-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

tragedi 6 mei 2012, Al Fatihah buat arwah berdua.


Assalamualaikum.




Korang ingat lagi tak kisah sedih tragedi kemalangan 6 Mei 2012 haritu ? mungkin ramai yang dah sedia tau pasal kisah sedih nie, dan mungkin jugak ada yang tak tau. banyak dah kisah kemalangan yang aku dengar daripada macam-macam sumber, tapi entah kenapa kisah kemalangan yang kali nie betul-betul menusuk kalbu lah bak kata orang tu. mungkin sebab melibatkan sorang baby dan suami isteri yang muda baru nak merasa alam perkahwinan sampai ke tua. sumpah sedih, sobs. jadi, aku terpanggil nak kongsi pasal kisah sedih nie dengan pembaca blog. bagi yang tak tahu pasal kisah sedih nie lagi, harap perkongsian nie sedikit sebanyak dapat buat korang tahu informasi.




Mula-mula aku tak perasan pun berita pasal kisah kemalangan nie dah tersebar. sampailah suatu masa dulu orang dok kecoh kat Facebook pasal kisah sedih 6 Mei 2012. aku pun tertarik hati nak baca apa sangat lah yang sedihnya tu. kalau kemalangan pasal orang mabuk arak, memang aku tak amik port langsung. tapi tetiba nampak gambar kecik dia ada baby kepala tengah berdarah. aku pun baca dengan satu perasaan yang biasa. niat saja nak baca sebab nak tahu. maklum lah, berita kemalangan nie tak pernah luput dalam  kehidupan manusia ye tak. makin banyak aku baca kisah nie ke bawah, makin sayu mata aku dan mula lah mata nak keluarkan air tak hingat tanda sedih dengan citer tu. ini lah kisah kemalangan ngeri kedua yang buat aku tak boleh tido beberapa malam dek selalu terkenang dan terngiang-ngiang kat kepala. bagi yang tak pernah baca, meh lah baca citer yang disampaikan saksi kejadian live kat highway LPT kat bawah nie..






"Lebih kurang pukul 6 petang 6-may-12, aku masuk hiway Plus dari kuantan nak ke KL. Aku maintain crusing 180km/j tetiba aku perasan ada kereta belakang lagi laju. Aku tengok Inspira makin dekat dgn keta aku then aku masuk lane kiri bagi laluan dia memotong. Pastu aku terus follow inspira tu, meter dah jadi 200km/j. Wow hati kering driver inspira tu! Keta standard, absober standard, rim dan tayar pun standard kilang.
Memandangkan speed dah 200km/j then aku follow je dalam jarak lebih dari 5 biji kereta demi keselamatan. Enjoy pasal inspira tu rajin hi beam halau kereta ke tepi so aku kat belakang dia just follow je la. Time coner jalan tak rata aku nampak inspira tu body dah goyang tapi dia tetap maintain speed. Ada jugak terdetik nak potong dia tapi memandangkan aku plan nak crusing je so aku maintain je la speed 200km/j kat belakang dia.
Tetiba kat depan ada sebijik Mitsubishi Lenser 2.0 kat lane kanan dalam kelajuan 140km/j. Lancer tu taknak ketepi tapi terus tekan minyak dan inspira tu terus cucuk. Hmmm kereta yg sama cuma pengilang yg berlainan. Proton Inspira vs Mitsubishi Lencer.
Aku pun ikut je la dari belakang untuk melihat aksi mereka. Meter naik balik ke 200km/j. Kalau ikut darah pahlawan time ni sedap potong kedua-dua tu tapi angin tengah baik lagipun lately tak tau la aku macam gerun sikit nak rembat kaw-kaw, hmmmm mungkin ada hikmah tu. so aku ikut je dari belakang.
Dalam 5 minit aku follow melihat aksi mereka ada pulak sebuah bas di belakang antara beberapa buah kereta yg bawak pada kelajuan biasa kat lane kiri. Inpira masih mencucuk lenser dgn rapat dan aku makin menjarakkan sikit demi keselamatan.
Tetiba aku nampak inspira, lenser, bas dan beberapa kereta kat depan macam ada kacau bilau. Terus aku nampak lenser tu melanggar pagar kiri hiway dan melintas depan keta aku lalu langgar pagar kanan pulak dan melompat sambil berpusing ke udara lalu jatuh ke laluan sebelah yg menghala ke terengganu.
Sewaktu Lancer tu diudara sebuah kereta di laluan sebelah betul2 berada dibawah lenser tu. Nasib kereta tu memang baik tapi bila lenser tu dah terempas ke laluan sebelah ada sebuah kereta lain terlanggar serpihan lenser tu lalu terbabas dan langgar pagar.


Kereta Inspira tu aku perasan slow sekejap pastu terus menghilangkan diri. Masa aku pelahankan kereta untuk berenti aku perasan penumpang lenser yg duduk di depan dah kaku.
Sebaik je aku berenti aku terus berlari ke lenser tu untuk membantu. Aku antara org terawal sampai dan masa aku tengah melintas pagar kat tengah hiway untuk ke laluan sebelah ada sorang brother yg berlari lebih awal bagi tau ada baby kat tengah jalan.
Ya Allah!!!!! menggigil kepala lutut aku dan rasa sebak cam nak nangis nampak baby yg aku rasa baru beberapa bulan dah tercampak keluar dan ada kat tengah-tengah jalan. Aku terus jerit kat brother tu suruh angkat je baby yg tengah menangis tu. Brother tu pun macam panik tapi aku jerit je suruh dia angkat baby tu.
Syukur kereta di laluan tu suma terus berenti. Aku terus pergi kat ke lenser tu dan ada orang suruh mangsa mengucap. Bila aku tengok kedua-dua penumpang dah diam.
Aku nampak penumpang depan perempuan, masih dalam ber’seatbelt’ dan air bag dah kempis. Kepala penumpang tu dah tunduk kedepan tapi aku yakin tengkok patah pasal nampak tulang tengkok macam nak terkeluar. Dia dah tak bernyawa.
Aku periksa pemandu, lelaki, masih memakai seatbelt dan airbag dah kempis. Pemandu tu pun terlentok kaku. Ada kesan lebam di leher. Aku yakin dia pun dah tak bernyawa.
Aku terus pesan pada dua tiga orang yg ada kat situ supaya jgn sentuh mangsa yg dah tak bernyawa. Apa-apa hal tunggu polis. Pastu ada brother terus jaga lalu lintas dan aku pun bersihkan serpihan lenser tu untuk bukak jalan. Aku ternampak beberapa document peribadi mangsa atas jalan terus aku kutip dan kumpulkan satu tempat.
Aku periksa baby tu pulak, dahi dia luka kena jalan. Nampak isi warna putih dan berdarah. Aku terus kumpulkan beg-beg yg tercampak keluar dan untuk carik beg baby lalu aku kumpulkan setempat. Alhamdulilah ada sorang pakcik dan anak perempuan dia datang bantu tolong pegangkan baby tu. Aku keluarkan tuala dari beg baby tu untuk tutup kepala dia. Aku carik susu tapi dah takde dalam beg.
Aku selongkar beg mangsa untuk cek document yg mungkin boleh membantu aku menghubungi ahli keluarga mangsa tapi semuanya cuma document peribadi mangsa je dan takde no ahli keluarga mangsa.
Dalam masa 20 minit lepas kejadian tetiba ada pakcik tu ambih phone mangsa dan call ahli keluarga mangsa. Rupa-rupanya ada ahli keluarga mangsa ada convoi bersama mangsa hampir sampai ke tempat kejadian. Bila hali keluarga mangsa sampai terus kitorang suruh ambik baby tu dulu dan hantar ke hospital.
Aku rasa macam nak ambik gambar mangsa tapi tak sampai hati. So aku ambik gambar kereta mangsa je dari depan.
Pastu dalam beberapa minit polis, bomba, ambulan pun sampai.
Aku kat tempat kejadian ada la dalam sejam dan berulang2 kali aku terpaksa bercerita dari awal hingga habis. Sempat jugak aku bercerita pada ahli keluarga mangsa yg datang ambik baby tu.
Aku tinggalkan tempat tu dgn kaki yg mengigil. Live depan mata excident 200km/j. Dalam masa beberapa saat je 2 nyawa melayang, baby terpelanting keluar kereta dan baby yg tak tau apa-apa kehilangan ibubapa selamanya.
Aku teruskan perjalanan ke KL dgn kelajuan yg tak sampai 160km/j. isteri aku kat sebelah troma dan ketakutan. Dalam kereta sunyi sepi tak berborak, radio pun tak on. Sampai tol gombak baru aku bukak radio dan cuba bercakap dgn wife aku untuk tenangkan dia.
Lancer crash at 200km/j. Dari laluan kuantan ke KL terpelanting ke laluan sebelah (KL ke Kuantan). minyak engine + coolen mengalir keluar. "





Dah baca ? Bagus.



Kalau korang rasa kisah kat atas nie tak sadis dan tak sedih dan dan dan ala-ala standard kemalangan biasa, korang memang hati kering. lencun baju aku dok menangis weh, punya lah nak cakap sedih aku tu sebab boleh rasa nasib malang baby yang baru beberapa bulan dah tercampak keluar ke tengah higway. kalau aku jadi baby tu, apa lah jadi kat hidup aku bila dah besar. hidup lagi ke aku ? dapat ke mampu ke aku membesar tanpa kasih sayang mak ayah ? boleh ke orang lain jaga makan minum pakai aku macam mak ayah aku jaga ? apa rupa mak ayah aku walhal aku baru hidup 6 bulan mengenal dunia ? sangat sedih, tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata.





Kereta keluaran Mitsubishi Lancer a.k.a Evo 10 boleh dikatakan kereta idaman aku. nak beli sebijik macam mampu tak mampu je beli. hanya mampu tengok dan puji dengan satu perasaan kagum kalau terserempak dengan Evo 10 sebijik kat jalan raya, memang pantang. kelajuan dia tak payah cakap, 2.0 tu dah cukup laju bagi aku. tak payah pikir nak dapat ferrari, dapat evo 10 pun dah bersyukur tak hingat. tapi aku manusia biasa jugak. salah satu sifat manusia yang nyaa ialah gemarkan kuda. zaman dulu orang naik kuda nak pegi mana-mana, tapi sekarang orang naik kereta sebab dah maju. apa-apa pun, nafsu nak ada sebuah kenderaan maha hebat tu tetap ada. konsepnya mudah saja. kereta besar, maka enjinnya besar. enjin besar, maka selesanya 'besar'. selesanya 'besar', maka kelajuan pun 'besar' jugak lah.





Secara jujurnya, aku menangis kesedihan bila tengok satu-satu gambar suami isteri tu dan anaknya. aku seolah-olah boleh faham apa yang arwah rasa, arghh mungkin aku yang terlebih menghayati kot. kedua-dua arwah masih dalam lingkungan umur yang muda. baru merasa dapat cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama. sudah tentu banyak kenangan manis arwah dah lalui sepanjang hidup bersama, tapi Allah swt takdirkan ajal arwah sampai disitu saja. apa yang buat aku paling sedih, arwah berdua sehidup dan semati bersama. dikuburkan bersama sebelah menyebelahi. dan menghembuskan nafas terakhir pada saat yang sama. aku pernah berdoa agar suatu hari nanti nyawaku akan dicabut, aku mahu aku dan suamiku ketika itu bersama-sama pergi denganku, bersama di dunia dan akhirat. ya, sehidup semati. masa belek-belek gambar, aku ada sempat tertengok gambar masa kejadian di mana kedua-dua mayat masih ada dalam kereta. sedih, arwah pakat sama-sama pakai baju warna putih nak pegi jemputan kenduri kahwin. mungkin itu tanda arwah nak pegi, sapa tahu kan ? ada lagi banyak gambar aku kongsi kat sini hasil share dengan google..

























Tujuan aku buat entri nie bukan nak mengaibkan mahupun mengapikan mana-mana pihak. aku simpati dengan arwah dan anaknya yang cedera. ada hikmah kenapa Allah swt pelihara baby tu daripada kematian, kita takkan tahu sebab itu rahsia Allah swt. realitinya, baby tu sekelip mata kehilangan kasih sayang ibu bapa. baby tu baru nak mengenal dunia dan pada umur yang kecil macam tu apa lagi yang dia harapkan melainkan kasih sayang ibu bapanya sepenuh masa ? aku mahu berkongsi perkara nie dan jadikan ia sebagai ikhtibar kepada kita semua. kisah nie sendiri membuatkan aku sentiasa beringat dengan kelajuan bila berada di highway. entah kenapa kisah nie asyik terngiang-ngiang je kat kepala, bila terngiang-terngiang mula lah hati nie rasa tak sedap. aku nie punya imaginasi yang tinggi, sampaikan aku boleh terbayang bagaimana kejadian tu berlaku. itu yang buat aku kadang-kadang tak boleh tido malam. marilah kita sedekah Al Fatihah buat arwah berdua.




Beringat lah wahai kita yang masih bernafas di bumi Allah nie, lane paling kanan kat highway tu bukan untuk tempat kita lumba kereta sapa paling laju paling hebat. kadang-kadang aku berpotensi jugak nak jadi panas hati dengan sesetengah manusia yang tak sedar diri kat highway. mentang-mentang kereta dia laju dan hebat, agaknya sebab tu lah dia menunjuk semacam kat highway. kita ada hak sebagai pengguna highway, tapi berpada-pada lah ye tak ? kalau nak suruh orang bagi laluan pun, jangan lah guna cara kurang ajar sampai membahayakan nyawa orang lain. kesimpulannya senang, JANGAN BERMAIN DENGAN KELAJUAN walaupun sejauh mana keyakinan diri anda. kepada pemandu proton Inspira tu, mesti hidup dia takkan tenang sampai ke akhir hayat kan ? semoga dia menyesal dengan perbuatan sombongnya itu. ucapan takziah jyga buat keluarga arwah, semoga arwah ditempatkan rohnya di kalangan roh-roh orang yang mukmin. semoga kita semua mengambil kisah ini sebagai ikhtibar, lebih-lebih lagi nak raya nie woi.










Terima kasih kerana sudi membaca.








Comments
5 Responses to “tragedi 6 mei 2012, Al Fatihah buat arwah berdua.”
  1. Mungkin dh ajal dia syikin... Apapon kena beringat sblm kena. Tak lari kemana pon kg kita kalau bwk slow2 kan ;)

    Selamat hr ry aidilfitri. Maaf silap dan salah, terkasar bhs.

  2. Anne Sera says:

    Kite nangis :( serius sampai bile2 kite xkn bawak kete laju2.

  3. kak haiza : ya setuju dengan kak haiza. biar lambat asalkan selamat. selamat hari raya aidilfitri jugak, saya pun sama mintak maaf andai ada buat salah silap :)

    anne sera : sama-sama lah kita amik kisah nie sebagai ikhtibar. saya pun mula-mula baca, meleleh jugak. al Fatihah.

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted