-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Cikgu Rupanya.

Assalamualaikum.






Sekarang dah bulan Oktober rupanya. lama gila aku tak update blog weh sejak zaman aku menjalani praktikal fasa kedua haritu. nak cakap nie, aku ucapkan terima kasih ya kepada pembaca-pembaca yang sudi jugak mengikuti perkembangan blog nie, walaupun hampir dua bulan jugak tak update. bila login masuk blog nak update entri, tak sangka ramai yang bagi feedback positif. ingatkan semakin sepi, ahaks ! terima kasihhhh ! (nada intonasi alleycat cakap terima kasih). kali nie punya entri, aku ada niat nak berkongsi pengalaman praktikal kat sekolah di Alor Gajah haritu. selama dua bulan. masa praktikum fasa satu yang dulu tu pun aku tak bercerita sangat kat blog nie. sobs !



Nak start tang mana nie eh ? okay sebenarnya, aku ditugaskan untuk melaksana praktikum di SK Sungai Petai yang terletak di Bandar Alor Gajah bermula 23 Julai sampai lah 21 September, dua bulan la tempohnya. semua nie ditentukan atas undian nasib tau, bukan aku suka-suka nak pilih sekolah. kalau diberi peluang tak kisah nak pilih sekolah mana, wahhh dah tentu aku pilih sekolah yang dekat dengan maktab. jimat kos rumah sewa, kos minyak kete, kos makan minum, kos barang-barang nak mengajar, bla bla bla bla. duit mengalir macam air walaupun takda gaji tiap-tiap bulan lagi, ahaks ! walaupun kena banyak keluar duit, tapi pengalaman macam tu tak mungkin dapat masa kita dalam kuliah kan ? bila lagi nak merasa pengalaman macam tu ye tak ? (ayat nak sedap hati kot agaknya nie) fuhhh.





bersama pasangan praktikum, Sue.




Masa mula-mula datang ke sekolah tu, timbul rasa terkejut sikit. memandangkan sekolah nie betol-betol ada kat depan laluan AMJ, jadi setiap kali aku nak balik dari kampung, aku wajib usha sekolah nie walaupun dapat nampak daripada ekor mata sekali pun jadi lah, ahaks ! daripada view luar, sekolah nie macam besar dan  nampak sasanya tu. tapi jejak kaki kat sana masa hari pertama melapor diri, rupa-rupanya sekolah tu kecik. ada dua bangunan je, satu kecik satu besar. walaupun kecik, suasana persekitaranya bersih dan cantik. sangat terjaga, macam taman pun iya jugak. apa-apa pun, sekolah tu awesome. bilangan murid anggaran 300 lebih dan bilangan guru anggaran 30 lebih. aku suka sekolah sederhana macam nie. kalau sekolah besar memuatkan ribuan murid tu, aduhai aku tak mampu nak imaginasikan macam mana kurusnya aku nanti. wah kemain !



Walaupun sekolah tu kecik, tapi jauh lah jugak kalau kita nak berjalan kelas ke kelas nak mengajar atau kena relief. cakap pasal kena relief nie, aku rasa 2 bulan aku kat situ entah berbelas kali aku relief bermacam-macam kelas dan bermacam-macam murid. aku bakal jadi cikgu pemulihan khas yang ngajar subjek bahasa melayu dan matematik. anda cuba bayangkan, situasi aku yang kena relief subjek berbeza daripada subjek-subjek yang dah familiar dengan aku selama 4 tahun aku belajar kat maktab ? OH NO. walaupun masa kecik dulu pernah belajar, tapi ini pengalaman yang mencabar gila weh ! tambahan pulak, macam-macam pandangan orang pasal murid-murid nie. ada yang kata murid kampung atau pedalaman nie dengar kata dan tak degil. kalau belajar, diorang bersungguh-sungguh. ada jugak yang kata murid kampung nie sebaliknya. setakat nie, aku tak pernah ajar sekolah yang betul-betul pedalaman punya. jadi, aku rasa murid-murid sekolah nie okay je, still nice. lain tempat, lain gayanya, ye tak ?




sekolah awesome.



Pada mulanya, memang kekok gila. aku sepatutnya duduk di bilik pemulihan khas memandangkan kursus aku melibatkan pendidikan pemulihan khas bagi murid-murid yang khas (eh, apesal banyak perkataan 'khas'?). istimewanya, kami diberi peluang duduk di dalam bilik guru bersama guru-guru senior yang lain. masa melangkah ke dalam bilik guru buat pertama kali, rasa jantung nak meletus ! nak senyum pun terkial-kial dan hasilnya ia menyebabkan senyuman aku berbaur ketidakikhlasan. aku benci diri aku tauuu, sobs. minggu pertama berada di sekolah tu, 'memberi' aku peluang untuk buat banyak terapi senyum dan senyum dan senyummmmm. aku jugak berkenalan dengan murid-murid tu. biasa lah cikgu baru, respectation dan penerimaan murid-murid terhadap aku belum ada lagi. tapi, ayat yang aku dengar tiap-tiap hari dan tiap-tiap masa daripada diorang, 'eh, cikgu baru lah ! cikgu syiqin !'. masalahnya, bila diorang cakap ayat tu, diorang akan berbisik antara sesama diorang. aku nie kekadang terpaksa hipokrit senyum kat diorang tapi telinga aktif nak dengar apa diorang kata. arghhh ! orang kata, murid sekolah melambangkan diri kita masa sekolah dulu. adakah masa aku sekolah rendah dulu, aku macam tu ? mungkin laaaa.




Antara perkara yang cukup aku gerun masa praktikal tu ialah ditugaskan mengganti kelas Tahun 1. siap bold tulisan tau ! kelas Tahun 1 adalah mimpi ngeri yang paling worst bagi cikgu praktikal kat negara nie, termasuklah aku. bukan senang nak kawal budak-budak nie. kalau budak-budak tadika takpe lah sebab pembelajaran tadika memang cenggitu. suatu hari yang tak berapa nak hening, aku sedang melangkah naik tangga dari bawah dan aku dengar kelas tu bising gila punya gila. masa kaki aku melangkah je masuk kelas tu, diorang buat tak tau. yang main baling kertas, tetap baling kertas. yang main kejar-kejar, tetap berkejar-kejar. yang bercakap sambil jerit-jerit, pun tetap buat tak tau. hanya ketua dan penolong kelas je yang 'perasan' kewujudan aku kat situ. 'Assalamualaikum cikgu asyiqin !'. anda bayangkan, tiada langsung murid yang ikut sebut salam untuk guru tu. gila ! nie kelas ke fun fair nie ! aku perhati je apa yang diorang buat dan terus duduk di meja guru. muka aku dah habis garang lah masa tu, tapi taktik tu tak berkesan. lebih-lebih lagi bulan puasa, perghhh memang mengusik jiwa raga.



Then, aku bangun dan aju jari telunjuk aku ke arah murid-murid yang aku target, sambil cakap perlahan tapi tegas, 'kamu !'. aku suruh diorang berdiri seorang demi seorang di hadapan papan putih. masa tu, macam satu keajaiban dunia sedang berlaku. bila murid-murid lain nampak kawan-kawan diorang didenda berdiri di hadapan diorang, baru lah semua duduk diam dan elok kat tempat masing-masing. murid-murid yang kena denda berdiri kejap tadi, tengok aku dengan muka menyesal lepas aku suruh diorang duduk. aku cakap kat diorang macam nie, 'kalau kamu semua nak cikgu hormat kamu, maka kamu semua mesti hormat cikgu jugak. faham ?'. lepas tu aktiviti kelas pun dapat dijalankan oleh aku dengan lancar. aku ajar diorang main permainan silang nombor. hahaha ! jahat tak aku ?





salah satu hadiah pelik tapi menarik daripada murid. woi nama aku salah woi ! haha






Bukan je dapat banyak pengalaman menarik, tapi pengalaman dapat hadiah-hadiah daripada murid-murid kat situ. wah, rasa macam artis ! (okay, tipu). ada yang bagi kat aku secara sorok sebab dia tak nak murid lain tau dia bagi hadiah kat cikgu baru. ada jugak yang tunggu aku siap makan kat tangga kantin tu untuk bagi hadiah. kadang-kadang dapat hadiah bentuk makanan, kadang-kadang dapat jugak bentuk kad. takda lah aku nie sampai nak menangis terharu, tapi tipu lah cakap kalau aku tak rasa apa-apa perasaan dihargai dan diterima oleh murid-murid, walaupun aku tak pernah masuk kelas dia. pernah jugak murid tu bagi aku hadiah makanan. nampak macam menarik, tapi sayangnya dah rosak makanan-makanan tu. macam mana pun, aku terima dengan hati terbuka siap usap kepala dia dan cakap 'harap kamu belajar sungguh-sungguh dan berjaya nanti ya'. budak-budak nie ada yang datang daripada keluarga miskin. pada dia, kalau cikgu bagi kata-kata semangat kat dia pun dia dah rasa cukup disayangi. dulu aku kekok gila bila berhadapan dengan budak-budak. tapi, mungkin sekarang dah sedar diri kot, ahaks ! entah lah, mungkin bila aku berhadapan dengan diorang rasa macam berhadapan dengan adik sendiri. doa-doa diorang adalah doa-doa untuk kejayaan aku jugak...




Walaupun aku masih dalam tempoh praktikal, tapi benda-benda macam nie lah buat aku lagi menghayati jiwa seorang guru. bukan setakat ajar diorang, tapi sayang diorang macam anak kita sendiri. jadi, kekadang aku sanggup tak tido malam sebab nak siapkan RPH (rancangan pengajaran harian) dan bahan bantu mengajar yang terbaik buat diorang. kalau ikutkan malas, mahu je aku buat cincai boncai asalkan ada ye tak. bila aku nak tido, jam dah menunjukkan pukul 6.15 pagi. alamatnya memang tak tido langsung. kalau tido jugak walaupun sekejap, memang cari nahas ! haha. buku RPH aku pun biasa-biasa je, tak sehebat orang lain. tapi kalau buat sesuatu kerja, aku akan buat sungguh-sungguh. biarlah lambat, asalkan cantik dan berkualiti. haha, korang percaya tak ? kalau tak percaya...sobs.




yang tebal ada pen kat atas dia tu buku RPH. yang kat dalam laptop tu kena buat jurnal mingguan. dan yang conteng kat buku nota tu rancangan atau planning buat rangka RPH.





tu tulisan aku, BURUK ! sedang tanda lembaran kerja murid. ah, abaikan pen ada perkataan POPULAR tu. hehe !




Anda tahu apa itu bahan bantu mengajar (BBM) ? kalau yang tak tau apa BBM tu adalah seorang cikgu, memang tak boleh dimaafkan. hah ! BBM merujuk kepada bahan bantu mengajar. benda alah nie digunakan untuk cikgu mudahkan murid-murid tu faham dan kuasai pembelajaran. selalunya bidang pemulihan khas nie memang totally kena buat BBM banyak-banyak. okay, aku akan tunjukkan salah satu BBM yang aku hasilkan. BBM nie aku namakan Dam Misteri. yelah, kurang proaktif katanya. walaupun kurang sempurna, tapi aku puas hati dengan usaha aku sendiri. whoa, dam misteri nie amik masa 2 hari tau nak siapkan, sampai aku tak tido malam nak menampal. pada mulanya, memang jenuh nak cari idea hasilkan benda alah nie. kena buat draf, kena pikirkan fungsi setiap petak-petak tu, kena plan dengan teratur, dan banyak lagi lah. belum lagi ongkos penghasilannya. sebenarnya, BBM nie dihasilkan untuk assignment matematik. akhirnya, voila !




diorang semua dapat hadiah dalam permainan nie tau !





BBM dam misteri yang tak diketahui tang mana misterinya. haha !











eh ? okay VIDEO UPLOADED.





kenangan bersama murid-murid pemulihan khas. 
terima kasih kerana sudi membaca ! 








P/S : tahukah anda gambar ini diambil selepas tamat relief kelas Tahun 1 ? OMG !

ahaks ! bye !


Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted