-

DROPPY BOX
THE BLOGGERS

- Asyiqin Ridzwan
- ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
My Maternity Life
MY WEDDING LIST
MY ENGAGEMENT LIST
My TIPS
- Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya
- Tips kekal sihat dan kawal diet dengan pisang
- Tips bibir dan badan segar
- Tips nak pergi temuduga
- Tips cerahkan kulit muka yang mudah
- Tips shawl yang mudah
- Tips celebrate birthday kekasih
- Tips hilangkan jerawat muka
- Tips kenali maxi dresses yang gorgeous
- Tips merahkan bibir
- Tips laptop tak dicuri
- Tips pujuk awek merajuk
MAKE OVER
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan 'happy birthday to you' kat dia. aku suka tengok orang gembira di hari jadinya. aku tahu kalau dia senyum sokmo, maknanya dia tahu diri dihargai sebab ramai yang prihatin dengan tarikh hari jadinya. kalau kita hargai orang, maka orang pun akan hargai kita. notice that yaw !
kalau hari jadi orang terpenting dalam hidup kita, what is the best thing we can do huh ? ada yang tahu nak buat itu ini, so dia laju je macam lipas kudung pergi buat persediaan. ada jugak yang blurring tak tahu nak rancang apa-apa yang boleh meng'surprise'kan, so dia demam seminggu sebab mengalami penyakit tak boleh tido sebab over thinking. LOL
aku ada beberapa idea yang boleh dikongsi kepada sesiapa yang blurring 5 hari 5 malam dok memikirkan benda alah nie. mungkin bagi anda idea aku tak boleh masuk akal, tapi sapa boleh jangka ye tak ?
1) buat kejutan video yang sweet-sweet gitu.
never mind kalau anda buat video simple dimple setakat guna software biasa. apa yang dinilai sebenarnya ialah usaha anda dan betapa dalamnya anda menghargai dia. anda boleh buat video tentang segala kenangan manis dan pahit yang pernah berlaku antara anda dan dia. contohnya, dulu anda selalu tumpahkan air kat kasut dia. anda boleh je buat lakonan semula ataupun lukisan berbentuk kartun. at the end of video, anda wajib selitkan ayat 'Happy Birthday' kat dia. pemilihan background song juga penting, so pastikan anda pandai pilih lagu yang sweet macam Keith Urban - Only You Can Love Me This Way ataupun lagu macam Jason Mraz - Love Love Love nie pun dah cukup best. lepas dah settle, burn into a CD ROM then post it sebelum tarikh hari jadi dia. simple kan ?
2) makan dibawah cahaya bulan.
seminggu sebelum tarikh hari jadi dia, and wajib buat muka seposen kat dia. kalau dia nak apa-apa, jangan layan. buat tak tahu je kalau dia menangis bla bla bla. tahan lah sikit hati dan perasaan anda, aku faham anda sayang dia tapi apa salahnya ajar dia untuk be independent for sometimes. kemudian bila dah tiba hari jadi dia, aku suggest cari lah tempat-tempat yang common. contohnya, tepi tasik rekreasi, tempat permainan kanak-kanak, dataran merdeka dan banyak lagi. anda boleh masak sendiri atau beli makanan kat restoren then hidang di atas tikar. ala, kononnya macam nak berkelah lah. pasang lilin sebatang di tengah-tengah antara anda dan dia. bila dah siap, boleh lah jemput kat depan rumah dia dan bawak dia ke situ. lebih kreatif kalau anda bawak gitar dan nyanyikan lagu untuk dia waktu makan. gua jamin dia dah tak merajuk lagi !
3) provokasi hadiah.
pastikan anda buat cara ini bila hari jadi dia dah berlalu dalam sehari dua. macam biasa, sebelum tu buat lah muka seposen kat depan dia. satu masa, anda try konon-kononnya nak mintak pertolongan dia hantar anda ke klinik. cakap lah lebat sikit, konon anda migrain ke muntah-muntah ke. bila dia dah setuju nak hantar anda ke klinik, pastikan anda dah sediakan sesuatu kat dalam beg anda. beli kek mini or muffin bersaiz besar gabak then decorate benda alah tu dengan icing tulisan yang comel-comel macam 'I Love You More Than You Do' atau 'My Heart Belongs To You, Happy Birthday Love' atau bla bla bla bla. bagi kejutan tu kat dia bila anda rasa dah tiba masa yang sesuai.
4) kad bajet atau kotak muzik.
bagi yang nak bajet, buat simple sudah lah kan ? beli je kad hari jadi yang berlambak kat kedai gift tu then post it ke alamat yang boleh dipercayai. nak beli kad hari jadi tu pun agak-agak lah nak bajet sangat kan. beli je yang ada soft music, ada ayat-ayat romantika dan ada gambar-gambar yang mungkin boleh buat dia non-stop tersenyum. kalau nak lebih advance, beli je music box yang comel-comel. yeah, kedengaran macam budak-budak kan ? okay apa, sekurang-kurangnya boleh mengimbau zaman muda-mudi dulu.
5) half holiday.
yang nie benda common lah, sure semua orang boleh buat kecuali apabila sifat malas dan kedekut telah menguasai diri. apa salahnya kita celebrate birthday dia dengan cara bersantai-santaian. tak perlu rasanya kalau hari jadi dia je mesti nak bawak makan-makan skema atau tengok wayang. cuba bawak dia pergi pantai. berjalan-jalan makan angin pantai then hadiahkan dia something sweet. lantak lah muka nak sunburn hitam mana sekalipun, janji dapat buat dia gembira dan menghargai usaha anda, then it's enough.
6) penggunaan internet.
bagi yang bercinta jarak jauh, tak ada masalah kalau nak raikan hari jadi dia macam biasa. tapi tak best macam orang yang bercinta jarak dekat lah kan. so, penggunaan internet sangat penting ye. cuba luangkan masa untuk ber'skype' atau ber'yahoo messenger' dengan dia. sebelum anda mula nak ber'webcam' dengan dia, anda boleh lah buat kelainan sikit, make surprise ! contohnya, pakai baju ala-ala clown, beli kek comel yang ada lilin, pakai topi hari jadi dan macam-macam lagi. bila dah mula ber'webcam', nyanyikan lagu 'Happy Birthday' kat dia walaupun tak kisah lah suara anda sedap ke tak, kemudian tiup lilin kek depan dia secara maya. makan kek tu depan dia, tapi jangan nak show off sangat yang anda lapar okayyyy. aku yakin hati dia mesti tersentuh, silap haribulan dia boleh menitiskan airmata sebab terharu sangat. why not ?
okay, tu je aku boleh bagitahu. kalau ada cadangan lain, boleh kongsi kat sini. bagi aku, kalau kita nak sambut hari jadi seseorang, yang penting niat kena ikhlas. kalau anda nak sambut hari jadi seseorang sebab terpaksa, aku yakin anda tak happy langsung nanti dan anda mesti selalu mengungkit duit belanja yang anda dah guna untuk sambut hari jadi dia. maklum lah, orang tak ikhlas memang macam tu.
aku suka beri perhargaan kat diri aku sendiri dan juga kat orang lain. sebab aku percaya, kalau bukan kita yang gembirakan hati kita, sapa lagi agak-agak yang nak buat macam tu kat kita kan ? sekurang-kurangnya kalau ada orang sambut hari jadi kita, kita tahu ramai yang masih menyayangi diri kita. *tertacing lah pulak dahhh*

ASYIQIN RIDZWAN

" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "
official facebook
Most Wanted
-
okay, harini aku ada tips ! pergh dah lama rasanya aku tak bagi tips kecantikan dan kesihatan nie (bajet cantik sangat ke Asyiqin...
-
aku suka meraikan hari jadi seseorang, tak kisah lah orang tu member aku atau pun tidak. paling kurang pun aku akan ucapkan ' happy birt...
-
semalam gua saje-saje membuang masa baca majalah-majalah lama kat dalam kotak simpanan gua, walaupun tak sedar diri ada lagi 4 exam papers...
-
beberapa hari yang lepas, ada sorang member gua di Facebook bertanya satu soalan. gua rasa soalan tu soalan yang tipikal bagi pasangan berc...
-
Assalamualaikum. Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pe...
-
Assalamualaikum. Okay, mood nak sambung entri siri yang tertunda dulu, iaitu siri label Engagement. kali ini, aku nak berkongsi m...
-
Assalamualaikum. Hai pembaca blog sekalian. entri kali nie nak kongsi tips sikit setelah kian lama jugak tak kongsi tips. dulu a...
-
dari dulu sampai ke hari nie, terdapat satu persoalan yang selalu berterbangan di kepala otak aku. pantang lepak sana lepak sini, mesti ter...
-
satu malam gua tak boleh tido sebab sejenis bunyi pelik yang gua dengar petang kelmarin asyik terngiang-ngiang kat dalam kepala otak. pelik...
-
FUH, SERIOUSLY AKU JELES !! guys, hari ini aku nak cakap pasal bibir. apa yang dimaksudkan bibir ? (hok aloh, gaya macam aku sorang je tau...
24 Comments