung nie meragam sangat, tapi bila malam menjelma je, mula lah berlakunya peristiwa kehabisan tisu di dalam kotak tisu depan aku nie. nak bawak pergi bilik member sebelah pun kena bawak tisu. oh seksanya. dah macam orang tua pun ada weh. pantang kena suhu sejuk sikit, mula lah hidung nak berair. orang tua pun tak teruk macam aku.

katanya esok AJL siaran langsung. disebabkan aku berada di Melaka, tak dapat lah aku nak tengok benda alah tu. kalau bab bab mengenai penyanyi nie aku layan jugak lah, sebab aku suka tengok orang yang mempunyai suara suara merdu melontarkan kehebatan suara masing-masing. tapi kalau bab pelakon tu, aku kurang minat tapi aku layan okay je. heheh iyelah, nak tunggu aku buat performance macam Siti NurHaliza tu memang sampai aku mati pun tak akan berlaku. jadi, aku lebih suka menikmati keindahan anugerah Allah swt yang ada pada orang lain tapi tak ada pada aku. suka suka !!

namun disebabkan kestressan dan ketensionan tak dapat tengok AJL nie, akhirnya aku mula membawa diri ke meja belajar dan bekerja secara rasmi sebagai pengguna Celcom Broadband aku yang bongek nie. macam shitto, line broadband dah berani mintak penyepak daripada aku sejak akhir-akhir nie. roomate aku nak study pun terganggu sebab aku asyik bersin je. sorry la babe, mesti kau tak selesa kan bila dengar aku sedang membuang hingus di tisu Kleenex nie ? aku nak buat macam mana lagi kan. nasib engkau le. he he he he *sambil membuang lagi hingus di tisu*


kalau tengok sekali imbas, macam ada gaya seorang hacker terjahat negara yang cemerlang. tapi bila zoom in kat bahagian hidung aku, 'oh my gosh merahnya hidung kau mak ngah !" kesian, selsema rupanya.


pil hasil sumbangan roomate aku. sebelah lagi yang dah kosong tu sudah berjaya di telan oleh aku tadi dengan air sepenuh cawan mug. ye, aku mengaku aku lemah bab menelan pil sebesar mak raksasa.










Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted