-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

luahan hati, titisan hujan.








Hujan renyai mahupun lebat turun ke bumi hari ini.
 Siang malam sentiasa membasahi bumi yang panas. 
Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur kepada Allah swt kerana menganugerahkan nikmatnya hujan ini.
Hujan seolah-olah memahami hati ini yang sering dilanda kebuntuan dan kesunyian tatkala kesunyian itu mengembalikan memori-memori pahit yang pernah aku rasai sebelum ini. 
Walaupun tahun dan bulan sentiasa silih berganti, namun memori itu.... memori itu sukar dilupakan.
Ia seolah-olah satu bayangkan dalam diriku.
Apakah semua ini ?




Sudah ku tahu apa rasanya mengalami rasa kesedihan
Sudah ku tahu juga apa rasanya bila diri menjadi titik pergolakan antara kegembiraan dan kekecewaan.
Aku hanya manusia biasa... yang tak mungkin dapat lari daripada semua jenis perkara ini...
Aku juga seperti hujan... hujan yang sedang turun membasahi bumi kini...





Manusia... Ujian... Perasaan... Hati...
Semuanya bercampur baur menjadi satu.
Aku lihat titisan air hujan yang jernih turun daripada awan yang serba putih namun kelabu jua...
Hatiku damai sedamai titisan hujan itu turun... namun kesedihan ini barang kali tidak mungkin akan tenang..
Aku... dan jiwaku... dibawa pergi arus air yang mengalir di tanah Allah swt...
Apakah maksudnya ya Tuhan ?




Hujan... bawalah kesedihan aku ini pergi..
Pergi jauh daripada diriku yang tidak sekuat itu untuk menahanya..
Ku lihat jendela yang menembusi pandangan hatiku nun di tengah-tengah titisan hujan yang kian rancak jatuh..





Aku terimbas semula semuanya...
Aku terimbas bagaimana aku mengubati jiwa yang penuh dengan kelaraan dimana aku sering diuji dengan kebahagiaan yang tiada maknanya...
Aku terimbas bagaimana aku bangkit daripada kelemahan dan kejatuhan...
Aku terimbas bagaimana aku menghadapi semua keperitan dunia cinta yang tiada bererti bagi seorang gadis yang mendambakan cinta sejati...
Aku terimbas bagaimana aku mencari jalan yang hakiki dan terangkan buatku agar aku tidak sesat lagi menuju ke arah kesedihan...
Aku terimbas bagaimana aku berhadapan dengan detik-detik manis yang aku anggap adalah tingginya milai bagi sebuah kejujuran dan kebahagiaan dengan si dia..
Aku terimbas semuanya..





Di sini tempat ku berdiri..jauh daripada kesibukan kota.
Tiada lagi bangunan tinggi yang tersergam indah di sekeliling ku..
Di sini aku menenangkan jiwa yang kadang kala sukar untuk ditafsir..
Di sini juga aku cuba teguhkan hati demi untuk kebaikan ku sendiri...
Hujan...engkau lah peneman dan penghibur hatiku...
Terima kasih ya Allah..















Comments
One Response to “luahan hati, titisan hujan.”
  1. Kak Bunga says:

    syikin...best baca blog syikin...ayat tersusun n macam novel...hehee

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted