-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

dia mesti berseri-seri kan nanti ?




Assalamualaikum.





WAH ! ramainya member-member sebaya aku nak kawen hujung tahun nie. satu-satu aku dapat kad jemputan. macam-macam warna, macam-macam bentuk, macam-macam bau wangi, ahaks ! tapi takpe, alhamdulillah jodohnya dah sampai awal. yang penting, kita kirimkan doa moga diorang akan hidup bahagia dengan penuh keberkatan daripadaNya lepas dah bergelar suami isteri. aduh, romantika di siang hari ! ( ya, menaip sambil berpeluh, kipas dah habis kuat pun tetap rasa panas). apasal hari nie Melaka macam terik semacam eh ?



Kenduri kawen yang dekat-dekat tu insyaallah aku penuhi jemputan. kalau yang jauh tuuuuu, insyaallah kalau ada rezeki lebih boleh tanggung minyak dan hotel, aku pegi. haha ! kalau tak dapat pegi, kirim hadiah je la kat pengantin baru. sobs ! mak aku pernah pesan aritu nie. katanya 'kalau kamu dapat jemputan kawen tu, sebolehnya pegi melainkan ada hal penting. kalau sengaja taknak pegi, nanti dah masa kenduri kamu, takda sapa nak datang.' betul jugak cakap mak aku tu. orang dah jemput, apa salahnya kita pegi kalau lokasi tu dekat dan takda apa-apa halangan. lebih-lebih lagi yang dah nak kawen tu. wow !









Aku ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat kengkawan yang bakal melayari bahtera perkahwinan tak lama lagi. tak lupa jugak sapa-sapa pembaca blog nie kalau ada yang nak kawen dalam masa beberapa bulan nie. semoga perkahwinan anda semua dirahmati Allah swt dan sentiasa dilimpahi dengan nikmat dan keindahan bergelar suami isteri. insyaallah ! lepas dah kawen, boleh la bersedia nak dapat anak pulak, yeayy ! aminnnnnn. mintak maaf ya andai ada jemputan kenduri kawen yang aku tak dapat datang. apa pun, aku kirimkan doa untuk kebahagian anda semua. alolololo mesti sume berseri-seri kan masa sanding nanti ? hehe.










okay, bye !
jumpa lagi di entri yang akan datang.


























Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted