-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

E-DAY 1 : Pelamin Mini Bertunang Aku




Assalamualaikum.








Alhamdulillah harini dikurniakan kesihatan dan mood untuk mengupdate blog. sepertimana yang dah dijanjikan, aku nak berkongsi pelbagai tips, pengalaman dan pahit manis sepanjang persiapan majlis pertunangan aku haritu. sebelum nie, aku ada cakap majlis aku tu lebih kurang 80% semuanya DIY je. aku pegang prinsip 'selagi aku mampu buat yang terbaik, selagi itu aku akan buat !' haaaa..bersemangat tak ? ahaks ! memang lah tahap kesemangatan tu dah cukup, tapi setiap hari mata aku akan bengkak dan sembab sebab tido pukul 4 pagi buat persiapan semua nie. kauuuuuu, ini sangat gila ! tapi, aku tak larat la nak taip banyak-banyak. jadi aku rasa aku akan kongsi benda alah  nie secara bersiri, okay tak ?





Untuk entri E Day aku yang pertama, aku mahu berkongsi mengenai pahit getir menyiapkan pelamin untuk upacara sarung cincin tu. wow, siap ada pelamin. tu diaaaa !













Haaaa... ini lah hasil lepas semua persiapan dah siap. tahukan anda pelamin ini siap pada jam 9.45 pagi secara keseluruhannya walaupun majlis akan berlangsung pada pukul 12 tengahari ? memang kejam. tapi walau macam mana pun aku tetap bersyukur dan mampu menghembuskan nafas lega bila benda alah nie siap jugak akhirnya. satu benda aku dapat belajar - ohhhh rupanya bukan senang nak buat pelamin nie, patut la mahal !. al kisahnya, aku nak amik siap je pelamin kat butik pengantin tu sebab aku pikir senang dan keluarga aku pun tak susah-susah nak memanjat. tetiba pada suatu hari yang kurang indah, mak aku berbisik kat aku camni, 'kau nie betul ke nak amik kat kedai ? mak rasa la kan, mak boleh buat lah pelamin idaman kau nie. cuma kau kena rajin cari barang-barang apa yang mak nak. apa kata kau ?'. fikiran aku pun mulai diracuni dengan kata-kata hikmat mak. betol jugak apa yang mak aku cakap. selagi benda tu aku mampu buat, aku akan buat sendiri. hati sendiri pun puas, duit pun lagi jimat. tak ada lah kita nak mengkayakan orang lain pada masa yang sama kita pun nak guna pelamin tu kejap je. aku pikir-pikir balik, memang tak berbaloi. lagipun dah terbukti, pelamin sekarang mahal sangat-sangat.








Bukan lah aku nie nak berkira sangat dengan kemahuan diri sendiri. tapi aku rasa untuk pelamin bertunang nie kita tak perlu nak buat mewah sangat. apa yang penting, biarlah konsep pelamin bertunang itu simple dan manis. mak utarakan idea dia pasal buat pelamin konsep taman. aku dah terbayang-bayang kat kepala otak aku nie. konsep taman mestilah ada banyak bunga, banyak daun, banyak warna. biar betik serabut gila macam tu. tapi aku biarkan je apa yang mak utarakan. lagipun aku memang dah serah sepenuhnya pembinaan pelamin DIY nie 100% kat mak. aku beri kepercayaan aku kepada dia untuk merealisasikan majlis pertunangan aku (eh, macam ayat majalah pengantin je ?), aku percaya kau mak ! aku percayaaaaaaa kat kau sorang mak ! *meronta-ronta kerisauan*
















Dan inilah hasil pergolakkan dan perlanggaran segala ibu mak nenek idea mak aku. boleh tahan jugak la aku tengok. aku tengok tercapai jugak lah nak buat konsep taman tu. ahaks ! aku tak tau lah kalau pada pandang korang macam serabut semacam je pelamin bertunang aku nie. tapi pada pandangan aku, pelamin ini adalah yang terbaik. secara jujurnya, bentuk dan dekorasi pelamin nie lagi nampak better daripada pelamin butik pengantin tu yang mencecah harga RM400 tu. gila kejam harga weh ! pelamin macam langsir rumah, pastu kedekut bunga. mintak tambah sikit rimbunan bunga depa dah caj RM100. demmm ! korang percaya ke tak pelamin bertunang aku nie bajetnya tak sampai pun RM100 ? harap-harap korang percaya seadanya (ayat pasrah). dibawah nie aku bubuh list bajet untuk hasilkan pelamin macam nie..







kain fudge ungu 2 meter setengah           -            RM 5
kain fudge krim 2 meter setengah           -             RM 5
pasu putih tinggi kiri kanan                -            tak perlu. DAH ADA
bunga tisu putih, ungu, merah, hijau  50 keping          -   RM 35
belon ungu dan putih                   -            tak perlu. DAH ADA
bantal emas                 -             tak perlu. DAH ADA
carpet kecik                -             tak perlu. DAH ADA
kerusi pelamin             -             tak perlu. DAH ADA
rimbunan paku pakis hutan kiri kanan  -   tak perlu. AMIK KAT BELAKANG RUMAH
tanglung ungu dan putih 4 bijik              -              RM 24
bunga lilit ungu putih 2 helai             -                RM 10      
kapas putih hiasan                 -              RM 2.50







*    TOTAL = RM 81.50 
campur-campur alat keperluan pembinaan RM 10 
menjadi RM 91.50 sahaja.  










Ikhlas aku kata, nak dirikan pelamin nie memang memerlukan tenaga lebih kurang 6 orang. bukan senang nak jadikan kayu utama pelamin nie kukuh betol-betol. sampaikan aku pernah termakan hakisan cat dinding tu masa nak angkat kayu berat tu, perghhhhh. jangan tanya apa rasanya sebab sangat tidak best. keje aku banyak buat interior punya. bebola warna tu semuanya aku yang buat. belon ungu putih tu semuanya aku paksa budak-budak kecik yang sempat ada kat situ untuk tiup. dan yang selebihnya semuanya mak yang buat. tidak ku sangka mak ku begitu kreatif, oh ! paku-pakis tepi kiri kanan tu hidup ya, jangan disangka ianya plastik semata-mata, haha. DAN, keje paling terakhir aku buat pada jam 9.45 pagi pada hari kejadian ialah menyembur panadol pada paku pakis tu dan menyembur minyak wangi lovely lace sebanyak mungkin kat pelamin tu.








DAN, penat buat pelamin nie masih terasa harini sampai lah aku tengah menaip entri nie haaa. sekian !












terima kasih kerana sudi membaca.
bye !








Comments
7 Responses to “E-DAY 1 : Pelamin Mini Bertunang Aku”
  1. wahhh.. tahniah Syiqin... really simple & nice!! tp yg penting kau binanya atas hasil tangan sendiri. bg ak da okey la tu.. Majlis besarnya bila pulak?? hehehe..

  2. terima kasih liyana. tulah pasal, jimat duit kalau amik pelamin kat butik. majlis besarnya insyaallah pertengahan tahun depan, paling lewat pun mungkin lepas raya. hehe

  3. Unknown says:

    kenapa sembur penadol.. untuk segarkan bunga ke??

  4. aien : ya, kedai2 yang jual bunga segar pun sembur panadol untuk kekalkan kesegarannya kalau nak guna untuk tempoh yang lama :)

  5. Unknown says:

    Cara pasang kain backdrop tu cmna ye

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted