-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Bila dah ada suami masa jadi student ?



Assalamualaikum.




Hai pembaca blog semua. sekian lama aku tak update blog dengan entri baru. last entri aku janji nak update pasal resepsi bertandang, tapi sebab line tak berapa nak best, then aku malas nak upload gambar banyak-banyak. sekian, harap-harap ada lah orang yang bagi hadiah menarik sebab line yang tak best nie :p


By the way, alhamdulillah tak lama lagi tamat lah pengajian aku kat IPG melaka nu. tinggal lebih kurang sebulan saja lagi. lepas tu pasti aku merindui saat-saat membujang sebagai student kat situ. ahaks. tapi tu 5 tahun lebih yang lalu. zaman aku susah senang nak hidup dalam persekitaran yang berbeza tak macam aku kat kampung halaman. beza weh hidup jadi student masa dah ada suami dengan masa belum ada suami. haha trust me !



Bila dah ada suami masa korang masih student...



1) rutin hidup lebih menarik

masa bujang sebagai student, rutin hidup hari-hari korang tertakluk dalam bilik asrama korang saja. makan dalam bilik, buat kerja dalam bilik, tido dalam bilik, semuanya dalam bilik. kalau ada masa, hari minggu je mesti balik kampung. itu pun untuk bermalas-malasan. rasa macam tak ada hala tujuan lain dalam hidup korang sebagai student. tapi lain rasanya bila dah ada suami. hujung minggu saja mesti tak boring sebab ada je perkara-perkara menarik dan baru yang korang celebrate dengan suami. bukan dengan suami je, tapi dengan keluarga suami, keluarga korang sendiri, dengan jiran-jiran rumah suami, kawan-kawan suami atau kawan-kawan korang dan banyak lagi. maka, tiada lagi istilah HUJUNG-MINGGU-DI-BILIK lepas korang dah berkahwin.



2) kewangan menjadi lebih stabil

bujang sebagai student, bukan ada income sangat kan ? sebab student tidak bekerja, tidak dibenarkan bekerja dan tidak ada gaji lagi. jadi student, masih dibawah tangggungan mak bapak. kalau mak bapak korang jenis senang, mungkin point kedua nie bukan jadi masalah yang besar pada korang. tapi kalau mak bapak korang jenis susah, dengan cara berkahwin mungkin ia salah satu cara yang pernah korang pikirkan sebelum nie. kahwin nie bukan perkara main-main woi. jangan sebab nak senang, korang main pilih suami ikut suka mak nenek korang pulak. salah niat tu ! dengan adanya suami nie, perbelanjaan dan keperluan kewangan korang sangat terjaga. walaupun bukan kemewahan yang korang mintak, tapi keperluan asas korang memang cukup. sangat cukup :')




3) kesihatan terjaga

suami jaga isteri, isteri jaga suami. walaupun korang tak selalu dengan suami, tak dapat jaga makan minumnya sangat, tapi aku yakin suami korang pasti faham yang korang nie masih belajar sepenuh masa. ikut pengalaman sendiri, zaman bujang adalah zaman yang paling malas untuk menjaga kesihatan diri sendiri. ahaks ! bila rasa tak sihat sikit, aku akan terus telefon mak bapak aku lepas tu menangis sedu sorang-sorang sebab mak bapak jauh nak jaga aku masa tak sihat. tapi lain keadaanya bila korang dah ada suami. suami nie kira macam messenger daripada mak bapak korang untuk korang. suami akan hantar ubat atau panadol ke apa ke kat asrama korang atau apa saja cara yang relevan.




4) segala keinginan tercapai dengan mudah. insyaallah !

cakap pasal keinginan, tak semestinya aku maksudkan semua kaum perempuan ada sifat materialistik dalam diri. tapi jujur kata, kadang-kadang memang wujud perangai mengada-ngada dalam diri aku pada suami aku sendiri. contohnya, tepat jam 2.00 pagi, aku boleh kejutkan suami mintak carikan ayam goreng Uncle Bob (korang tau tak jenama ayam goreng nie ? eceh). ikut logik akal, mana nak cari ayam goreng Uncle Bob pagi-pagi buta macam tu ? itu pun susah nak cari sebab francais ayam goreng Uncle Bob hanya ada pada tempat-tempat tertentu saja. akibat dah bengang tido diganggu dan malas susah-susah pikir nak cari ayam goreng Uncle Bob, maka suami aku belikan ayam goreng KFC saja guna drive thru dan 24 jam. sebab KFC pun guna konsep ayam goreng, maka aku tak kisah pun nak makan janji aku dapat ayam goreng ala-ala Uncle Bob. whatever it is, aku bukan tengok dari segi aspek dia manjakan aku dengan itu ini, belikan aku dengan itu ini. tapi aku tengok dari segi aspek dia berusaha dan sanggup untuk penuhi keinginan aku sebagai isteri dia walaupun adakalanya keinginan aku sangat melampau dan merepek. ahaks ! by the way, tipu lah kan kalau korang tak ada sikit pun perangai mengada-ngada macam nie ye tak ?





5) pengangkutan ? tiada masalah lagi.

jadi student memang memerlukan pengangkutan yang utama. sangat ! nak pergi beli makanan, kena ada pengangkutan. nak beli barang-barang belajar, kena ada pengangkutan. nak pergi kelas, kena ada pengangkutan (in case korang tak duduk asrama kampus), nak balik kampung pun kena ada pengangkutan. kadang-kadang nak harapkan ibu bapa pun akan timbul rasa bersalah dalam hati nie. kalau korang datang dari keluarga berada, point ke lima ini mungkin korang tak perlu baca kot. aku sendiri pernah ada pengalaman sendiri bagaimana rasa susah nak cari pengangkutan masa aku student dulu. kadang-kadang nak harap kaki nie asyik berjalan jauh setiap hari, sampai satu masa kaki nie rasa macam dah tak nak berjalan jauh lagi dah. tapi bila dah ada suami, ewah ewah berat badan makin bertambah saban hari. malah, siap dah ada personal driver lagi tu wah wah wah (habis la aku kalau laki aku baca ayat nie). apa yang lagi menarik, suami lagi arif tentang mana-mana tempat di dunia nie. dan adakalanya pengetahuan diorang nie lebih melangkaui batas imaginasi korang sendiri. korang tak percaya ? kalau tak percaya, nanti korang akan percaya sendiri. ahaks ! disebabkan suami aku lebih arif, maka bab-bab pengangkutan memang aku serah seratus peratus kat suami aku. and he never do mistake !









Walau bagaimanapun, suratan takdir dan jodoh semua tu di tangan Allah swt. kalau belum sampai masa, jangan korang paksa diri. sentiasa redha dengan ketentuanNya, okay ? kalau korang paksa diri jugak walaupun korang belum bersedia diri, nanti padah akibatnya. think before you act dear ! suami merupakan anugerah yang terindah daripada Allah swt buat kita. adanya suami, kita akan berasa dilindungi, selamat dan selesa. jagalah anugerah Allah swt ini dengan sebaiknya. bergaduh itu lumrah kehidupan berumah tangga, yang penting penyelesaian harus dicari agar perselisihan faham itu terlerai. suami kita adalah amanah daripada ibu bapa kita. hormati mereka kerana syurga dibawah tapak kaki suami. kalau kita tak hormat suami ibarat kita juga tak hormat ibu bapa kita. peringatan nie buat diri aku jugak. aku pun kekadang ada jugak buat salah kat laki aku. sobsss !!! (mood sedih nie). okay, jumpa korang di entri akan datang ya. bye !




love you Mr Hubby !









Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted