-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

Entri Kulapuk : Serba Turquoise 8 Sept 2013






Assalamualaikum.





Alhamdulillah. satu ungkapan yang dapat aku luahkan buat segala nikmat pada hari nie. masih lagi bernafas dengan udara Allah swt. masih lagi dapat berdiri dengan kuat di bumi Allah swt. entri kali nie bersifat ringkas je. dah lama berjanji nak kongsi gambar majlis bertandang (okay benda dah basi. dah nak setahun baru update !).



Majlis bertandang di rumah suamiku simple aje namun tetap meriah dengan kehadiran para tetamu dan sanak saudara. memilih tarikh 8 September 2013 sebagai tarikh yang bakal menjadi kenangan seumur hidup. aku dan suami memilih tema hijau turquoise sebagai warna tema untuk majlis bertandang. sebelum nie ada yang pernah bertanya di inbox FB aku mengenai design baju pengantin untuk majlis bertandang aku nie. rare but pretty, katanya. tak ada lah nak rare sangat pun. baju tu sebenarnya mengambil ilham daripada design dress peplum yang menjadi trend sekarang. yang bestnya, walaupun ia berbentuk peplum tapi masih mengekalkan kesopanan si pengantin terutamanya menutup aurat di bahagian bawah perut sampai lutut. selain daripada menutup aurat, saiz baju pun tak ketat dan material kain yang digunakan pun selesa. antara sebab kenapa aku pilih baju tu daripada nak pakai baju-baju yang berjela dan sarat atas sampai bawah dengan beading. simple saja kan ? anda boleh contact aku kat FB sekiranya berminat nak sewa baju tu di butik berkenaan :D



Walaupun dah hampir setahun berlalu, perasaan terawang-awang dibuai mimpi kat atas pelamin tu masih terasa kekadang. teringat masa zaman anak dara sampai dah bergelar isteri orang. semuanya berubah dan tak sama, especially dah tak boleh tidur lepas subuh. ahaks ! alhamdulillah kini usia perkahwinan aku sikit lagi nak mencecah setahun. moga kekal ke akhir hayat, amin ya rabbal al amin. okay lah, tak nak bebel panjang. di bawah sedikit gambar yang aku titipkan. ya, random pictures as well. enjoy ! :o




malu-malu. tapi sebenarnya lapar tak hingat !



sayang korang semua !



mama dan ayah mertua aku yang banyak membantu :D



hero aku sepanjang zaman. ahaks ! 



bersama kawan-kawan suami di PPEOC. terima kasih sudi datang :D



flower girl tak terancang. lebar betol senyuman anisah. hehe



naik pelamin sekali seumur hidup. jangan lepaskan peluang ! hehe



ada kisah di sebalik mekap aku tu.



nenek i love u so much :'D



bersama pakcik makcik belah suami. hai semua !



muka dah lega. alhamdulillah selesai semuanya :D



mama dan ayah sibuk melayan tetamu yang hadir




Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke Ilahi sekali lagi kerana majlis ini berjalan lancar. bukan mudah nak jayakan majlis perkahwinan. banyak benda kena buat, banyak aspek kena jaga. pahit manis sama-sama dirasai. terima kasih semua pihak yang terlibat menjayakan majlis bertandang aku dan suami. terima kasih tak terhingga buat keluarga mertuaku yang banyak memberi sokongan padu. terima kasih jugak buat keluarga dan sanak saudaraku yang datang jauh dari Selangor semata-mata mahu melihat aku naik pelamin. terima kasih para tetamu, jiran tetangga dan kawan-kawan yang sudi hadir. terima kasih semua ! kepada para pembaca yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, aku doakan semoga semuanya yang dirancang akan berjalan dengan lancar. banyakkan berdoa kepada Allah swt. okay, sehingga kita berjumpa lagi di entri akan datang. terima kasih kerana sudi membaca. bye ! :D








Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted