-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

REVIEW MOVIE : MAMA kasih ibu yang abadi !





Assalamualaikum.








Alhamdulillah diberi peluang dan masa lapang untuk update entri baru lagi kat blog nie. hehe ! entri ini pulak aku nak berkongsi mengenai review filem yang aku tonton lebih kurang seminggu yang lepas, MAMA. pendek dan ringkas kan tajuknya ? tapi penuh bermakna dengan membawa slogan 'A Mother's Love Is Forever'. mula-mula tak rancang pun nak target tengok citer MAMA nie, sebab lebih berminat nak tengok kisah orang korea ala-ala citer Quarantine, The Tower ataupun citer The Impossible pasal tsunami. tapi lepas baca sinopsis ringkas kat panggung wayang tu, aku dan abang Faudzli lebih tertarik nak tengok citer MAMA. dalam otak dah fikir, 'nie mesti citer mak dia dah hantu dan terus together forever whatever sampai tak boleh berpisah walaupun alam yang berbeza', nampak macam citer yang tipikal dalam kehidupan masyarakat kita dan i was OMG, tanggapan aku salah sama sekali. pangkah !







Pada awal citer, pengarah terus timbulkan watak dua orang adik beradik perempuan nie, Victoria sebagai kakak, Lily sebagai adik yang masih kecik tak reti berjalan dan watak Ayah yang sekejap je ditimbulkan. aku agak watak Victoria nie dalam 7 tahun dan Lily tu dalam lingkungan umur 2 3 tahun lah jugak. Tiba-tiba dengar bunyi das tembakan yang agak kuat di sebalik pintu tanda si Ayah dah bunuh mak diorang. Si Ayah terus masuk bilik amik budak-budak tu yang tengah pelik sebab si Ibu tak amik diorang dan hantar ke sekolah seperti biasa. aku tengok muka Ayah diorang teruk gila macam orang yang tengah banyak masalah. Si Ayah larikan budak-budak tu dan memandu menuju ke satu tempat yang agak jauh. tiba-tiba kereta yang diorang nak tak stabil dan terus terjunam ke gaung salji. Ketiga-tiga diorang selamat dan cuba cari tempat pelindung sampai akhirnya diorang terjumpa satu cabin wood kecik yang kosong dan bagi aku agak creepy ! Si Ayah terus hidupkan unggun api dan menangis sebab menyesal bunuh isteri dia. Then, tetiba si Victoria nie cakap 'Ayah...ada wanita terapung di luar sana...'. Victoria dok ulang banyak kali ayat tu tapi Ayah dia tak dengar sebab terlampau menangis sangat. kebetulan Victoria nie rabun kuat.






Si Ayah datang kat Victoria dan cuba nak bunuh anak dia sendiri sebab dia menyesal dengan perbuatan dia. Ayah dia nak bunuh anak-anak dia dulu baru lah dia bunuh dirinya. Belum pun sempat si Ayah nak lepaskan tembakan dari belakang Victoria, ada sesuatu yang tinggi, terapung dan berbaju jubah hitam kelar leher si Ayah dan bawak terbang pergi. Tiba babak nie, habis meremang bulu roma aku weh. digambarkan kabur sebab kononnya kita nie tengok citer melalui mata Victoria (korang paham tak ayat nie ?), jadi penonton dalam nampak tak nampak benda alah tu. okay, babak tu berjaya buat aku menjerit kat dalam wayang okay ! huh. Bila malam dah menjelma, sume tempat kat situ jadi gelap kecuali unggun api yang si Ayah sempat hidupkan sebelum dia mati. Victoria dan Lily pun duduk depan unggun api tu. Perasaan takut, keseorangan, lapar semuanya ada. tetiba dari arah gelap tu ada sesuatu balingkan buah ceri kat Victoria dan Lily. Maksudnya disitu, benda tu dah bagi hint yang dia nak jaga Victoria dan Lily nie buat selamanya.






Sedar tak sedar, diorang dah dibela benda tu selama 5 tahun dan masing-masing dah membesar. kalau kita pikir logik pun kan, 5 tahun untuk dua orang budak kecik dapat hidup adalah sangat mustahil. Pasukan polis yang uruskan kes diorang nie datang ke cabin wood tu untuk menyiasat. bila diorang tengok rumah tu, seolah-olah macam tak logik Victoria dan Lily tu masih hidup sehinggga lah polis-polis tu terjumpa longgokkan biji buah ceri yang sangat-sangat banyak. tiba-tiba Victoria dan Lily sergah diorang dari belakang dan aku rasa jantung nie macam nak tercabut sebab terkejut gila dengan fizikal diorang. diorang menjadi terlalu kotor, terlalu serabut, terlalu liar, terlalu buas dan terlalu KURUS sampai dah nampak tulang. diorang masih hidup sebab dijaga oleh benda tu dan hanya makan buah ceri je selama 5 tahun ! Victoria dan Lily terus dibawak ke pihak polis dan psikiatri untuk disoal siasat. bila aku tengok je diorang nie bukan macam manusia dah. siap adiknya Lily tu jalan macam beruk sebab daripada kecik tak tau jalan dan benda tu ajar dia jalan dengan cara itu.


















Macam-macam soalan, kajian dan penyiasatan daripada pelbagai doktor menyimpulkan bahawa diorang nie ada dijaga sesuatu dan sebab itu mampu hidup sampai sekarang. bila diajukan soalan, Victoria akan cakap 'Mama...Mama'. Lily pulak seorang kanak-kanak yang sangat takut dengan orang, tak nak bercakap dengan orang, lebih suka menyendiri, suka tido bawah katil Victoria dan selalu bermain dengan MAMA nie. pihak doktor masih takda jawapan untuk merungkai misteri Victoria dan Lily, sampai lah pakcik diorang a.k.a abang kepada Ayah diorang amik untuk teruskan penjagaan keatas diorang. Bermula lah babak-babak dimana pakcik dan makciknya, Annabel diganggu oleh MAMA nie sampai diorang rasa sangat tak tenang duduk rumah tu.





Kadang-kadang, pada waktu malam, Annabel akan terdengar suara wanita menyanyi dodoikan Victoria dan Lily tapi bila pegi bilik diorang, tak ada pun berlaku dan diorang tidur dengan nyenyak. dalam citer nie, penonton lebih tertarik dengan watak Lily sebab budak tu masih kecik dan tak tau apa-apa lagi, apatah lagi dia tak dapat bezakan bermain dengan hantu ataupun manusia. Lily cukup pantas melompat sana sini dan kalau korang tengok pun cara dia berlakon cukup menyeramkan. aku bagi 5 bintang kat budak nie sebab pandai gila berlakon dan lakonannya sangat berkesan. watak Victoria pulak lebih kepada menyelesaikan dan memberikan hint sedikit demi sedikit dalam citer nie dan sekaligus membantu penonton dapat berfikir. watak Victoria jugak tak kebudak-budakkan macam Lily even diorang adik beradik sangat rapat. Victoria nie kurang melayang sikit MAMA tu tak macam adiknya sebab dia dah besar dan matang, jadi boleh berfikir dengan baik. dah penghujung citer, Victoria nie jadi takut dengan MAMA dan barulah dia sedar yang selama nie MAMA itu adalah hantu. pada masa yang sama, beberapa orang telah mati dibunuh oleh MAMA sebab benda tu akan marah kalau ada orang yang kacau budak-budak. lebih kepada mommy thingies lah nie...




























Begitulah serba serbi citer MAMA nie yang aku boleh kongsikan. macam aku cakap tadi, tanggapan aku pasal MAMA tu adalah mak sebenar diorang totally salah. MAMA tu lebih kurang boleh dikatakan 'roh tak tenang yang meroyan' nak cari anak dia. jadi, kalau korang nak tau lebih lanjut pasal citer nie, apa lagi cepat-cepat lah tengok dengan apa cara sekalipun. haha (pssttt...aku suka beli cetak rompak sebab murah dan kualiti gambar pun boleh tahan cantik tau !). aku sarankan korang kena tengok citer nie. sebab ?





1)  garapan plot dan jalan citer MAMA terlalu unik dan tak pernah dibuat pengarah sebelum nie. bagi aku, citer nie berjaya memperdayakan tanggapan aku dan masalahnya, citer nie kalau nak kita pikir dari segi logikalnya pun boleh tahan jugak. (ke aku yang tak pernah tengok citer macam nie eh ?)


2)  set atau lokasi penggambaran menarik even ada sesetengah babak tu lokasinya dibuat dengan menggunakan CGI saja. walaupun citer nie banyak buat penggambaran kat lokasi rumah besar dan but still nice for me !


3) hantu MAMA yang sangat menggelikan dan menakutkan walaupun banyak guna komputer. tapi takut jugak dan geli jugak sebab muka dia buruk dan leher dia patah-patah. yucks !



4) watak Annabel yang pada awalnya tak berapa nak menarik bagi aku tak disangka pulak rupanya dia yang banyak menyelamatkan Victoria dan Lily sampai buat MAMA tu rasa jeles. Sifat-sifat keibuan banyak diterapkan dalam citer nie. dah nama pun MAMA.



5) Citer yang banyak mengingatkan kita tentang kasih seorang ibu yang amat sayangkan anaknya sampai sanggup buat apa saja demi anak itu. Citer yang seram tapi banyak mengandungi nilai-nilai empati dan kasih sayang.


6)  Ending citer yang harus dipuji dan menyayat hati ! cuma tak best sikit sebab ending dia banyak guna CGI.










































itu saja untuk entri kali nie.
aku bagi 4 bintang untuk citer MAMA.
selamat menonton ya, okay bye ! :)










# Sumber gambar daripada GOOGLE














Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted