-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

hari sejarah 1 sept 2013.



Assalamualaikum.






Hai semua pembaca blog ini. sejak dah jadi isteri orang, jari jemari nie macam dah malas nak taip entri kat blog. rasanya entri terakhir dulu tak berubah-ubah. by the way, alhamdulillah syukur pada Tuhan sebab diberi kelapangan masa untuk update blog nie. sedih jugak bila tengok entri list tak bertambah-tambah. sobs sobs ! update jugak akhirnyaaaaaaa. (bersorak meriah dalam hati)




Kepenatan minggu lepas dan dua minggu lepas tak hilang lagi. betis dengan mata nie rasa macam lemau lagi. iyelah, bak kata orang push habis-habisan benda sekali seumur hidup. segalanya telah selesai tanpa sebarang masalah, syukur pada Allah swt. bila dah ada pengalaman kahwin nie, baru aku paham apa yang pengantin-pengantin di luar sana rasakan. sebelum tibanya majlis tu, pelbagai dugaan datang. tapi pada aku, tak ada lah dugaan yang teruk-teruk datang kat aku sebelum majlis sanding dengan bertandang sebab aku dan suami dah sah bergelar suami isteri. maka dengan itu, kami mudah untuk berbincang pelbagai perkara. masa makan malam ke pagi ke tengah hari ke dengan suami, mesti ada saja topik berbincang pasal majlis dengan suami. what we gonna do,what we gonna plan. senang kata, kami mudah untuk bersepakat dan dapat kata putus. mungkin ini kot kelebihan orang yang kahwin awal sebelum majlis. ahaks !




Pernah kami bergaduh sebab berebut warna tema majlis aku dan suami. untuk resepsi aku, aku nak warna emerald green. aku sangat suka warna emerald green sebab aku rasa warna tu ada ciri kemewahan. tapi suami aku tak setuju sebab nanti majlis jadi kelam katanya. dia nekad nak warna gold perang. aku dah berkecamuk dalam hati'. hampir seminggu jugak lah bergaduh sebab tema warna resepsi belah rumah aku. resepsi belah rumah suami tak ada masalah sebab diorang dah cop awal-awal warna hijau turquoise pekat. sobs ! duduk serumah pun macam buat hal sendiri (tapi tanggungjawab isteri tak abaikan okey. huhu). punya lah teruk ancaman gaduh sebab warna tema majlis nie woi. haha ! last-last, aku lah yang mengalah. aku terima je lah warna gold perang yang suami mengidam sebab mak abah pun dah mula pujuk aku setuju warna tu (ke sebenarnya diorang nie dah berpakat ha?). bila aku kenang balik benda alah tu masa duduk sorang-sorang kat rumah, aku boleh tergelak sendiri.




Okay lah malas nak menaip banyak, aku nak berkongsi gambar detik-detik resepsi bersanding di rumah aku pada 1 September 2013 (Ahad) dua minggu lalu. untuk resepsi bertandang di rumah suami, aku update entri baru nanti (sebab aku dah ngantuk sebenarnya sekarang nie nak tunggu upload setel). okay just random pictures ! enjoy.




pihak suami dah sedia nak bersantap. ewahh !



kek pulut kuning yang ceria nie ada kisah di sebaliknya. haha



ayah mertuaku menepung tawar. tangan masa nie menggeletar sampai beras kuning kat tangan tu berterabur (okay tipu)



apesal senyuman suami aku macam banyak maksud je ? *curious*



berarak ke pelamin. 



nie adik-beradik aku yang tersayang. hangpa suma dah besaq ka ? rasa macam tak percaya aku dah kahwin. terasa tua daripada kakak aku. ahaks !




abah dengan mak bersanding kali kedua. masih sweet rupanya eh. malu-malu kucing !



 close up muka. ewahh. mekap nie nanti aku buat entri khas. (insyaallah kalau rajin)



tema garden. sedap sangat weh !



 pihak lelaki makan kenyang-kenyang sebab penat perjalanan jauh



 nie kira mak angkat lah sebab abah mak rapat dengan diorang



 untung lah boleh pakai spek hitam. saya nie ?




 abah ku menepung tawar. di sebalik gelak aku tu, rasa nak nangis weh.



sebahagian keluarga baru ku. im a novice. huhu



 meet my flower girls, cempaka dan melur. they both were soooo cute !



mak mertua dan ayah mertua ku. comel masing-masing. 





Maaf lah andai kata kualiti gambar telah menyakitkan hati anda bila tengok. haha. ini bukan gambar official photography, ini kawan ayah aku yang amik sebab dia sangat suka amik gambar. terima kasih cik zakaria ! tak tau lah nak gambarkan perasaan nie macam mana. rasa sangat berterima kasih kepada semua tetamu yang datang daripada jauh dan dekat. ada tetamu tu datang dari pahang dan kelantan semata-mata nak raikan aku dan suami. alhamdulillah, terima kasih kepada insan-insan yang berhati mulia sudi membantu urusan majlis dari mula sampai habis. speechless kotttt. terima kasih kepada kawan-kawan yang datang daripada jauh dan melalui perjalanan yang mencabar. terima kasih tak terhingga. sobs :')



Okay sampai di sini saja entri kali nie. insyaallah, aku akan update gambar resepsi bertandang pulak di entri akan datang. aku ingat macam nak buat entri bersiri mengenai pengalaman aku setelkan persiapan nak kahwin aritu. tapi takpe lah, ada rezeki nanti aku akan buat. aminnnn. jumpa lagi ya semua. bye !






Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted