-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

seharian stress sebab huruf W.


hampir seharian aku stress bila keyboard huruf W aku buat hal semalam. ini kes berat nie ! sedang syok menghupdate blog, tiba tiba huruf W kat keyboard aku nie buat hal negara. kali pertama, aku tekan biasa biasa je tapi huruf W masih tak naik di skrin laptop. okay fineeeee aku okay lagi, sejuk hati lagi. kali kedua, aku tekan kuat sikit tapi huruf W tu masih tak naik di skrin laptop. okay fineeeeeeeeeeeee aku sabar lagi tapi bibir dah mula mencebik sikit. kali ketiga aku tenyeh tenyeh pusing pusing keyboard huruf W tu sampai berkerut dahi dan memercik peluh di badan aku, dan akhirnya !..naik pun huruf bermasalah tu di skrin laptop. what the heck. -.-'



otak aku mula mengembang kepanasan. kaki tangan aku mula ketuk sana ketuk sini. tulang sumsum aku mula bergetar. punggung aku mula lah tak senang duduk bila memikirkan apa kena dengan laptop aku nie..argh !! daripada merasai detik ketenangan jiwa semasa menulis blog, tiba tiba hidup dah tak tenang hanya disebabkan huruf W ! nak tulis perkataan 'walau pun' tak boleh. nak tulis 'whatever' pun tak boleh. eh kau nak kena belasah sungguh sungguh dengan aku ye laptop ??



untuk kali pertama dalam hidup aku, aku menggelabah tulis status di laman Facebook aku semata-mata nak tanya kawan-kawan yang berpengetahuan dalam bidang nie. yelah aku nie tak pandai. reti nak merosakkan keyboard je kan kan. terima kasih kepada saudara saudari yang baik hati memberikan pendapat di Facebook semalam hanya disebabkan masalah tak dapat menekan keyboard huruf W ! kesian anda kan, aku mintak maaf sebab ganggu ketenangan anda yang sedang sibuk berfacebook waktu tu. heheh



setelah berjaya dipaksa dan diyakinkan oleh roomate (aku degil sebab sayang laptop konon laaaa) untuk cuba membuat sesi cungkil mencungkil keyboard huruf W tu, akhirnya aku menjumpai punca yang menjadi masalah negara nie ! itu lah, tunggu roomate dah berbelit-belit lidah cakap ada habuk bawah keyboard huruf W tu, baru tergedik gedik aku nak buat sesi cungkil mencungkil.


ini lah benda benda yang telah dikenalpasti menginap di keyboard huruf W aku nie ha. setelah dibuat sesi 'pemulihan', anda boleh lah lihat betapa bahagianya mereka duduk di laptop aku selama nie. oooh kau ingat nie hotel percuma ke ape. bak sini duit, tak main lah free free nie derrrr..


keyboard sebelum proses cungkil mencungkil dilaksanakan. pergh, betapa berhabuknya. nak kata aku tak pernah bersihkan, aku selalu jugak bersihkan (ini tipu) tapi tak sangka bila di lihat dari sudut nie, terlopong sekejap mulut aku.


cleaning kit aku murah murah je beb. kata beli kat PC Fair ye tak ? warna pun pakat nak putih biru je. tapi ini lah senjata yang berharga untuk proses cungkil mencungkil tu. kerja tambahan : bersihkan skrin laptop dengan bersungguh-sungguh.

proses cungkil mencungkil sedang dilaksanakan. sila jangan tertipu dengan daya ketenyehan berus cleaning kit tu ye. tu kuat tuuuuu~ *cover line kononnya rajin*


pergh, daripada putih bersih suci muci terus jadi hitam dalam jangka masa satu hari je ? WTF. tapi hasilnya amat mengkagumkan untuk orang yang malas membersihkan laptop seperti aku.




in conclusion, pesanan kepada semua orang yang ada laptop. jaga lah kebersihan laptop kita ye. walaupun laptop tu dah berkulapok sebab dah lama berjasa dengan kita, jangan lah kita buat dia merajuk sampai satu masa nak tekan keyboard pun dah tak boleh. jangan jadi macam aku weh. nak tunggu peluh memercik sebab tekan keyboard tak lepas lepas, baru lah nak keluarkan cleaning kit. kalau tidak jangan harap aku nak sentuh cleaning kit kat atas rak tu. mentang-mentang lah cleaning kit aku tu brand murah. sekali laptop merajuk, dah menggelabah pusing sana pusing sini duduk sana duduk sini sebab nak buat kerja tak boleh dan seterusnya tergendala. lepas nie, aku akan buat sesi cungkil mencungkil nie bila sudah sampai waktunya, hmmm ! *HHTA je nie*

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted