-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

iklan menipu dan kita tertipu.

sudah lama aku tak mencoret dalam blog nie. entah lah, apa peel aku sekarang. mungkin sebab semester nie aku cukup sibuk, itu yang tak update blog even nak login pun tak sempat weh ! haha, okay aku raja segala pemberi alasan. okay tak macam tu ? ahaks.


straight to the point, memang biasa kalau orang nak berniaga, mesti dia nak untung gila, kan ? kalau dia tak buat penipuan cara kasar, dia buat penipuan cara halus ! kalau dia tengok pelanggan buat derk je dengan penipuan dia, dia mesti pikir-pikir nak buat penipuan yang lebih 'mantop' daripada yang asal. okay sebenarnya apa yang aku karut sangat pasal penipuan nie ? gila LAME ! ya, penipuan iklan-iklan yang menipu !




1) Sarung Cadar Katil



masa aku nak masuk asrama dulu, mak aku ada belikan satu sarung cadar. sepertimana yang kita tahu, selalunya sarung cadar memang dah siap berplastik segi empat tepat. sebelum mak aku nak belikan kat kedai, aku dah pesan awal-awal suruh mak cari sarung cadar yang paling cantik dan menarik ! bila mak aku dah balik, aku tengok sarung cadar yang mak aku belikan dan aku cukup suka dengan pilihan mak aku.

kemudian, aku amik sarung cadar tu dan simpan terus dalam loker, kononnya nak feeling suprises lah masa pasang sarung cadar tu nanti. esoknya aku pasang kat katil aku dan oh my ! sarung cadar tu tak muat dan pendek. aku telefon mak aku tanya sama ada mak aku salah tengok ke apa. rupa-rupanya bukan salah mak aku, tapi salah iklan yang ditampal kat plastik sarung cadar tu. kat dalam iklan tu ditulis saiz standard untuk semua jenis katil, padahal menipu. ceh ! macam haroooommm







2) Burger Mcd Prosperity





burger Mcd Prosperity tak sentiasa ada untuk ditempah kat restoren Mcd. limited edition, katanya. ahaks ! tapi bila tiba kemunculannya, mesti ada iklan hebat teruja kat TV. aku rasa dalam sehari aku tengok TV kat rumah dulu, ada lah mencecah dalam berbelas kali iklan dia. gila kaya ! kalau diperhatikan iklan dia, bukan main besar pelakon iklan tu bukak mulut nak lahap burger tu. gayanya macam la prosperity tu besar nak mampos.

aku ingat lagi, masa aku mula-mula baru nak mengenal burger prosperity tu memang sadis ! lepas tengok iklan tu kat TV, aku ajak kakak aku pergi Mcdonald sebab nak merasa sangat saiz benda alah tu. bila dah sampai, kami terus tempah kat kaunter. bila kakak cashier tu letak burger prosperity aku dan kakak aku kat dulang, kami sama-sama terkejut dan saling pandang sesama kami. kecik gila weh, whatafak ?! saiz sebenar burger prosperity FAILED daripada iklan dia kat TV okay. LOL !











the lesson is, sebenarnya banyak kali dah kita kena tipu macam nie. beli benda mahal-mahal tapi kita kena 'potong'. pastu yang menjadi masalahnya, kita malas nak bising-bising. dan kalau kita nak bising-bising atau buat aduan pun, kita tak tahu nak sampaikan kat siapa. akhirnya, masalah tak setel, syarikat peniagaaan semakin gila nak menipu pelanggan, kita jugak lah yang rugi. kadang-kadang rasa kelakar jugak isu macam nie, tapi kalau dibiarkan pun boleh menyusahkan diri sendiri jugak ! oleh itu, berhati-hati lah semasa membeli-belah kalau tidak anda kena tipu. hehe ! bye !









Comments
2 Responses to “iklan menipu dan kita tertipu.”
  1. KIRA says:

    ahak3..... sabar je la......

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted