-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

stress jadi dewasa


Assalamualaikum.





Pejam celik pejam celik tinggal lagi lebih kurang 2 minggu untuk kita berpuasa di bulan ramadhan yang mulia nie. kalau dulu masa kecik-kecik, bulan ramadhan dan bulan syawal lah bulan paling bahagia untuk aku. maklum lah, masa tu niat puasa tak ikhlas sebab asyik buat kira-kira duit raya, ahaks ! selepas sahur pasti baring kat katil dan berangan, maka ayat abah 'kalau puasa penuh, abah bagi RM100' pun akan asyik terngiang-ngiang di kepala. sekarang nie bila dah besar, bahagia berpuasa untuk dapat duit raya tu dah tak pernah nak wujud dalam kepala otak aku. malah, makin aku dewasa, makin pening kepala pikir keluar duit untuk raya woi hoiiiiiii.



Bila umur dah besar, sikit demi sikit aku dah paham apa yang selalu buat mak ayah kita pening kepala kalau hari raya makin dekat. apa lagi yang kita selalu pikir kat dunia nie kalau bukan pasal DUIT, ye tak ? duit untuk langsir rumah yang baru, duit nak bagi budak-budak yang datang beraya, duit nak bagi anak-anak, duit nak belanja ayam daging dan bla bla bla untuk raya pertama. belum lagi pikir ongkos baju raya, kasut raya, subang raya, kerongsang raya, gelang raya, tudung raya, spender stoking raya ? mudahnya kalau jadi orang lelaki. dalam kepala diorang cuma terbayang beli songkok dan beli baju melayu sehelai je, tu pun dah cukup sangat. tapi kalau jadi orang perempuan, kalau boleh setiap hari dalam bulan syawal mesti nak sepasang baju raya. ewah kau ?




Barang sekarang bukan main lagi nak demand tak hingat. kalau kita tak pandai bajet, memang kering weh ! tapi lain citer pulak kalau dah nasib orang senang nie, memang takkan merasa menjadi orang susah bila hari raya akan menjelang. Tuhan uji sikit dengan kemewahan, maka dia gunakan kemewahan tu untuk pembaziran. langsir rumah tahun lepas elok lagi nampak baru, dia pegi kedai beli yang baru sebab perasaan tamak haloba. baju raya tak hingat nak beli 10 hingga 20 pasang. alih-alih, lepas raya dah habis baju-baju tu semua jadi pekasam dalam almari siap kena makan dengan tikus, ahaks ! kuih-kuih raya kalau boleh sampai nak lawan rating beratus-ratus balang dengan jiran sebelah, humangaih ! itu dia, punya lah taksub nak menyambut ketibaan bulan syawal. patutnya dia taksud menyambut bulan ramadhan dan buat amal ibadah dengan ikhlas. manusia oh manusia.


orang laki mesti suka makan kuih raya nie dengan terlampaunya.





Kini, adik-adik aku makin membesar dan sepupu sepapat yang kecil molek makin banyak. sedara mara makin ramai, maka hari pertama adalah hari yang paling sibuk dalam bulan syawal. seperti biasa, bila menjelang je pagi raya, akulah orang yang akan diamanahkan untuk membeli ketul ais sebesar guni. malam raya, aku dan kakak aku takkan ketinggalan buat kek dan cupcake raya. aku setuju mengatakan yang zaman kanak-kanak adalah zaman yang heaven bagi semua orang. aku pun tak pernah berharap lagi untuk dapat duit raya, apa yang penting bagi aku ialah nikmat menyambut hari raya itu bersama keluarga tercinta dan sanak sedara dengan kegembiraan namun masih ditahap sederhana dan tidak membazir. dunia pun semakin berubah mengikut peredaran zaman. kini tanggungjawab aku pulak balik kampung beli dan bawak biskut raya berbalang-balang. mak aku dah tak larat buat kuih raya, tak macam dulu. sob sob sob ! indahnya zaman kanak-kanak weh, arggggghhhhh ! seronoknya kalau aku ada jam yang boleh mengawal masa lampau dengan masa sekarang kan. doraemon, mana kau ha ?













Apa motif aku membebel kat atas nie sebenarnya ? aku pun tak tahu.
mungkin stress nak raya agaknya.
 okay bye !













Comments
One Response to “stress jadi dewasa”
  1. Pesal buat kuih raya cmtu..haha segan la nk mkn..hihi

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted