-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile

tutorial mekap : Green Me !

gaya mekap terkini aku ialah menggunakan tema warna hijau ala-ala arabian style. selalunya konsep arabian mesti ada campur warna yang eksotik dan berkilauan. gaya mekap ini, aku tak letak konsep arabian yang 'berat' untuk kelihatan natural dan lembut. sesuai digayakan untuk majlis keramaian. contohnya, majlis pertunangan bertemakan warna hijau eksotik.


okay, abaikan eye bag itu !



gambar kat atas nie ialah hasil sentuhan yang dah siap. produk-produk yang digunakan berasaskan jenama MAC dan Elianto. sebenarnya memang lagi menarik dan lengkap kalau pakai bulu mata palsu tapi memandangkan stok bulu mata palsu aku tak ada lagi, so aku tak pakai lah. untuk memudahkan entri ini, aku kongsi beberapa gambar proses menyediakan gaya mekap nie dibawah..




# selepas diletakkan foundation dan bedak asas.

- meratakan Foundation ke seluruh muka.
- melengkapkan Foundation dengan bedak asas bagi efek kulit halus.
- concealer di bawah kawasan mata untuk menyembunyikan 'eye bag'.
- produk : concealer, foundation SPF Mac, bedak asas, bedak padat Mac.







 # eye shadow.

- meratakan kening dengan berus kening.
- calit pensel kening berwarna coklat gelap pada kening dan ratakannya.
- sapu warna hijau eksotik daripada Mac pada seluruh kawasan kelopak mata seperti gambar diatas.
- produk : pensel kening warna coklat gelap, pembayang mata hijau eksotik Mac.







# gelapkan keliling mata.

- guna eye shadow hitam pekat sebagai garisan mata di kawasan ekor mata/
- mencampurkan eye shadow coklat gelap di kawasan ekor mata yang sama.
- oles dan blend kedua-dua warna tersebut sehingga menampakkan efek mata besar.
- produk : eye shadow Mac







# menghasilkan ilusi hidung mancung.
 - menggunakan warna pastel coklat sedikit gelap sebagai bahan asas.
- melukis di kawasan Zon T antara hidung dan mata dengan menggunakan warna pastel coklat tersebut.
- sapu sehingga bentuk T daripada kening hingga ke bawah hidung kelihatan.
- setelah itu, sapukan warna pastel tona kulit di kawasan atas hidung untuk menyerlahkan lagi isu hidung mancung.
- produk : berus kulit muka, warna pastel coklat gelap Elianto, warna pastel tona kulit Elianto, bedak padat Mac.







 # memastikan  kekemasan sentuhan mekap.

- letak blusher sebagai pelengkap gaya mekap pada kedua-dua tulang pipi muka.
- mengenakan maskara pada kedua-dua mata untuk melentikkan bulu mata.
- meratakan semula bedak padat pada kulit muka.
- produk : maskara Maybeline, blusher Mac, bedak padat Mac.


p/s : kalau anda nak letak bulu mata palsu, boleh la letak dengan baik. kemudian, satukan bulu mata palsu dengan yang asal dengan penggunaan maskara. lagi cantik pakai dengan bulu mata palsu ! hehe






 # merahkan bibir !


- menaikkan seri bibir dengan memakai lipstik yang sesuai.
- warna lipstik bergantung pada kehendak masing-masing
- ratakan dan oleskan lipstik berwarna raspberi muda dengan menggunakan berus gincu.
- produk : berus gincu, lipstik Elianto, lipgloss Elianto.







mari lihat hasil sentuhan mekap warna hijau eksotik daripada Mac dengan lebih dekat di bawah..













REVIEW






selamat mencuba ! :)







Comments
7 Responses to “tutorial mekap : Green Me !”
  1. Anonymous says:

    cantiknya mekap..sedap mata je tgk..suke tgk awk mekap.

  2. zaRa says:

    berminat sgt2 nak try mekap neh. kebetulan annual diner nnt nak pakai tema hijau. cantik sbb i luv natural. tq asyikin!

  3. Anonymous says:

    pakai eyelashes konfem lg naik tang mata tu..anyway,congratz bcoz CANTIK ~

  4. anonymous 1 : terima kasih atas sokongan anda :)

    zara : oh yeke, alhamdulillah boleh apply mekap nie untuk annual dinner anda. sesuaikan dengan baju anda. hehe

    anonymous 2 : ya sebenarnya memang kena pakai eyelashes kot lagi cantik. tapi tak payah pakai pun dah okay kalau taknak nampak FAKE. tq :)

  5. This comment has been removed by the author.
  6. nurul says:

    x lme lg i nk tunang...konfius nk pilih kaler ape... tgk u cantik pkai green,i terus dpt ilham...tq sis.....

  7. nurul : ya, i pakai green tapi bukan green terang macam pucuk pisang. i punya green nie dah agak dark sikit, lebih kurang macam turquoise. if u nak lagi cantik, u bole cari warna yang terang sikit daripada green yang i pakai nie. welcome too sis :)

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted