-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

mulut tu celupar sangat.






Assalamualaikum.







Hai semua pembaca blog ini ! Ingat hari ini macam nak sambung entri sisi My Engagement buat rujukan untuk mereka-mereka di luar sana yang mahukan idea untuk majlis pertunangan. tapi macam tak ada mood pulak TAPI ada pulak mood untuk buat entri nak tegur sikit perangai anak-anak dara di luar sana yang suka membanding beza nie. apadehal nie weh ?





Sejak aku dah bergelar tunang orang nie, boleh dikatakan macam-macam jugak lah benda baru yang aku jumpa. tak kisah lah benda baru tu sama ada benda yang best dan ada jugak yang kurang best. tapi, walau apa pun yang aku hadapi, aku anggap semua ini hanya lah salah satu asam garam dalam kehidupan. perkara-perkara macam nie lah buat pengalaman kita bertambah dan seterusnya kita semakin tahu dan peka tentang apa yang patut buat dan apa yang tak patut buat. lagipun, ini lah tempoh yang orang kata 'tempoh darah manis'. orang-orang tua siap pesan 'oi, anok daro. jangan selalu keluar rumah. kamu tu darah manis.'. dalam hati, aku bermonolog banyak kali, 'apakah ?'. tapi benda baru yang aku nak kongsi dengan korang kat dalam entri kali ini adalah berlaku berulang kali dan aku rasa benda baru nie sangat mengarut !





Okay, back to the topic ! 




Sedang aku bahagia melayari tempoh bertunang (ewahhh, ayatnya !), selalu lah ada anasir-anasir kuman penyakit sesetengah anak dara yang suka membanding bezakan cincin dan jumlah duit hantaran orang lain nie hinggap kat badan aku. apa punya perangai macam nie pun ada ke ? rasa meluat ada, rasa jijik pun ada bila tengok pemikiran kotor dan busuk hati dalam hati sesetengah orang perempuan zaman sekarang. ini memang wujud ! sumpah OMG gila.






si mulut besar.






Dan sejujurnya pada pendapat aku, tak perlu lah jadi seorang wanita yang suka membanding bezakan kelebihan diri dengan kelebihan wanita-wanita yang lain. terutamanya dalam kes saling menbanding-banding cincin dan jumlah duit hantaran siapakah yang lebih hebat ? duh. untuk pengetahuan anak-anak dara yang suka menbanding-banding orang lain di luar sana, cincin pertunangan ke cincin kahwin ke cincin merisik ke mahal atau tidak semuanya adalah terletak kepada kemampuan dan keikhlasan hati lelaki yang akan menjadikan kita pemaisuri hatinya nanti. begitu juga dengan duit hantaran yang akan diberi. jangan korang nak sibuk-sibuk mempertikaikan jumlah duit hantaran seseorang wanita itu sebab benda itu hanya antara mereka dan suami atau bakal suami saja yang tahu. terpulang lah kalau lelaki dia nak hadiahkan sejumlah duit hantaran berpuluh-puluh ribu kalau dah memang lelakinya itu mampu. yang kau jeles kenapa ? sudah tu memburuk-burukkan pulak wanita itu kat orang lain. apa lah salah wanita tu ? annoying okay. kekadang, ada orang dapat duit hantaran tinggi tapi dia merendah diri je, macam tu bagus lah. tapi ada jugak orang yang dapat duit hantaran tinggi tapi dia berlagak tak hingat pulak, lagi menyampah kita tengok.







Tak perlu sibuk-sibuk menjaga tepi kain orang lain, jaga sendiri kain korang. apa gunanya kalau duit hantaran mahal-mahal tapi tak dapat jadi seorang isteri yang terbaik buat si suami yang dah berpulun kehabisan duit. apa gunanya mintak duit hantaran tak sepadan dengan diri korang, lepas tu bila buat salah sikit je suami korang akan terus mengungkit pasal duit hantaran daripada awal hidup bersama sampai ke sudah nanti. elok-elok benda tu ikhlas, jadi tak ikhlas pulak dah. apa gunanya dok sibuk bertanya dan mengumpat pasal cincin dan duit hantaran orang lain, lepas tu terkejut ya amat bila tiba masanya korang kahwin, duit hantaran dan cincin korang lagi teruk daripada orang-orang lain yang korang ketawakan. apa gunanya kan ? jadi, sebelum nak menjaga tepi kain orang, sebelum nak mengata cincin orang tu kecik ke besar ke banyak batu ke sikit batu ke emas murah ke emas mahal ke, sebelum nak mengata dan mengejek duit hantaran orang lain tu sikit, elokkan korang cermin dulu muka dan diri tu. belum tentu apa ketentuan buat kita di masa akan datang, kan ?










# P/S : bawak-bawak lah berubah diri tu kak oi. mulut tu celupar sangat. 
(entri annoying)
















Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted