-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

E-DAY 3 : PEMILIHAN BAJU TUNANG SAYA





Assalamualaikum.






Huhu okay nak update entri baru. nak sambung entri kali nie nak sambung entri Siri My Engagement. cerita pelamin sudah, cerita makeup artist pun sudah. cerita kali nie pulak nak berkongsi tentang PEMILIHAN BAJU TUNANG daripada majlis pertunangan aku haritu. okay, memandangkan tema majlis adalah putih ungu, jadi aku pun cepat-cepat serbu butik pilihan aku untuk booking baju. orang kata baju warna ungu nie senang nak cari, banyak je ada dijual kat kedai-kedai. tu orang kata lah, tapi nie aku pulak kata....'yuhuuu memang baju warna ungu banyak kat kedai-kedai tapi karang takda saiz ke senteng ke sendat ke serabut ke ? tak mahu la pakai baju tangkap muat. ye tak ?'





Aku memang dah lama target satu butik nie. sebab aku tengok citarasa designer baju pengantin kat butik tu adalah sama dengan citarasa aku sama sekali. aku nak cari baju yang menepati ciri-ciri moden, versatile, simple, sesuai dan cantik ! mula-mula, aku set mind dulu bahawasanya tunang nie bukan macam kahwin. perlu banyakkan kesederhanaan dan simple. jadi, baju tunang tak seharusnya terlalu sarat dengan beading, tak seharusnya meleret sakan, tak seharusnya sendat mendat, tak seharusnya seksi meksi dan tak seharusnya berwarna menyakitkan mata. tapi tak boleh lah jugak terlalu simple. nanti tak naik seri dengan majlis kita tu pulak. kesimpulannya, cari dan pilih baju yang mampu membuatkan tetamu dan sanak saudara pun sedap memandang kita nanti.






Sejujurnya, aku memang tak yakin dengan warna ungu putih yang dipilih sebagai tema majlis. aku tak yakin dengan diri sendiri weh ! aku takut sangat nanti muka aku tenggelam, pucat dan 'kalah' dengan warna ungu. ungu muda pulak tu, arghhh ! sepanjang hidup aku, aku tak pernah pakai baju warna ungu macam nie. siang malam aku pikir benda alah nie sampai tak boleh tido malam dengan tenang. eh betol ke apa yang aku pilih ? betol ke ini yang aku nak pakai nanti ? mampu ke ? ke aku akan jadi DULL ? ini lah antara persoalan-persoalan yang selalu psiko aku. mak nasihat banyak kali yang aku nie tak perlu takut sangat sebab nanti akan ditatarias. walaupun hikmah mana pun nasihat mak, aku tetap rasa ketakutan (okay ayat over). banyak kali aku berunding pasal benda yang sama dengan designer butik tu. asyik-asyik berunding pasal baju baju baju. haha, dia pun naik bosan. sobs ! satu hari, designer butik cakap kat aku macam nie. "iqin, cantik hebat macam mana pun baju tu, kalau keyakinan diri takda, baju yang cantik hebat tu pun tak cantik jugak. kita belum tengok lagi awak berdandan sepenuhnya nanti. percaya lah cakap akak." kemudian, aku pun balik rumah dengan hati yang sedikit terubat. haha ! terima kasih kak apa entah namanya aku tak ingat.






ini lah baju yang menjadi sejarah. ahaks !






Kat butik tu ada dua baju yang sama warna tapi berbeza design. baju pertama konsep jubah tu dan baju kedua kat atas nie konsep gaun atau dress duyung. memandangkan aku kurang suka pakai jubah dan tak nak beading banyak sangat, jadi aku pilih lah baju kedua kat atas nie. lagipun beadingnya takat veil dengan atas dada je.by the way, alhamdulillah memang rezeki aku baju nie betul-betul ngam dengan ketinggian dan saiz badan aku. nasib baik laaaa tak senteng dan bahagian lengan baju selesa nak masukkan tangan. baju nie butik tu tak buat bentuk badan siap-siap. jadinya, masa aku testing baju nie, banyak jugak lah pin yang digunakan sebab bajunya agak longgar. aku cakap kat akak butik tu yang aku tak nak sendat ketat-ketat sangat nanti aku tak selesa masa duduk sarung cincin. akak tu pun cakap 'okay !'. dia agak bersemangat.





Mak dah chop awal-awal nak pakaikan aku korset sebelum sesi mekap. bayangkan lah KORSET kot ! sepanjang hidup aku (sepanjang hidup lagi...adeh), aku tak pernah pakai korset even sekali pun. ini adalah gila ! jadinya, badan aku asyik tegak je. nak melengkung udang sikit pun benda alah tu dah menjerut. adehhhh. untuk korang di luar sana, sangat disarankan masa majlis penting sila-silakan lah pakai korset ya. badan korang akan nampak kurus terbentuk walaupun hanya di luaran tetapi di dalamannya menjerut bagai tak hingat. haha ! baju sewa daripada butik nie datang sekali dengan aksesori veil, tudung, spider (crown kecik kat sebelah kepala tu) dan sanggul. aku tak nak pakai sanggul yang dia bagi sebab sanggul tu sangat besar dan tinggi. aku takkan pakai masa tunang okay, kemudian aku suruh dia buat sanggul guna rambut aku sendiri. haha baru lah nampak natural sanggul rambut sendiri gitu. overall, baju nie sangatlah selesa sebab ada triple lapis kain, betul-betul sesuai dengan badan aku, tak sendat dan tak mudah kedut !




















Veil yang diberi agak panjang sampai nak sampai lutut jugak lah. bagus lah sebab dapat menutup dan mengkaburkan bahagian belakang badan. tentang tudung, pilihan tudung adalah pilihan korang sendiri ikut keselesaan masing-masing. bagi yang tak pernah cuba pakai selendang, apa salahnya di majlis bermakna macam nie korang buat kelainan. aku mintak tudung jenis awning kat akak butik tu sebab nampak kemas dan terjaga di bahagian muka so takda lah mencacatkan gambar nanti. yang bestnya, tak sangka pulak tudung yang diberi sangat comel siap ada manik-manik kat atas kepala. dan lagi satu, baju nie baju yang baru disiapkan oleh butik tu dan aku lah orang pertama yang merasmikan. ahaks ! sumpah bermakna.
















Tak best lah kalau kasut untuk bertunang tak ada. aku pilih kasut berwarna putih gading untuk dipadankan dengan baju ungu nie. eh, jangan salah anggap ya. kasut nie hanya digunakan untuk penggambaran outdoor dan berjumpa dengan tetamu di luar rumah je. masalahnya, penggambaran outdoor terpaksa ditangguhkan sebab hujan lebat turun membasahi bumi yang bahang nie. jadi, sempat pakai sekejap je masa nak layan tetamu luar yang datang dan mengiringi rombongan lelaki nak balik ke negeri diorang. panduan untuk korang, jangan sesekali pakai kasut yang tak bertutup masa tunang atau kahwin, even korang dah pakai stoking weh. jadi, pakai kasut yang bersarung penuh dan warna putih gading adalah warna yang cukup selamat. ingat tu ya ! dulu aku pernah merungut bila dah beli kasut nie sebab aku tak pernah pakai walaupun sekali, maklum lah aku bukan nurse jadi takda tujuan nak pakai kasut. rupanya kasut nie jugak lah yang membantu aku jimat kos daripada aku nak beli kasut putih baru yang harganya tetap mahal walau di mana-mana kedai, semata-mata nak pakai sekejap masa tunang je. masa beli kasut nie beberapa tahun yang lalu, tengah ada offer banyak, tu yang tak sanggup tak beli kasut nie. tak sangka ini lah kegunaannya walaupun rupanya dah agak buruk, nasib baik aku tak buang lagi weh. sobs ! (menangis sedih). oh kasut maafkan aku kerana mengabaikan mu.






Menyentuh persoalan tipikal yang sering menjadikan bakal pengantin bingung, 'mana satu lebih baik, beli baju tunang sendiri ke atau sewa di butik ?'. okay pada pendapat aku, jawapannya adalah terletak pada kemahuan masing-masing. kalau korang rasa relevan dan lebih bermakna beli atau buat baju sendiri, apa salahnya kan ? kekadang ada sanak saudara atau emak atau nenek kita sendiri nak kita pakai baju diorang zaman dulu-dulu. terkejut ? tak mahu ? geli ? hmmm tak patut lah geli sebenarnya. pakai je apa yang mak korang suruh pakai, lepas tu adalah bergantung kepada kebijaksanaan korang untuk organize majlis yang moden dan klasik ikut tema baju tu. jadi, takda lah baju tu nampak ketinggalan zaman dan tak ada kelas ye tak ? you are what you think ! lagi satu perkara, jimat duit korang tau.






Bagi yang nak baju ikut arus moden dan trend zaman kini, boleh lah keluarkan sikit duit simpanan tu untuk sewa baju di butik demi memuaskan hati korang. tak dinafikan memang baju-baju pengantin sekarang cantik-cantik belaka. tapi ingat, amik dan pilih baju yang ikut kemampuan korang. jangan buat pembaziran ! pilih baju yang betul-betul sesuai dengan kondisi badan korang, bukannya main pilih cantik di mata saja. benda tu pun nak pakai berjam-jam je tapi duit yang dikeluarkan amat tidak berbaloi. Bagi yang nak beli baju sendiri, lagi bagus dan boleh simpan kenangan baju tu sampai ke akhir hayat. aku cadangkan kalau masa nak tunang, boleh la beli baju tu sendiri sebab baju tunang boleh dipakai di masa yang lain. tapi kalau baju kahwin, tak tau lah nak cakap apa. ahaks ! pilih dan beli baju tunang yang fleksibel dengan arus kemodenan kita dengan harga yang berpatutan dan tidak mengarut dek akal. takkan lah korang nak beli baju kurung biasa je kan yang dah mencecah harga standard RM50 ? apatah lagi baju-baju jubah atau busana muslimah tu yang mahu mencecah RM300 RM400. dah beli mahal-mahal lepas tu boleh pakai 3 kali 4 kali je ? duhh. apa-apa pun, banyakkan berbincang dan tanya pendapat orang lain.









Kos yang ditanggung untuk baju majlis pertunangan :




Baju Tunang bersama aksesorinya      -      RM 350
Kasut Putih       -        RM 0 (pakai kasut yang sudah ada)
Stoking kaki coklat        -          RM 5






  #    Jumlah kesemuanya =  RM 355 sahaja.























Selamat memilih baju yang terbaik untuk majlis bermakna korang semua !
 terima kasih kerana sudi membaca.
okay, jumpa lagi. bye !






















Comments
22 Responses to “E-DAY 3 : PEMILIHAN BAJU TUNANG SAYA ”
  1. washura10 says:

    jom singgah blog sy..kot2 nnt berminat utk custom made veil or tempahan menjahit manik.. :)
    http://washura.blogspot.com/

  2. Miz Fas says:

    butik ni kat mana ye?ASAP.

  3. hai aina dan miz fas. butik di area kawasan rumah saya, Sungai Besar, Selangor terletak ditengah2 pekan utama.

  4. chiez19 says:

    Boley bg name butik yg sewa bju ni...tq

  5. chiez19 says:

    Boley bg name butik yg sewa bju ni...tq

  6. Anonymous says:

    tunang ke? dh nmpk mcm majlis kahwin je... mcm over plak untuk majlis tunang

  7. Anonymous says:

    nmpk mcm mjlis nikah je...

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted