-

-

DROPPY BOX

THE BLOGGERS

My Photo
Asyiqin Ridzwan
ASYIQIN RIDZWAN my real name. i'm a married girl. obsession into cupcake, fashion, writing, cooking (not a professional actually), make up and my family man, AHMAD FAUDZLI.
View my complete profile
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

lembut dan sedap, berkhasiat pula !

setiap hari selasa, ada pasar malam kat tempat aku. walaupun pasar malam dia tak ada lah terlalu panjang dan terlalu besar, tapi aku puas hati sebab macam-macam ada. kalau rasa nak makan ayam percik, mesti dah tau gerai mana yang sedap. kalau rasa nak minum air soya, tak payah nak pikir-pikir dah, terus je pergi gerai air soya yang terbaik. cakap pasal air soya nie, anda percaya tak selama nie aku minum air soya buatan orang cina ? hahaha !


tau fu fa yang enak dan lembut !




bukan setakat air soya je, malahan tau fu fa sekali ! gerai cina tu memang tak boleh lawan sedapnya dengan gerai-gerai orang lain. bukan lah aku tak nak sokong orang kita berniaga. tapi produk cina tu memang sedap dan berbaloi. air soya dia pun pekat, kalau dia nak bungkus untuk pelanggan, dia letak gula sikit je. tapi kalau air soya gerai lain macam kureng sebab dah kena tambah air banyak sangat kot sebab tu kurang menyengat bagi aku.


mesti anda pun suka makan tau fu fa kan ? kalau aku balik kampung, benda nie adalah salah satu benda yang wajib aku cari. kalau tak makan benda nie masa kat kampung, rasa hidup tak lengkap ! haha okay itu merapu. kekadang aku makan satu bekas je dah boleh kenyang. tak perlu makan nasi dalam masa satu hari ! lepas beli, aku akan sejukkan tau fu fa kat peti sejuk. lepas tu dalam masa 2 jam, aku akan keluarkan dan makan depan tv. syok weh !


ada yang kata makan tau fu fa nie tak elok sebab kandungan gulanya tinggi. ya, aku akui memang kandungan gulanya tinggi, tapi itu kalau anda makan yang KUAH GULA HITAM. ada bezanya tau ! kalau aku, aku mesti beli yang kuah gula putih sebab aku tak suka rasa manis sangat. yang berkuah gula putih pun sebenarnya manis jugak tapi tak la terlalu manis macam yang berkuah gula manis. apa-apa pun, tau fu fa kampung aku terbaik !




masa ceduk tu rasa macam tak ceduk apa-apa, sekali bila masuk dalam mulut, yummy !



tau fu fa nie dah la sedap, pastu ada pulak khasiatnya. disebabkan makanan nie berasal daripada kacang soya, mesti confirm ada kebaikannya ! contohnya, kita boleh putihkan kulit dan kuatkan tulang ! kalau rasa tak nak cerahkan kulit semata-mata melalui bahan kimia, anda boleh mula cuba yang ini. selain daripada mencantikkan kulit, ianya jugak bagi sumber protein untuk tulang anda. lagi satu, dengan makan tau fu fa, kita boleh mengurangkan kadar proses penuaan diri kita. mana aku tau semua ni ? dah tentu lah aku tanya kat peniaga cina tu. by the way, doktor pun dah cakap protein daripada susu soya bagus untuk kesihatan tubuh badan kita !


tak mahal pun tau fu fa nie. satu bekas tu berharga RM 1.30 je pun. sekali makan terasa agak kenyang, khasiat pun dapat. pastikan anda tahu macam mana nak dapatkan tau fu fa yang terbaik okay. nak dapat pun cukup senang, pegi je cari kat pasar malam. confirm ada ! kalau malas nak beli, buat sendiri kat rumah. cari resipi tau fu fa kat internet. hehe okay, jom jemput makan semua. hehehehe

Leave A Comment

MEMBEBEL BANYAK MANA PUN TAK KISAH !

ASYIQIN RIDZWAN

ASYIQIN RIDZWAN
" terima kasih kerana sudi singgah blog ini. jika suka saya, singgah lah membaca blog ini selalu ! sokongan dan perkongsian anda amat saya hargai. sekiranya anda ada pertanyaan lebih lanjut, boleh rujuk saya di Facebook :) "

Most Wanted