-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

REVIEW MOVIE : Silent HIll 3D Revelation meloyakan tapi hebat !

Assalamualaikum.







Okay ! harini nak kongsi review tentang satu filem nie. sebenarnya dah lama nak tulis entri nie tapi asyik-asyik simpan kat draft. mungkin pening kepala kalau tengok darah banyak giler dalam filem nie kot ? ahaks ! haritu kami buat pilihan nak tengok filem mana satu. aku nak pilih tengok filem Silent Hill 3D tu, tapi abang Faudzli cakap mata dia pening kalau tengok 3D. aku pun merajuk sikit, tapi yelah mengalah la jugak. kalau tengok movie tu aku rasa macam aku je sorang-sorang yang feeling padahal dia tido kat sebelah. jadi, kami pun tak jadi nak tengok movie Silent Hill tapi pilih tengok movie Frankenweenie dan Sinister. wow ! ada unsur-unsur ketamakan di situ sebab aku nak tengok Frankenweenie tapi dia nak tengok Sinister. HA HA.fine, tak lawak.





Masalahnya, selagi aku nie tak dapat tengok Silent Hill, setiap minit, saat dan jam aku akan selitkan sikit nama filem tu. contohnya, "iqin, asam pedas kat sini okay tak agak-agak ?". aku jawab, "boleh tahan lah bagi iqin (sambil mengunyah perlahan tanda tak ikhlas makan). tapi..kalau kita tengok Silent Hill sekarang kan bestttt.". EVEN MASA MANDI, TIDUR DAN GAYUT KEJAP pun aku akan menyebut nama movie tu maka secara tak langsung buat dia tension, haha. dan esoknya, aku berjaya jugak tengok movie tu kat wayang. yeayyyyy ! aku berjaya. Malaysia boleh !





Tapi, rupa-rupanya movie tu buat aku rasa sedikit menyesal lepas tengok. apa yang aku dapat ? pening kepala sebab banyak darah dan aksi pembunuhan kejam. asyik tutup muka sebab takut jadi aku faham movie tu tapi macam tak faham. ending dia, habis macam tu je ? laaaaaa. apa yang aku rasa, movie nie macam nak tunjuk 'Silent Hill' tu ganas gila punya gila tapi plot macam melompat-lompat. mudahnya si Heather tu bunuh makhluk-makhluk bermuka aku-tension-bila-tengok-muka-benda-tu. she was just a girl, technically ! haiyaaa.







Heather nak selamatkan Vincent daripada kena bunuh dengan nurses yang freak !






Nama watak utama dalam movie nie Heather Mason. dia membesar dengan ayah dia. mak dia dah takda. apa yang dia tau, mak dia mati sebab kemalangan jalan raya. tapi sebenarnya mak dia terperangkap di dunia syaitan iaitu bandar misteri Silent Hill. masa dia kecik, bayangan mak dia jumpa ayah dia dan berpesan supaya jaga Heather baik-baik, walau apa cara sekalipun, jangan kasi dia datang Silent Hill. tapi malangnya si Heather nie selalu mimpi buruk pasal Silent Hill. sebenarnya apa yang dia nampak tu bukan mimpi, tapi memang dia ada kat tempat tu. orang-orang kat Silent Hill sungguh-sungguh nak dia dan bawak masuk ke Silent Hill untuk dibunuh. sampai lah dia berkenalan dengan Vincent yang rupanya anak The Order tu. sapa The Order tu kalau nak tau kena tengok sendiri. satu hari, ada something tak best culik ayah dia, siap tinggal pesanan kat dinding rumah dia dengan menggunakan darah. sejak tu, Heather nekad jugak pegi Silent Hill nak cari ayah dia balik. dia tetap jugak nak pegi ke sana walaupun banyak kali si Vincent tu pesan jangan pegi sana sebab sapa-sapa yang sesat ke dalam kabus dan memasuki dunia Silent Hill pasti takkan berjaya keluar dan akan mati di sana. lebih-lebih lagi si Heather nie adalah buruan utama Alessa, kembar Heather sendiri iaitu kejahatan yang menguasai Silent Hill. apa terjadi dan macam mana dia berdepan dengan macam-macam jenis makhluk yang menjijikkan tapi menggerunkan, anda kena lihat sendiri movie nie. hehe !






pesanan daripada The Order yang memburu Heather.





detektif pelik cuba nak selamatkan Heather tapi sayang dia mati awal dalam movie nie.





Silent Hill yang menyeramkan. 







Movie nie ada best dan tak best dia. apa yang aku boleh puji, grafik, costume dan CGI memang terbaik. bila kita tilik betul-betul setiap inci tempat dalam Silent Hill tu mesti semuanya nampak real giler. tengok pada costume makhluk-makhluk yang ada dalam movie nie terbaik daripada segi mekap artis. wah, paling seram bila tengok nurse-nurse kejam tu dan The Pyramid Head. dinding dan lantai semua ada darah, macam kotor gila laaaa tempat tu. yucks ! terima kasih, movie nie berjaya buat aku rasa nak muntah dalam wayang. Mannequin Monster pun scary jugak. benda alah tu akan buat orang-orang yang sesat dalam kabus Silent Hill jadi patung. dia akan guna kepala-kepala orang yang dia dah buat patung untuk jadi mata dia. euuuuwww ! salah satu benda menarik kita boleh lihat kat seluruh situasi movie nie. semua sebijik macam dalam game Silent Hill 3, termasuklah baju yang Heather tu pakai hampir sama dalam game sebenar. tapi makhluk-makhluk dalam game sebenar memang lagi keji gila la daripada yang ada dalam movie nie, super hard core punya. aku sempat main game Silent Hill 1 je sebab masa main dulu tu asyik nak menjerit seram bila jumpa makhluk dia pastu terus tutup PS. jijik weh !





Apa yang aku rasa tak best dalam movie nie adalah plot citer. wah, macam melompat-lompat lah. orang yang susah nak faham benda belit-belit macam aku nie memang bermasalah masa tengok movie nie. haha ! ya, heroin takkan mati dalam citer. jadi, nampak sangat la si Heather nie macam asyik bernasib baik je terselamat. senjatanya hanya mengharapkan pistol yang tak seberapa nak ada peluru. muka pun tak ada calar-calar sangat walhal dia sedang menempuh banyak benda-benda ganas dan keji dalam dunia syaitan tu okay. lepas dah setel the Pyramid Head bunuh Claudia yang hodoh tu, ayah dia boleh pulak tak nak keluar Silent Hill sebab nak cari mak dia. pastu terus ada scene Heather dan Vincent tumpang naik lori yang kebetulan ada lalu situ masa tu. eh cepatnya dia habis bertarung ? hmmm.





ni lah Alessa, kembar Heather yang jahat. habis dibunuhnya penduduk Silent Hill sebab nak balas dendam.





Heather dan Vincent. masing-masing ada kena mengena dengan Silent Hill.




orang yang sesat masuk kabus tu mesti takkan berjaya keluar balik.






THE PYRAMID HEAD






Kalau anda nak tengok dan faham dengan lebih terperinci lagi, cuba tengok movie nie. aku tak tau apa pandangan anda pulak terhadap movie nie. well, people mind's different kan. bagi aku, movie nie terbaik jugak. tapi sangat sangat sangat sangat sangat sangat tak sesuai kalau nak bawak budak tengok movie nie. haritu orang belakang aku kat cinema bawak anak kecik dia. kesian budak tu macam nangis ketakutan. haha ! haritu jugak aku saja taip 'Silent Hill' kat youtube, tetiba terjumpa video pendek scene yang memperkenalkan Pyramid Head nie. sumpah kejam dan buat aku pening keloyaan bila tengok kekejaman dia. tapi jangan risau, dalam Silent Hill 3D Revelation nie, watak The Pyramid Head tak kejam sangat. mungkin disebabkan Silent Hill 2 terlalu ganas sangat then tak ditayangkan kat Malaysia dulu-dulu. mungkin jugak Silent Hill 3D nie ditayangkan kat Malaysia sebab dah kurang sikit ganasnya dan lepas daripada FINAS tapi tetap jugak buat aku pening kepala. aishhhh ! apa-apa pun, aku bagi 4 daripada 5 bintang movie nie. yeay !











selamat menonton !
 bye.














Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted