-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

kenangan majlis merisik 10/6/2012.




Assalamualaikum.





Haritu aku dah janji nak update entri baru. maka, entri kali ini aku berkongsi pulak pengalaman majlis merisik aku. tak sangka, aku yang masih muda belia nie (perasan muda) bakal jadi tunangan dan seterusnya isteri orang. ahaks ! serius aku tak percaya. majlis aku biasa-biasa je, semuanya ala kadar. takda khemah, takda buat kenduri kendara maha besar sampai jemput 500 orang, takda pelamin yang penuh bunga-bunga. kadang-kadang aku tengok majlis merisik orang lain, perghhhh..siap 3 4 khemah ! agaknya sedara mara dia ramai gila kot tu yang pasang khemah banyak-banyak ?


Meh sini aku cerita sikit serba sikit pasal majlis merisik aku. ikut orang jawa, majlis merisik tak perlu buat besar-besaran. dulu masa aku kecik-kecik, aku ingatkan merisik nie macam kenduri kendara. tapi bila aku dah besar, baru lah aku ngerti dong ! nenek aku cakap, majlis merisik tak digalakkan jemput orang luar yang takda kena mengena dengan keluarga. bukan nak menyombong, rupa-rupanya ada sebabnya tersendiri. orang luar tak boleh datang masa merisik sebab takut ramai jadi tukang batu api. selalunya, dalam majlis merisik, kedua-dua belah pihak akan berbincang pasal kenduri dan wang hantaran. karang kalau ramai orang luar masa merisik tu, ramai pulak yang jadi tukang hasut keluarga belah perempuan pasal wang hantaran. contoh ? "cik mah oi, mana cukup 9 ribu duit hantaran. anak engkau gaji besar, cantik comel lote, kereta mewah, takkan mintak 9 ribu je ? persetankan cakap anak engkau tu, janji kenduri nanti engkau senang ! mintak je 12 15 ribu cik mah, baru cukup berbaloi !". begitulah hendaknya rakan-rakanku sekalian.



Lepas dapat kata setuju keluarga aku dengan keluarga belah abang Faudzli, tarikh 10 Jun 2012 bersamaan hari Ahad dipilih untuk buat majlis sederhana nie. memandangkan keluarga dia jauh nun di Melaka, jadi majlis berjalan masa tengahari panas terik. memang sedap pekena pencuci mulut buah-buahan weh. hehe ! mak aku, nenek dan sedara mara sibuk bergotong royong masak macam-macam kat dapur. yang paling kelakar, mak aku nak buat ayam pandan ala-ala rempah tapi kesian ayamnya tak jadi, siap hangus lagi ! maka, cancel lah buat menu ayam pandan tu. haha ! majlis aku sederhana tapi meriah. dari awal pagi sampai ke petang, rumah aku riuh dengan orang bersembang dan bergelak tawa. bunyi budak-budak menangis dan berlari sana sini. masa tu, mak aku suruh banyak duduk dalam bilik je. aku tak dibenarkan keluar bilik kerap sangat. tak manis dipandang orang, tu mak aku kata lah. jadi, aku pun duduk je dalam bilik aku dan sibuk menyiapkan diri.



90 % lagi untuk siap berdandan.



Bila keluarga pihak lelaki dah sampai, diorang disambut dengan keluarga dan sedara mara aku. abang Faudzli bagi SMS dan cakap yang dia dah sampai rumah aku. berdebar hati aku hanya Tuhan yang tau. (memang over nak berdebar, bukan nak bernikah pun ye tak ? haha). aku masa tu duduk dalam bilik dengan perasaan risau dan gelisah. sebenarnya tak ada apa yang aku takut. cuma kelancaran majlis nie yang buat aku berdebar. alhamdulillah doa aku dan abang Faudzli diperkenankan Tuhan, majlis nie berjalan dengan sangat lancar dan perbincangan dapat kata putus. masa perbincangan sedang berlangsung, abang Faudzli telefon aku. dia duduk di anjung rumah sebab lelaki tak boleh dengar perbincangan. kami amik waktu tu untuk meluahkan perasaan masing-masing. cewah ! lepas perbincangan dah setel, aku dibenarkan keluar untuk tolong-tolong sikit. mak suruh aku angkat makanan-makanan ke ruang tamu untuk hidang makan tengahari diorang.



Seronok gila bila gathering dengan sedara mara weh. tengok diorang bergotong royong, makan sama-sama, basuh pinggan ramai-ramai. rupanya bukan hari raya je macam nie kan ? baru je aku duduk nak main-main dengan budak-budak kecik yang gebu kat situ, mak aku panggil aku ke depan ruang tamu. masa tu semua orang dah ready nak amik gambar. aku tengok bakal mak mertua aku ada duduk kat sofa menunggu aku. ini lah saat yang paling mendebarkan pada hari tu. aku duduk sebelah bakal mak mertua aku. kemudian, jari aku ditarik lembut dan dia menyarungkan cincin merisik sebagai tanda yang aku nie dah kena 'booking'. hati masa tu dup dap dup dap berdebar. shaking jugak la tangan aku weh. abang Faudzli duduk menghadap aku dan tersenyum sipu. aku tenung cincin kat jari manis aku. cantiknya cincin nie, alhamdulillah.







Kisah aku dan abang Faudzli takda lah macam citer hindustan nak bernyanyi-nyanyian di taman bunga. kami kenal pun tak lama, baru saja 5 bulan. masa tu aku nak pegi satu gathering kelab. abang Faudzli antara orang penting untuk gathering tu. malangnya aku takda kenderaan nak kesana. jadi, dia offer jemput aku dan pegi sama-sama ke gathering tu. masa tu aku takda apa-apa feeling nak bercinta lagi. lepas habis gathering tu, dia hantar aku balik dan kami tak berhubung apa-apa pun. esoknya aku balik ke kampung, dia bagi aku SMS. aku tak balas pun SMS dia, tak tau lah kenapa masa tu rasa macam malas nak balas. dia cakap kat aku masa tu rasa kecewa sangat dan pikir aku tak sudi nak berkawan dengan dia. seminggu lepas tu, aku saja-saja bagi SMS kat dia nak tanya khabar dan dia balas SMS aku dengan perasaan yang gembira. sejak itulah kami rapat di telefon dan selalu jugaklah berjumpa berikutan maktab aku dan rumah dia dekat je. selang beberapa minggu berkenalan, dia luahkan perasaan sungguh-sungguh kat aku, dan cakap mahu memperisterikan aku secepat mungkin. wah, nie baru betol macam citer hindustan, haha ! mula-mula aku cukup sangsi dengan niat dia. macam-macam usaha dia nak buat aku cintakan dia, tapi hati aku susah nak terima siap selalu jual mahal dengan dia. sampai akhirnya berlaku kejadian dia jatuh sakit tapi tak bagitahu aku langsung. keputusan nekad, aku pun menggelabah gila cari dia di pejabat TNB dan masa tu baru lah aku sedar yang aku sebenarnya sudah pun sayangkan dia. see ? betol cakap orang, bercinta lama-lama pun tak guna. lagi manis rasanya bercinta selepas nikah. haha !





So, tu saja pengalaman yang aku nak kongsi. secara jujurnya, aku bersyukur pada Allah swt sebab mengizinkan majlis ini untuk berjalan dengan lancar. terima kasih daun keladi bagi semua yang sudi wish kat Facebook aku. terima kasih tak terhingga korang mendoakan yang terbaik buat aku dan abang Faudzli. semoga korang semua sentiasa mendapatkan perlindungan dan diberkati Allah swt. kat bawah ini aku kongsikan lagi sikit gambar-gambar masa majlis tu. maaflah, gambar cam whore je banyak ! ahaks.







































































Terima kasih kerana sudi membaca. 
Okay, bye !










Comments
5 Responses to “kenangan majlis merisik 10/6/2012.”
  1. Anonymous says:

    nice..:-)..gambar dgn tunang xde ke?:-)

  2. bukan tunang. nie baru majlis merisik je :)

  3. salam kenal...:-) menarik blog awak... jemput follow blog sya juga yer..http://asyiqinkaya.blogspot.com/2012/10/kisah-exam-cik-bunga-part-1.html

  4. terima kasih ya asyiqin :)

  5. Sy bru bace cerita ni walopon mngkin awk dh bkhwin skrg....tp nk tnye jugak...bg adat org jawa, mmg time merisik ye kne bincang wang hantaran...sbb stahu sy time meminang..sy conpius jugak sbb keluarga pihak lelaki nk dtg merisik sy dan btnye berapa letak harga...n nk tnye juga, lps mjlis merisik awk, ade buat mjlis tunang jugak ke atau terus nikah? Minta pncerahan, sbb takut salah adat

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted